Sunday, May 9

superb ulu yam

Salam Sejahtera...

Hari Sabtu menjelma jua. Pada hari khamis, aku sibuk berhempas pulas paper terakhir untuk semester ini, dan kemudian pada malamnya, sibuk dengan aktiviti diraja. Hari Jumaat pula sibuk dengan peperangan di medan tempur kemudian, Sabtu muncul dengan aktiviti riadah untuk merehatkan minda dan juga fizikal.

Aku, Panjang, Pali, Naz, Abe, Ada dan juga Asi berkumpul seawal jam 8.30am dari pusat tengah-tengah dunia, BMI menuju ke Ulu Yam sebagai destinasi riadah kami pada hari itu. Tiada makan-makan mewah disediakan cuma beberapa botol Barbican dan juga keropok-keropok segera menjadi juadah hidangan kami tatkala kesejukan air pagi.

Dari hulu ke hilir, dari cetek ke dalam, dari perlahan ke laju semua tempat sudah kami merasai. Aktiviti ini bertahan hanya 2 jam sehingga jam 1 pm apabila kami terpaksa pulang bagi mengerjakan sesuatu perkara wajib dengan lebih tenang di pusat tengah-tengah dunia. Akhir sekali kepada mereka yg ingin ke sini, P3 adalah destinasi menarik untuk berpicnic bersama teman ataupun juga family. Selamat beramal...


model sambilan di tepi sungai


renang berirama


dalam beb, seronok


Menara KLCC


jambatan gantung yg unik


dalam perjalanan yg indah

tembak-tembak olok-olok

Salam 1 Malaysia.

Tarikh: 7 May 2010
Jam: 10am
Tempat: Dusun Ali

Aktiviti selepas final bersambung lagi. Selepas malam sebelumnya, kami mengadakan makan besar di The Castle, Jalan Damai, KL, kini keesokannya pula kami menikmati satu aktiviti sukan extreme sebagai hadiah kepada diri kami setelah 2 minggu menyiksa mental final exam. Aktiviti bermula pada jam 10am. Kemudian diikuti breakfast di kedai awe dan kemudiaanya, destinasi dusun ali menjadi tempat pertemuan. 10 orang askar telah pun di rekrut untuk misi kali ini.
  • Jeneral Akid
  • Leftenan Jeneral G
  • Major Jeneral Jang
  • Brigadier Jeneral Fadhli
  • Kolonel Safuan
  • Leftenan Kolonel Hafiz
  • Major Syafiq
  • Kapten Zahir
  • Leftenan Pali
  • Leftenan Muda Naz
Dan Field Marshal kali ini adalah Abg Azrai. Aktiviti kali ini sangat mengiburkan dan mencabar serta sangat memenatkan juga menyakitkan. Kepada mereka diluar sana yg terfikir-fikir akan aktiviti yg seronok, aku mencadangkan join permainan ini.

Peperangan berlaku di medan tempur 5 on 5 sebanyak 3 set. Pergh nmpak 3 set macam sikit, tpi medan tempur sangat mencabar. Bukan sekadar padang rata di padang pasir Iraq, akan tetapi suasana peperangan seperti di Hutan Hujan Khatulistiwa, ade ke? haha.. lantak la. Juga ingin menambah, permukaan medan tempur bukan 180 darjah tetapi kita akan bertempur dengan medan 130 darjah. Sangat memenatkan.

Apa-apa pun, segala dendam selama satu sem bersama ahli rumah sudah terlerai di medan tempur ni. Ikuti gambar-gambar kenangan di bawah.. :)


kedaan medan tempur


Gaya sebelum bertempur


Tugu Negara ke2


Setelah penat bertempur

malam itu di istana

Salam.
Alhamdulillah, semua paper sudah pun selesai. So, macam biasa, kalau hari kemerdekaan, pemuda dan pemudi kebiasaannya menjadi liar. Tetapi bukan bagi kami, kami berlima mengunjungi tempat yg selalu di dikunjungi dahulu yakni The Castle or kata nama lain Istana. Istana yg dimaksudkan disini hanyalah sebuah restoran arab yg terletak di Jalan Damai, KL.

Aktiviti kali ini bukan hanya kami berlima malah 3 org tetamu baru menjadi teman bagi kami untuk berkongsi pandangan dan pendapat mengenai exam week kali ini. Sahabat itu adalah Ada, Alia dan Asi. Dan jangan terkejut, bill pada malam itu berjumlah RM255.

Actually da xde mood nk cte panjang2 kat sini, just nk share beberapa keping pic untuk tatapan umum pengunjung setia blog ini.. :)


makan time


smile 4 da cam


kegembiraan abih paper


makan-makan-makan



enjoy b4 last paper

Salam...
Cerita ini sudah pun lama berlalu, tetapi bagi memenuhkan post-post untuk bulan ini, aku berbesar hati untuk berkongsi pengalaman diriku bersama house-mates dengan aktiviti yg tidak dirancang.

Aktiviti ini berlaku pada hari Selasa, May 4.

Kisah bermula pada suatu ketika tengah hari di Restoran Denyutan Lidah, Gombak. Sambil menikmati juadah tengah hari di sana, terlintas satu perkataan daripada saudara G mengajak kami untuk menonton wayang. Tanpa berfikir panjang, kami semua bersetuju. Ketika itu aku sedang berada di rumah dan tidak mengetahui akan aktiviti mereka ini. Apabila semua telahpun bersiap, kami bertolak dari BMI pada jam 2ptg.

Destinasi pertama kami menuju ke Jusco Kepong. Setibanya kami disana, kami dikejutkan dengan panggung wayang tanpa bekalan air-cond. Pergh.. x sanggup kiranya kami ingin menonton wayang disana tanpa bekalan air-cond. Then kami menukar destinasi menuju ke Brem Mall. Alhamdulillah, disana air-cond ade and orang pun x ramai.

And buat pertama kali, aku menonton wayang menggunakan company baru yakni Big Cinema. Not Bad, kerusi pun empuk, luas and sound system pun ok dan yang paling penting x ramai org. Sangat seronok. Then malam itu, kami ingin menambahkan keseronokan kami dengan membeli Dominos pizza dan barbican. Tidak berniat untuk cerita dengan lebih panjang, just enjoy gambar-gambar di bawah.. :)


jang dan pizza


4 large pizza


jang dan woody

dlm perjalanan

Sunday, May 2

the dinner

Salam

Malam tadi aku baru sahaja pulang daripada satu event yang hampir dikatakan seronok walaupun ia hanya berlaku dalam keadaan yg sempoi. Ye la, klu formal and ikut protokol sangat pun x best gak. Sangat rigid. Semalan seawal jam 6.30pm, aku menyiapkan diri untuk meghadiri Appreciation Dinner The Scholars Club UniKL BMI di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam. Untuk pengetahuan pembaca, aku sebenarnya bukan ahli club ini tetapi hanya seorang pelajar yg menggantikan tempat seorang ahli yg tidak dapat hadir pada dinner kali ini. Thanks palie.. :)

Yang seronoknya, makanan buffet pada malam itu sangat indah. Walaupun ia tidak mempunyai banyak pilihan tetapi keseronokan makan bersama-sama menambahkan seri lagi pada malam itu. Kalau nk di calculate, malam itu aku hanya mampu menghabiskan makanan RM25 je kot.. Sangat semput.. Terlalu banyak makanan lebih tetapi aku x mampu nak menghabiskannya semua. Kemudian, untuk menyerikan majlis, event kali ini ada menyelitkan slot lucky draw. Biasalah, kalau ada je lucky draw. i'm the one who will always be lucky.. :) alhamdulillah..

Hadiah lucky draw kali ini, dapat sebuah bag laptop yg agak sempoi cuma sedikit kejanggalan de logo UniKL kat tengah-tengah. hahaha.. bukan aku x bangga dengan tempat aku belajar, tetapi faham-faham jela.. xperlu nk explain semua kat sini. :)

Next, hah.. dinner ni kteorang wat poolside. So, x lengkap majlis sekiranya xde org yg akan dibaling ke dalam poolside. haha... Mangsa kali ini, saudara hafizan.. kesian dia.. handphone-handphone pun tenggelam sekali. Rosak or x xtau la.. hik2.. Tpi sangat sporting.. :) Well xmo cite lebih-lebih sbb u all bukan baca pun.. chill..


diriku


side dishes


menu buffet malam itu


sewaktu pendaftaran


suasana pendaftaran