Salam Sejahtera.
Untuk kali ni i nk share cerita berkenaan dengan dinner fasi yang sangat 'fantabulous'! Haha.. 'fantabulous' satu perkataan baru yang direka dalam movie homecoming oleh kerjasama dua negara yakni singapore dan juga malaysia. Pada satu tarikh yang i dah x berapa ingat, i daat jemputan untuk menghadiri makan malam atau orang putih panggil dinner. Lokasi untuk dinner kali ini adalah bertempat di Restoran Nelayan tasik Titiwangsa KL.
Actually, tujuan dinner ini bukan lah dibuat saje-saje, objektif utama adalah untuk memberi penghargaan kepada para fasilitator yang telah bekerja tungkus-lumus selama dua minggu untuk menjayakan minggu silaturahim bagi sesi S1/2011. So, makan malam ini adalah sebahagian daripada pernghargaan pihak management kepada barisan fasi kali ini. Dan, mungkin ini adalah kali terakhir i bersama dengan barisan fasi ini kerana niat ingin bersara dan ingin memberi peluang kepada barisan baru untuk menerajui kumpulan fasi minggu MSR ini.
Berbalik kepada cerita, tema yang dikenakan untuk dinner kali ini adalah black & white. So, i suka kalau ada event yang menetapkan sesuatu tema untuk event tersebut kerana i suka cari baju baru yang bersesuaian dengan tema. Dan pada malam itu, dress yang i pakai dari atas sampai bawa mencecah total RM400. Semua set baru dari baju sampai la ke kasut. :) Bukan nak menunjuk tapi kat Malaysia ni jarang ada event yang menyuruh pesertanya untuk memakai pakaian yang berbentuk tema ataupun dengan lebih tepat costums party.
Ya, itu budaya barat, tapi x salah sebagai seorang remaja kita juga mahukan kelainan dan keseronokan janji ia tidak melanggar hukum yang telah ditetapkan oleh agama. Untuk itu, kalau u all nk jemput i apa-apa event make sure event tu ade tema. :) Malam tu sangat seronok kerana boleh kata semua sporting untuk menggayakan pakaian mereka. Selepas abes event makan-makan, macam biasa sesi bergambar dan kemudian kami pulang semula ke BMI.
Kalau u all nk tengok gambar dengan lebih jelas, klik la ek. zoom in :)
later~
|
kasanova in making |
|
boys |
|
our cake |
|
time deklamasi puisi |
|
makan time |
|
our table |
|
black n white |
|
myself |
|
my group |