Sunday, November 30

Abg G kawin

Assalamualaikum.
Pada 29 November 2008, kid, bersama faizal dan abangnya, berpakat untuk menghadiri majlis perkahwinan abang kepada sahabat kami. So, macam biasa, kid bangun kul 11am. Then, lepak2 jap tengok tv. After that, mandi n bersiap untuk g majlis tu. Pertamanya, kid ngat, kid g ngan panjang je, tapi abng die pun ikut skali. Best r.


Dalam perjalanan, banyak kali r terlepas jalan. Almaklum, panjang yg bawa jalan, mmg susah skit r. hehe.. Sori bro. neway, setelah pusing sana pusing sini, akhirnya tiba juga di umah G.
Sampai2 sane, G sibuk ngan pengapitnya, so, kteorg nie, muka yg penuh dengan keseganan x brani masuk majlis. haha.. ape-ape hal, tunggu je r pengantin tiba.
Pengantin tiba juga akhirnya, mse tu, tjumpe ler K, shabat kami juga. hik2.. afta dat pe lagi, perut da berbunyi, kteorg pun, telan je.. Catering die gempak r.. mesti mahal sebb service die bagus r. huhu.. makanan pun not bad. ;p
Afta makan, kteorg ambk gambar pengantin then lepak2 berbual ngan G jap. pastu balik. lala..
best r rni.. ;p


p/s: abgnye da kahwin, G nye bile plak? hik2..

Monday, November 24

Catur Bistari

Assalamualaikum.


Semasa menghadiri aktiviti Latihan Keusahawanan Siswa, Kid pertama kali telah diperkenalkan satu permainan baru iaitu permainan Catur Bistari. Permainan ini seperti permainan lain yang popular 'monopoly','saidina' tetapi bezanya, permainan ini menggunakan unsur bisnes dalam kehidupan harian. So, ini merupakan satu kelainan yang dibuat oleh penciptanya iatu daripada JOHOR CORPORATION. Sebagai pelajar IPT yg telah bermain, kid nk gak r tolong promote game ni kat seluruh plajar IPT di malaysia, bukan apa, permainan ini sangat seronok untuk dimainkan kerana ia sangat berbeza daripada permainan-permainan lain.

Sebagai pengenalan:

Apa itu Catur Bistari?
1. Permainan yang mendidik ilmu dan amalan bisnes untuk anak-anak belajar berdikari.
2. Sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga di kalangan anak-anak.
3. Pendedahan kepada ilmu dan amalan bisnes berlandaskan nilai-nilai Islam.
4. Sesuai untuk bersama anak-anak berumur 6 tahun ke atas, dengan bimbingan ibubapa dan seluruh keluarga


KONSEP CATUR BISTARI
Permainan “Catur” bermaksud “Board Game”.
Istilah “Catur” dan bukan “Dam” digunakan memberi maksud ia satu permainan yang bukan bertujuan untuk hiburan dan bersantai semata-mata, malah mempunyai matlamat sampingan bernilai tinggi.
“Catur” juga bermaksud mempunyai ciri “percaturan” atau penyusunan strategi dan berupaya membentuk ciri-ciri “ketajaman” akal dan bertindak dengan kebijaksanaan yang tinggi untuk mencapai kemenangan atau kejayaan.

OBJEKTIF CATUR BISTARI

Mencetus minat dan kesedaran kepada anak-anak dan para pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi dalam aspek yang berkaitan dengan bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan.
Membentuk budaya dan minat keusahawanan di kalangan para pelajar bagi menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan di masa hadapan.
Memupuk nilai-nilai berikut sebagai usahawan berjaya :-
Memahami liku-liku kehidupan dan cabaran yang akan dihadapi di alam kerjaya dan keusahawanan.
Belajar bila untuk mengambil risiko.
Membina kecekapan dan kemahiran perundingan dan persepakatan dalam menjayakan sesuatu usaha.
Memupuk minda keusahawanan dan minat berbisnes.
Kemahiran dan kecekapan membuat keputusan.
Mengembangkan jaringan usahasama.
Menanam semangat berbisnes untuk kesempurnaan hidup mengikut nilai Islam.



Sunday, November 23

OPKIM Teluk Chempedak

Pada hari Isnin 17 November 2008, kid bersama rakan-rakan telah menghadiri aktiviti khidmat masyarakat di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Setelah diberi amanah oleh rakan-rakan kumpulan, kid dilantik menjadi program manager untuk aktiviti ini. Terus terang nak bagitau, untuk menjayakan aktiviti ini bukan mudah yg disangka. Banyak prosedur yang terpaksa dilakukan. Tetapi Alhamdulillah, dengan bimbingan Sir Roy, akhirnya projek ini mungkin boleh dikatakan berjaya. Almaklum untuk puaskan hati semua pihak, x dapat r. Perjalanan kami bermula pada jam 8.15am daripada UniKL BMI. Kami berhenti sarapan di R&R Termeloh untuk sarapan. Then, kami menyambung perjalanan kami ke Teluk Chempedak dan sampai disana pada jam 12.15pm. apabila sampai, Kid terus membahagikan tugas kepada ahli then aktiviti gotong-royong membersihkan pantai teluk chempedak pun bermula.



Disamping membersihkan sekitar pantai, ada diantara kami mengambil gambar untuk tujuan promosi. Hik2.. Kami berhenti berkemas pada jam 1.45pm dan aktiviti bebas diadakan. Ada diantara kami yang mengambil gambar, mandi pantai dan sebagainya. Kid juga tidak melepaskan peluang untuk mandi-manda di pantai ini. Agak menyeronokkan kerana sekian lama da x merasa mandi pantai. ;p
Selepas 1 jam, kami bertolak ke Kuantan Megamall. Disini kami memberi peluang kepada mereka untuk menunaikan tanggungjawab terhadap agama, untuk membeli belah, dan sebagainya. Bila da mandi pantai, maklum r, rambut pun kesat2. Then kid masuk satu salun rambut ni untuk cuci rambut. Pergh.. sedap gle ble kne cuci rambut. byran perkhidmatan pun not bad. ;p

Tepat jam 5 pm, kami menaiki bas n pulang ke bmi. Dalam perjalanan rmai diantara kami tidur kerana keletihan satu hari berjalan. Sebagi kesimpulan, kid berasa amat lega kerana tangunggjawab untuk mengadakan aktiviti ni akhirnya berjaya dilaksanakan. So, untuk part 2 ko-k, kid da malas nk pegang jawatan projek manager. Penat wo0o.. nampak relax, tapi huhu..... dabeng je r tau betapa penatnya kid mase tu. hahah....

Saturday, November 22

Start Your Own Business

15 & 16 November 2008
Hari ni berlangsungnya aktiviti kedua dibawah anjuran bersama unit Alumni BMI. Dan, bila sebut pasal aktiviti alumni, skretariat r yang kne wat kje. So, alhamdulillah, selama 2 hari program berlangsung kid mendapat reaksi positif daripada peserta. Biasa r, prgram camni ade pro n kntra die, so, kite just pekak kn telingan kepda mereka yang x suke kepada prgram seperti ini. Then semasa register pagi tu, di dalam senarai peserta ade 99 orang, tp ntah kenapa, peserta yang berdaftar hanya 50 + je.. half beb!! So, nmpak jelas, semangat aktiviti perniagaan di dikalangan pelajar unikl BMI sangat kurang. Diharapkan pihak tertentu harus membuat sesuatu mengenai perkara ini. Sebenarnya, xde bende sangat nk cite ttg pgram ini, just untuk pengatahuan umum sahaja. Ouh ya, sebelum terlupa, aktiviti ataupun program Start Your Own Business ini adalah dibawah anjuran daripada Dewan Perniagaan Melayu Semenanjung Putrajaya. So, agak rugi r kepada mereka yang tidak menghdiri aktiviti ini..


peace...

Alumni Appreciation Dinner Ceremony

14 November 2008.
Alhamdulillah, program makan malam penghargaan kepada ahli sekretariat lama berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kekurangan. Aktiviti malam tu bermula dengan ucapan pendahuluan daripada Emcee. Kemudian diikuti dengan bacaan doa. Diriku telah diamanahkan untuk mengetuai bacaan doa pada malam tu. Mana x gelabahnya ak. Mana penah baca doa rasmi ni. nie r pengalaman pertama ak. Hahaha. Then ucapan daripada Dean tersayang pastu makan. Makanan pada malam tu, mmg best gle r. Bayangkan, order untuk 36 org mkan, tapi yg datang cume 20 org. kteorg pun sumbat je r dalam perut mne yang muat. hahah...
pastu de talk daripada bekas pelajar. Best r cara die cakap. pastu, malam tu lebih gembira lagi buat diri kid sebab kid dapat lucky draw.. haha.. beso plak tu adiah die. hehe...
then afta sume abih, cam bese ler.. de xtvt fotografi.. simple je malam tu tp enjoy sebab ni xtvt pertama alumni yang kid kne handle semenjak dilantik menjadi ahli sekretariat alumni bmi yg baru.. :)


Tuesday, November 11

Selamat Datang

Alhamdulillah, pada hari ini, terbinanya juga blog sendiri. Haha.. Bukan pe, sebelum ni x sempat nak buat walaupun benda ni senang je.. ;p
Neway, blog di friendster akan dihapuskan dan akan digantikan di dalam blog ini.
So, kepada semua sahabat, bolehlah, berkongsi pengalaman dalam blog ini ea..

tata~