Wednesday, December 23

keluar

Assalamualaikum

Tajuk post kali ini adalah keluar. Macam-macam gambaran boleh difikirkan daripada satu patah perkataan. Mungkin dari sudut negatif mahupun positif. Hari ini, ana bangun seawal pagi yang mungkin. Sudah lama ana tidak berkesempatan untuk melihat keindahan waktu pagi disebabkan waktu tidur ana yang tidak tentu arah semasa cuti kali ini. Perancangan hari ini, ana ingin menjejakkan kaki ke BMI untuk berjumpa dengan Capt. bagi membincangkan sedikit perkara mengenai masa depan. Haha..

Ana keluar dari rumah pada jam 9.30 am dan terus menuju ke ktm s.alam. Kemudian ana menukar train menaiki putra lrt dripda KL Sentral menuju ke Terminal Putra. Setlah tiba di Station Terminal Putra, ana agak terkejut kerana keadaan disana agak sesak dan sangat ramai. Apakah yang sedang berlaku? Ouh, baru ana terfikir bahawa sekarang merupakan cuti sekolah. So, banyak kelibat anak-anak muda dan pelancong asing menunggu bas yang akan menuju ke kereta kabel dan ada beberapa kelompok pelancong asing yang berbincang mengenai tambang teksi. Ana meneruskan perjalanan menaiki teksi ke BMI.

RM7 harga tambang teksi yg perlu dibayar. Sebelum melepasi Guard House, ana terkejut kerana tempat parking kereta pelajar BMI sudah semakin membesar sehingga jauh kebelakang. Wah, satu perkembangan baru. Lepas ini mungkin ramai pelajar akan bawa kenderaan. :p
Kaki meneruskan langkah. Kemudian ana berada di bilik Capt. Ketibaan ana disana disambut dengan 2 org student yang juga sedang berdiskus dengan Capt. berhubung dengan bisnes. Ana pun apa lagi, pantang dengar bisnes2 ni. curi2 dengar.

Sebenarnya, kehadiran ana di BMI ketika itu ingin membincangkan lebih lanjut mengenai penyertaan pelajar BMI untuk Pertandingan Catur Bistari peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Persada JB pada 17 Januari kelak. Tetapi, orang kata ana mungkin kerana tiada rezeki sbb tarikh tamat penyertaan itu tertulis pada 30 November 2009. Capt. juga baru perasaan akan hal ini. So, tiada input lagi yg ingin di diskuskn lagi. Terus mengankat kaki menuju ke LRT putra menaiki bas T231 di UIA.

Kemudian, ana x tentu arah. Terpinga-pinga memikirkan arah tujuan selepas ini kerana jam baru sahaja menujukkan jam 12noon. Tanpa berlengah, ana terus menuju ke Pasar Seni untuk menaiki bas menuju ke S.Alam. Sebelum menaiki bas, ana singgah di POS Malaysia untuk mengepos 'beberapa' keping surat. Ana menaiki bas.

Setibanya di s.alam, perut ana terasa sangat lapar. Terus menuju ke Pizza Hut SACC Mall. Selepas makan disana berjalan la ana dari pukul 3pm sehingga 6pm. SACC, PKNS, dan Tasik S.alam, Aquarium wet world menjadi destinasi perjalanan ana kali ini. Banyak perubahan yang berlaku jika ingin dibandingkan sewaktu ana selalu berada di s.alam suatu ketika dahulu. Di bawah merupakan beberapa shot gmbar yg ana ambil sebagai kenangan di dalam blog ini.

salam




Sunday, December 13

tagged from fairuz

Bold the statements that ARE true to you . Italicize the statements that you WISH were true . Leave the fibs alone . Then , tag 5 people to do the same test .


I'm 170cm tall
I dont know what i want at the moment
Im not happy
I hate my life
I hate my friends
I hate my grades
I can drive
Im bored of driving
I have a white handbag
I love dancing
I go clubbing every week
Shopping is bullshit
I have a tattoo of a star
I got my navel pierced
I have friends that take drugs
90% of my friends smoke
I still hangout with my ex, eventhough our break up was rather nasty
Im studying fashion
I have a bussiness running
I hate cartoons
I hate someone
I have 10 lolipops handbags
I buy CLEO every month
My parents dont know about my blog
I have an ipod
I dont have faith in the current "one."
My school mates know about my blog
I wanted to be a fashion designer
I love rock emo bands
I hate it when people cancel last minute meet ups
Im a rebel
I dont believe in love
High school's filled with drama
My parents have faith in me
I've bought shoes this month
A blogger bitched about me before
I hate sports
I heart italians food
I hate meeting new people
I hate nail polish
The mother bear gives me hugs
People should start appreciating me
High school wat the worst time of my life
I have red hair
One Utama is my second home
Im a guy
Im scared of my Biology exam which im going to face tomorrow
I hate vacations
We'll last :)
I believe in long distance relationships
Im going to get high and smoke weed one day soon
I've robbed an old lady
Im starting to start applying make-up
I was a tomboy
At times i think i still am a tomboy
I love bithcing about people behind their backs
I still have a bestfriend
I have a cat
I hate surprised parties
I hate planning parties
Im hot :P
Im a sinner
I've got a DS Light
I have a WII
I can live without music
Video games are a waste of time
I miss the father bear
I love being in love
I know how to cook
I have 100% freedom
Boys are assholes
I hate math
Im happy with what i have
I love horror films
I slept in my parent's room for 3 days after watching Scream when i was kid
My old friends keep in touch with me
I dont read newspapers
The news is such a waste of time
Blogging is a waste of time
I hate animals
I cant live without make-up
I curse like a pirate
Im happy with my 11 year old car
I hate people that are smart
I love Orange juice
I cant drink for nuts
I believe that everyone in their teens have lost their virginity
I've got a new phone
Im going to get a pair of new shoes by the end of this month
I love swimming
I haven't worked out since March
I think im fat
I love my friends and family


friends to tag :
1 ) syaza izura
2 ) elya nadia
3 ) nadia liyana
4 ) faezah harun
5 ) atiqah rahim

Wednesday, December 9

Penangan pc fair n jom heboh

Salam,
Ahad lepas, ana bersama panjang dan G keluar menuju ke suatu destinasi hiburan dunia. Tetapi, penangan hiburan ini telah membuatkan ana berasa sakit sehingga menjangkakan satu penyakit demam akan meresap dalam tubuh ana. Alhamdulillah, demam ana tidaklah sekuat mana kerana malam selepas ana keluar outing itu, sudah ana inject dengan koleksi ubat-ubatan moden.

Tersedar dari lena pada seawal pagi apabila mendapat panggilan daripada G. Kemudian bergegas menyiapkan diri. Menunggu kehadiran pnjg bersama motor kesayangannya kemudian kami menuju ke rumah G. Setibanya disana, kami terus bergerak ke Bukit Jalil. Kesesakan lalu lintas pada jam 12 tgh hari sangat menghairankan kami tetapi itu semua idak mustahil sekiranya karnival jom heboh diadakan disana.

Menaiki STAR LRT trus menuju ke Masjid Jamek kemudian menukar train menuju ke KLCC. Dan kami tiba di PC Fair. Sebenarnya tidak ada apa-apa yang ingin ana shopping disana kerana masalah kesuntukkan wang menyebabkan nafsu membeli belah ana terbantut walaupun ketika itu, perasaan ingin memiliki barangan komputer disana sangat membuak-buak bak gunung berapi.

Selepas selesai melakukan aktiviti tawaf di PC Fair, kami terus bergerak menuju ke Bukit Jalil bagi melakukan aktiviti seterusnya. Setibanya kami disana awan mendung menyelebungi kawasan tapak karnival. Setelah kami bergerak beberapa langkah, hujan lebat turun membasahi bumi. Kami bertiga hanya melepakkan diri di sana sambil memerhatikan gelagat penduduk malaysia disana.

Kemudian, kami bergegas balik pulang menuju ke rumah masing-masing. Ketika itu, tiba-tiba diri ana menggigil kesejukan disebabkan hujan di bukit jalil sebentar tdi. Tiba dirumah, mensucikan diri dan trus berehat di dalam kamar tercinta.
suasana di Bukit Jalil

dlm STAR LRT menuju ke Bkt Jalil

Suasana PC Fair

cuti punye pasal, tabung jadi mangsa

Salam.
Almaklum, apabila cuti semester bermula, maka duit di dalam wallet kalian akan berkurangan jika kalian tidak melakukan apa-apa aktiviti perniagaan atau lain-lain. Sama seperti ana, kini sudah hampir satu bulan cuti, duit ana mkin berkurang. Tetapi, sikap atau amalan murni ana, dapat menyelamatkan ana ketika berada di dalam kesusahan yakni amalan menabung. Secara rasminya, ana telah memecahkan tabung untuk dijadikan duit poket sepanjang cuti semester ini barlalu.

Wang yang ada tidaklah banyak sehingga mampu membeli sebuah kereta Mercedez Benz, cukup sekadar keluar menonton wayang bersama teman-teman rapat. Dibawah, ana sertakan sekali gambar-gambar ketika ana sedang memotong tabung buluh yang dibeli di Sarawak dahulu kala.

Friday, December 4

20 tahun ana hidup....

20 tahun ana hidup hari ini adalah pertama kali ana membawa kereta manual. Haha..
Wajah keringat kemerah-merahan mula bermain di muka ana. Bukan apa, perasaan sedikit segan itu mula bermain di benak fikiran apabila baru sahaja berjaya membawa sebuah kereta manual yang sepatutnya seorang remaja itu sudah mampu membawanya pada usia 17 tahun.

Sebenarnya, ana sudah tahu memandu, tetapi sebelum ini ana hanya memandu kedua-dua kereta automatik kepunyaan ayahanda dan bonda. Dikesempatan cuti inilah, ana gunakan sepenuhnya untuk menyambung pelajaran lesen kereta ana yang telah tergantung selama setengah tahun. Ya, ana masih lagi belum mempunyai lesen memandu apatah lagi lesen memandu kapal terbang. Selepas tamatnya sesi persekolahan dalam hidup ana, cuti itu ana persia-siakan dengan hanya duduk dirumah.

Kini, untuk membuat lesen sangat sukar dengan mengambil kira faktor masa yang menjadi penghalang utama untuk ana membuat lesen. Kepada adik-adik yang akan bercuti selepas menunaikan jihad menjawab exam SPM, buat lesen anda secepat yg mungkin. Jangan menunggu sehingga kalian mendapat tawaran sambung belajar di kolej-kolej tempatan mahupun luar negara. Ini nasihat ikhlas daripada ana seorang insan yang lemah.

Wednesday, December 2

penjaga rumah

Assalamualaikum
Hari ini ayahanda kesayangan ana outstation. So, beliau tiada di rumah selama 3 malam. Bukan jauhpun, beliau hanya berada di Pearl International Hotel, Jalan Klang Lama. Pun bagaimanawalau, ayahanda tidak akan berada di rumah sehingga Jumaat ini. Dan sudah menjadi lumrah, ana ditugaskan untuk menggantikan kerja sebagai ketua keluarga dirumah ini. Haha.. Tapi bukan sepanjang hari lar. Hanya berkuatkuasa 10pm sehingga subuh menjelma. Macam biasa, tuga-tugas yang perlu dilaksanakan ialah:
  • masukkan kucing kedalam sangkar
  • kunci pagar
  • stering lock kereta
  • kunci pintu
  • tutup tingkap
  • tutup lampu
  • tutup segala suis yang terbuka
haha.. alhamdulillah, malam ini semua nampaknya berjalan lancar. Itu je nk gtau pun. hik2..
later~~

Tuesday, December 1

masa bersama Jco

Selamat Sejahtera
Hari ini tidak banyak aktiviti yang berlaku. Hanya sekadar melakukan aktiviti harian yakni, makan, tidur, menonton TV, mengemas rumah dan sebagainya. Tetapi satu perkara yang membuatkan diri ana berasa sangat gembira. Adik-adik ana membawa pulang sedozen Jco Donut yang juga merupakan antara makanan kegemaran ana. Oleh hal yang demikian, ana ingin memberi credit kepada Jco Donut ini untuk dimuatkan di dalam blog ana.
Enjoy.