Monday, April 26

eksklusif

hanya di akid89.blogspot


sila komen...

Friday, April 23

study

salam.
post kali ini bertajuk studi gaya orang kaya.

Jumaat 23 April 2010

Hari ini aku bangun jam 11am. Jelas kelihatan diriku sangat kepenatan pada minggu ini apabila bekerja keras menyiapkan assignment yg bertubi-tubi tiba. Perancangan pada hari sebelumnya yakni pada hari ini, kami ingin mengubah port study. Jadi, 12.30pm, kami bertolak daripada BMI menuju keTerminal Putra dan kemudian terus menuju ke KLCC.

Setibanya disana, aku melakukan perkara wajib dahulu yakni solat Jumaat di masjid assyakirin,KLCC. Sangat jelas, warga kota berhenti melakukan perkara harian menuju ke satu tempat untuk bekalan akhirat. kemudian, perut sudah pun berbunyi, apalagi, mencari port untuk makan. Nando's KLCC menjadi pusat hidangan lunch kami pada hari ini. Duit terbang lagi~~

Apabila perut bersenang lenang mendapat bekalan, kami terus mengankat kaki menuju ke Coffee Bean. Empat tempat duduk diisi. Aku, G, Palie, Naz. kami lepak disana sehingga jam 8pm. Kemudian, kembali menaiki putra lrt untuk pulang ke BMI tercinta. Seketika kami sedang mentelaah note-note di Coffee Bean, ramai orang yg lalu lalang bersa bangga akan kehadiran 4 anak muda ini apabila membaca note-note ditengah-tengah pusat membeli belah. Haha..

Apa-apa pun, enjoy gmbar dibawah sebagai bukti kami melakukan aktiviti ini. :p



kekhusyukkan akid dan g studi


pali dan naz


palie bersama coffee

Sunday, April 18

my 21st birthday present

Assalamualaikum.
aku ingin berkongsi pengalaman satu hari (sabtu 17/4/10) yg mungkin agak kelakar dan sangat seronok untuk diimbas kembali, bangun seawal jam 8am kemudin bergegas untuk ke PC Fair. hanya kami bertiga daripada BMI, G, Palie n aku menaiki putra LRT. kemudian, setibanya di KLCC seawal jam 10am. aku dan palie mengenakan breakfast di food court klcc sementara G yg sedang di dalam misi dietnya, menunggu kami di Kinokuniya. jumlah perbelanjaan breakfast ketika itu, RM 12.

Kemudian kami menjejakkan kaki ke KL Convention Centre. Disana kami berjuma dengan ramai dak2 FET spt, zaim, ustad, dsb. kami menunggu panjang disana yg datang dari rumah. di dalam dewan sehingga jam 2pm. kemudian, aku mengundur diri menuju ke ancasa hotel di jalan pudu. disana aku rehat sebentar berjumpa dengan ayahku, mamaku serta adikku.

pada jam 5ptg, kami berempat, keluar ingin mencari sesuatu buat diriku. melihat telatah ayahanda dan bonda ingin mencari teksi menuju ke bukit bintang sangat mencuit hati. aku kemudiannya mencadangkan agar menaiki tren utk lebih mudah. plaza rakyat -> hang tuah ->jln imbi. route utk kali ini. jalan kaki di shopping mall times square bersama family sgt seronok.
kemudian menukar destinasi ke low yat.

disana jumpa apa yg ku nak. kini dia da jadi milikku...

NOKIA X6

kemudian, dari bukit bintang -> jln imbi. aku menghantar ayahanda dan bonda menaiki teksi pulang ke ancasa hotel. aku.? masih berada di times square sehingga jam 9pm dan kemudian, terus pulang ke BMI..
terima kasih ayahanda dan bonda menghadiahkan aku sebiji hp kpdaku..
menitis air mataku
pngalaman berjln2 ditgh kota bersama family sgt menghiburkan hati...

Friday, April 16

dillema

Salam..
aku mempunyai dilema dalam membuat keputusan.

situasi 1:
Aku dijemput untuk menjadi Orientation Committee pada 9 hingga 15 May ini di Kolej MARA Kuala Nerang. Kali ini, kami disuruh untuk mengendalikan pelajar baru Foundation in Science Technology intake Mei 2010. Banyak kelebihan untuk menyertai pgrm ini.

situasi 2:
Aku baru sahaja mendapat msg daripada unknown yg mengatakan bahawa training MMOC akan diadakan pada 10 Mei ini. Training ini sangat penting jika aku ingin melayakkan diri ke peringkat akhir.

aduh.. kawan-kawan yg baca blog ini, bagi pendapat situasi mana yg patut aku pilih. hmm....
kedua-duanya penting dan juga seronok.

Selangor menang lagi

alhamdulillah,
jutaan kesyukuran di pohon kepada yang Esa di atas kemenangan Selangor menentang Perak pada perlawanan Liga Super 16 April 2010.

pada perlawanan ini Selangor menang dengan jaringan 4 - 1.

viva selangor