Thursday, May 24

jalan jalan dgr talk

Assalamualaikum,
Wah.. Berhabuk sudah blog ini. Dri dulu lagi berjanji untuk slalu update, tpi apakan daya, banyak sgt perkara lain kne buat. Oleh hal yg demikian, tatkala mempunyai masa yg lapang ini, nk share la peristiwa yg best. Well, semalam I keluar, agak lewat actually, ea la, kebiasaanya I akan keluar pagi dan balik malam, tpi kli ni I keluar waktu asar macam tu, heading to KL Sentral. Da lama rasanya x minum starbucks, ea la, every wednesday ada happy hour. 50% off utk frappucino drinks. Ambil kesempatan la. :)
Went here yesterday

Actually, tujuan I keluar semalam sebab nk dgr talk dari Dr. Ravindran. I x kenal pun, tapi saje je sebab xde buat pape kat umah, baik kita join pgrm2 macam ni. Talk ini dibuat di Hilton Hotel KL. Tajuk talk malam tu 15th NRC11 Nation Building Series with D.Ravindran: Corruption in Malaysia – How do we Move Forward? Dan ia merupakan anjuran daripada NRC11. Apa itu NRC..? boleh visit website ni NRC


Najib Razak Club
Overall pgrm malam tu interesting sebab rasanya belum pernah join satu forum atau talk yg dilakukan menggunakan slang english yg sedikit sukar difahami. Bahasa yg mudah, tetapi tu la, sebab kita x biasa, jadi, agak slow untuk menangkap apa yg mereka perkatakan. Banyak perbezaan daripada menghadiri pgrm talk semasa zaman universiti dan juga sama zaman dewasa ini. Perbezaan tampak pada sesi Q&A. Banyak soalan yg diajukan kepada penceramah dan terbuka actually minda kita masa tu. Xda la kita duduk dibawah tempurung asyik berlegar-legar bersama pgrm universiti je. 

Kalau u all nk tahu lebih lanjut apa yg di perkatakan ketika majlis itu, boleh tunggu report pgrm daripada website NRC diatas dan ni link serba ringkas apa yg I join malam tu. Pgrm abes agak lewat sebab banyak soalan yg diajukan. So, I plan untuk naik Komuter yg terakhir ke Pel. Klang. Suasana orang di sekitar platform ketika itu agak lengang. Ea la, jam 11pm, siapa yg nk berlegar2 sekitar KL Sentral. Sambil bosan2, I sempat ambil gambar, kat situ. Sebab xde org, so la nk perasan malu seolah2 pelancong asing. Hehe.. U all boleh tgk gambar tu kat bawah.

Komuter baru
Alhamdulillah, komuter sekarang x sama dah dengan komuter dulu. Ada coaches baru, so, memang selesa la. Da 4 kali naik, 4 kali dapat coaches baru, so, mmg standing ovation untuk pengurusan KTM. Haha. ea la, dulu siap maki macam haram kat komuter ni, skali dia bertukar, amek kaww.. telan balik ludah. :p


waktu ketika itu
komuter baru sampai