Sunday, January 30

club open day

ular di tengkok
Hari tu masa kat BMI, ade open day untuk registration non-credit club. Oleh hal yang demikian sebagai ahli majlis tertinggi kelab the scholars, i juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta berada dalam aktiviti ini. Sambil jalan-jalan di sekitar cafe atas, i prefer lepak kat booth kelab rekreasi sebab mereka suka pasang lagu TAIPAN (hanya segelintir yang tahu). Gambar kat atas ni plak i bergambar dengan ular sawa.  Untuk pengetahuan ular ni xde beteri ek. Daya penarik untuk student-student baru join kelab kembara ni. Tu je la nk cte. tata~

Saturday, January 29

KACA

Apabila Sabtu menjelang tiba, diri i mungkin akan merasa resah kerana terpaksa memikirkan aktiviti yang sesuai untuk dilakukan sepanjang hari itu. Nasib baik pada hari Sabtu 22/1 yang lepas, jadual i penuh dengan aktiviti. Seawal jam 7am i kene bersiap untuk join aktiviti kelab rekreasi yakni waterfall repelling. Best sebab pagi2 tu dapat mandi waterfall. Repelling ni i x turun pun sebab i da malas. Haha. Bukan takut k, tapi sebab i da banyak kali cuba, so, i just datang untuk mandi sungai je.

Program kali ni dak2 masterskill pun join skali, best. Dapat menambah kenalan daripada kolej lain. Time lunch, we all kene masak sendiri guna stail survivor. Best. Walaupun makanan dan peralatan sudah disediakan, cuma just masak je, tapi setelah badan kesejukan, perut mula berirama dan apa-apa makanan di depan mata semua nampak sedap. :) Maaf, xde gambar pada event ini kerana i da banyak post gambar kat waterfall ni pada post-post yg lepas, so, u all boleh search la nnt ek :)

Then pada sebelah petangnya, lepas tiba di BMI, i siap-siap then terus ke terminal putra untuk mencari teksi ke Janda Baik. Rate cab yang dikenakan adalah RM60. Bagi i murah la tu, sebab tempat yang i nk gi ni pun, kena masuk dalam kampung. Kesian gak kat pakcik tu, Tapi xpe la, i tengah penat, so, pertimbangan tu xde. haha... Actually, i join my dad punye event which is ade pgrm KACA kat situ. Apa tu ek?

Pelajar UiTM mungkin tau la kot. Ke Arah Kecemerlangan Akademik yang dibuat di Air Tenang Resort. My dad book satu chalet, so, sambil-sambil i dok ngan family leh r cuci mata jap tengok student-student uitm tgh kem. :p Jahatkn, tapi xpe la, i ni pun masih lagi single, so, boleh la nk survey calon kot-kot ade yang tersangkut. :p

we all stay sane satu malam, n pada hari ahad lepas zuhur tu kteorang balik n my parents anta i balik ke BMI. Seronok sangat dapat mini holiday walaupun x dikatakan holiday. :) K la, da lewat ni. i da mengantuk. later.
sewaktu aktiviti dijalankan
wajah-wajah harapan
semasa aktiviti kumpulan
layout
tentatif

thaipusam at genting..

weehooo....
public holiday menjelang tiba. Pada hari Khamis yang lepas, yakni jatuh pada hari cuti umum, i bersama 10 orang lagi telah pun melakukan aktiviti yang sangat seronok. Tapi yang paling hebat i la. Sbb apa, dalam keadaan tengah mamai bangun tidur, tiba-tiba dak2 rumah depan ajak sekali untuk join naik genting. i mase tu mg xde plan apa-apa pun cuti tu. So, bila orang da ajak, apa lagi terus siap.

Bertolak dari BMI seawal jam 9.15am. Plan untuk menaiki bas daripada terminal ke cable car. Akan tetapi dengan mengambil kira waktu public holiday, tiket sold out. So, baju dah cantik, xkan nk balik BMI. So, we all decided utk naik ke puncak menaiki motor. pergh. i jadi mat rempit tu ari tu. Seksa tul nak naik puncak walaupun bukan i yang bawa, tpi rasa seksa kat mior yg jdi driver i mase tu. haha... Apa-apa pun, kami selamat tiba dan pulang pada event kali ini.

i bukan la nk kata apa, genting ni dah leh kate bosan r. sebab dalam tempoh 3 tahun boleh kata hampir 15 kali i da naik sane. so, bukan satu perkara untuk dibanggakan cuma pada hari itu, sebab i dah xde pape nk buat so i follow je mereka :) Tapi best sebab dapat jalan ramai-ramai. Rides yang paling utama shots n roller coaster mase tu function, so, seronok la. :)

Next sape-sape ajak i lagi untuk naik genting, i nk try satu permainan ni yakni skydive. tu je antara games yang i belum try. :) ala, murah je RM38. yang outdoor theme park tu xyah la masuk lagi. puah doh. :p
Tengok la gambar-gambar kat bawah ni ea :)

mase breakfast

wajah baru bangun tidur

first world plaza

gadis

basah kuyup

roller coaster

Friday, January 28

sekretariat felo

Sebenarnya, i malas nk post benda ni. Sebab ni bukan lah antara event yang perlu di heboh-hebohkan kepada public. Tapi sebab i tengah bosan sekarang, so i share la apa yang terlintas sekarang ni. Kalau nk tunggu time busy nnt, x terupdate plak kang :)

Pada satu malam yakni malam yang i kurang ingat, ada satu perjumpaan felo bersama dengan warga kediaman kolej. Yup, perjumpaan ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan felo baru kepada semua warga kolej disamping ingin memberitahu segala peraturan dan akta baru yang akan berkuat-kuasa serta merta. Bagi i, i xde masalah dengan perjumpaan ini. Biasalah, respon daripada pelajar ada yang positive dan ada yang negative.

Apa-apa pun, i cuba akan mempositivekan diri seterusnya cuba untuk mempositivekan minda rakan-rakan yang mungkin selama ini kurang berminat dengan isu-isu ini :) apa-apa pun, kami dapat ayah angkat baru. Ust Kamal. So, i berharap dapat lepak tepi sungai sambil makan nasi lemak kukus seperti yang ust kata malam tu. :)

Later~
semasa sesi dialog

slide show

roti tisu

Hari tu, we all family teringin nak makan nan tandoori. Pergh.. i pun apa lagi suka la gak sebab da lama x makan tandoori ni. Actually ada tujuan masa nk makan kt luar ni, just nk pass letter kat my aunt so, we all decide untuk lepak sekali kat salah sebuah restoran di USJ 10 Taipan yakni Kayu Nasi Kandar. Mmg x plan, biasanya i dengan adik i akan amek nan tandoori, my mum ikut mood, mase tu die amek nan tandoori gak. My dad suka sangat dengan Rawa Tosei.

Tapi mase tu i rase macam nk tukar menu je, so, apa yang terlintas kat kepala i, i order.. Mase tu, makanan yang terlintas adalah roti tisu. i order.


10 minit kemudian...


Nah, amek ko. Bapak besar roti tisu ni. Apatah lagi nak perhabiskan sorang-sorang. X sanggup nyah. Haha.. Slow-slow i kunyah sampai ambes roti ni. Gambar ade kat bawah. U all boleh la tengok ek. :p
tata...

3 pinggan daun pisang
ini restoran