Sunday, November 6

raya aidiladha

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah jutaan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana tidak putus dilimpahi dengan rezeki makanan. Syukur rasanya apabila dilahirkan sebagai Anak Malaysia yang beragama Islam seterusnya mempertahankan bangsa Melayu di muka bumi Nya ini. Seperti yang sedia maklum, hari ini 6/11/2011 merupakan tarikh hari raya aidiladha atau hari raya haji atau hari raya korban. Apa-apa pun perbezaan nama tetapi tujuannya adalah sama, untuk memartabatkan agama Islam di muka bumi dengan melakukan perintahnya.

Hari ini I gagal lagi melakukan solat sunat aidiladha dek kerana badan terlalu penat. Apa taknya, hari ini saja bangun jam 10am. Sesudah bangun, bersiap dan kemudian menuju ke rumah ayah long di USJ 17 untuk menikmati juadah 4 jenis makanan yang berbeza. Kehadiran I disana x lama dek badan yang tidak sihat kerana diserang virus apa kenama menyebabkan diri ini perlu direhatkan. Setelah mengenakan dadah yang sihat disamping menambah bakteria yang baik ke dalam badan, I hanya mampu berehat di hadapan laptop dan tiba-tiba, mata melabuhkan tirainya di ruang tamu.

Malamnya, lagi sekali I ke USJ 17 untuk menikmati juadah dinner di sana dan lagi sekali, makan tidak berhenti, ish ish ish.. Tapi badan masih maintain macam dulu. Seksi.. :) Sepanjang hari ini tiada gambar yg I ambil disebabkan camera hp I yang sangat canggih. Hehe.. Sori ea, hp I x ada camera. Ye la, belum dapat rezeki lagi, so just guna hp murah sahaja. Tapi sepanjang I google internet hari ini, I tertarik dengan 1 gambar ini which xtau la kalau model dalam gambar ni berlakon semata-mata atau memang benar berlaku. Rasa best bila dapat tengok mereka bersama. Kan best kalau ia benar-benar berlaku.. Hmm.. mengeluh lagi.. Insyallah, kalau ada, ada la. :)

bersatu untuk agama
Ok la, rasanya cukup untuk hari ini, tunggu post esok untuk mengetahui apa cerita yang menarik berlaku. Akhir kata, Salam Aidiladha untuk warga pembaca setia akid89.blogspot.com.

Saturday, November 5

Selamat Hari Raya Aidiladha


Salam Aidiladha dari Akid dan Keluarga, ops.. belum ade keluarga lagi. hiee.. Kepada mereka yang menunaikan haji, selamat menunaikan haji dan pulang bersama haji mabrur.. Insyallah.

ef y pee

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Hari ini I rasa bersemangat pula nak menaip (setelah xtau apa nk buat). So, untuk post kali ini I just nk share cerita kisah 3/11/11 yang lepas berkenaan dengan Engineer's Day. Seperti yang sedia maklum kepada mereka yang selalu mengikuti perkembangan I di Facebook, u all mesti ada tertengok gambar album ef y pee I, mungkin kepada mereka yang tidak tahu, ef y pee adalah diambil daripada 3 huruf sahaja yakni FYP yang bermaksud Final Year Project. Seperti biasa, pada mereka yang mengambil sebarang jurusan di IPT akan membentangkan FYP mereka (jika ada). Saat ini merupakan paling gementar kerana bermacam-macam jenis pistol dan senapang akan digunakan untuk attack kita.

So, perkara ini I tidak juga terlepas untuk menyediakan benteng penahan setebal 12 inci untuk menahan tembakan itu. Pada mereka yang tidak tahu, I ada post akan tajuk reserch yang I akan buat untuk fyp kali ini. I akan beritahu lagi sekali, tajuk yang I kena reserch adalah, " Study And Evaluation of PSoC Development Kit For Education And Training ". Nah, bapak panjang tajuk research I. Susah kot. hiee... Susah x susah, I da lepas viva hari tu. So, sekarang adalah masa untuk menyiapkan report dan logbook yang I belum start pun lagi -_-'

Kat bawah I upload gambar-gambar kenangan sepanjang hari tersebut. Enjooooy :)
posing selepas access

jang bersama air cond

gee bersama car fault detector

I sedang di access oleh Sir Mano

My Research

I sedang explain pada accessor Mdm Fatin Liyana

Ya ampun....

Ya ampun.. sudah lama I tidak update pape kat sini. Kesian beliau keseorangan sepi tanpa berita untuk dijadikan juadah hitam putih pada masa hadapan. Ok la, memandangkan I tgh rajin ni, jum kita update pape yg patut.. weeeeeeeeeee...................

Monday, September 5

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

akid89.blogspot.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada pengunjung setia blog ini. Semoga Aidilfitri kali ini memberikan kebahagian yang sepenuhnya kepada kita semua. Tidak dilupakan juga salam Al - fatihah kepada mereka yg telah pergi meninggalkan kita.