Wednesday, October 31

Hong Kong Trip

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Well, this time I nk share jalan-jalan I ke bumi Hong Kong pulak. Post ni merupakan kesinambungan daripada last post which is Guangzhou trip. Guangzhou dengan Hong Kong dekat je, sebab we all naik train 2 hours from Guangzhou to Hung Hom Station, Hong Kong. I x sempat explore habis satu pulau sebab we all pergi day trip je, by means pergi pagi balik malam. Nk cut off budget utk stay hotel kat sana satu malam. Walaupun sehari dekat Hong Kong, tapi boleh kata I seronok & macam da pusing satu Hong Kong. Yang sedihnya x dapat singgah Disneyland Hong Kong which is dalam list I tempat yg kena pergi walaupun hanya beberapa kilometer je lagi nk sampai. Xpe la, mungkin next time dengan kawan-kawan lagi seronok kot :)
Hong Kong

Train Guangzhou -Kowloon Station

Firstly, as mesntioned before, we started our journey at 8am & reached Hong Kong at 10am. Sampai sana, start gelabah sikit sebab xtau ape nk buat. Tempat pertama nk gi ke Avenue Of Stars. Dekat sini kira macam tugu peringatan untuk artis-artis Hong Kong la, tempat dia tepi laut which is sangat cantik, da la angin kuat masa tu, mmg best la, mmg tempat tumpuan kawasan tourist. Then lepas jalan-jalan amek gambar kat sana, we all terus berjalan kaki menuju ke Tsim Sha Tsui, ni kira kawasan bandar la kat situ, bangunan tinggi-tinggi & we all took MTR menuju ke Central Station.

Avenue of Stars
Jackie Chan pernah letak tangan kat sini
From Central Station we all jalan kaki menuju ke Tram Station untuk menaiki ke salah sebuah kawasan pelancong The Peak. Perjalanan kaki melalui celah-celah bangunan tinggi di Hong Kong menuju ke Tram Station ini mengambil masa dalam 15 min, dan setibanya di Station Tram tu, we all terus beli tiket untuk naik ke bukit. Well kat situ mat saleh semua. Perjalanan dari bawah ke puncak menaiki tram mengambil masa dalam 10 min. So, dari dalam tram boleh menikmati keindahan Hong Kong.
dalam Tram

The Peak
Sampai je di puncak, we all terus naik ke kawasan yang paling tinggi di The Peak untuk menikmati pemandangan keseluruhan Hong Kong, Sampai je kt puncak, WOW, sangat cantik, walaupun sedikit kabus kerana dalam proses peralihan musim, tapi dia punya view, huh, rasa macam nk datang lagi je bawa buah hati. Sejuk, macam at Genting, tpi angin dia je la, kalau awan x lindung matahari masa tu, panas juga rasa.  Lepas tu we all masuk Madame Tussauds. Huh, kat sini ramai artis-artis & celebrity terkemuka dunia. Haha.. Mendiang & arwah pun ada. haha. Kat sini merupakan tempat patung lilin yg sangat real. Ada I letak gambar kat bawah, boleh la tgk :)

Kowloon
susah nk jawab
Lepas hampir 2 jam kat atas puncak tu, we all turun balik ke bawah dan berjalan kaki menuju ke Central Station dan terus ke Tsim Sha Tsui kembali. Sampai sana, we all singgah kejap dekat Kowloon Mosque untuk menunaikan kewajipan, dan berehat sebentar untuk menghilangkan lenguh kaki. Then we all cari makan kat area situ, dan do not worry sebab situ mostly kawasan muslim, so, restaurant halal mudah didapati kat situ.

with Datuk Michelle Yeoh
with Angellina Jolie & Brad Pitt
with Bruce Lee
aku x knal, tpi depa sgt comel
with mendiang Steve Jobs
Habis makan, we all pun jalan kaki menuju kembali ke Hung Hom Station untuk pulang ke Guangzhou. We all naik last train jam 7.19pm. Nasihat kalau plan untuk day trip Guangzhou-Hung Hom-Guangzhou, better beli tiket return awal sbb kalau beli lewat, mau sold out. hoho.. Lastly, we all tiba di Guangzhou jam 10pm dan pulang ke rumah dengan sangat kepenatan yg awesome! hahah...

i will come back

Saturday, October 27

Guangzhou Trip 1

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Before I memulakan cerita, rasanya x terlambat untuk mengucapakan Selamat Hari Raya Aidiladha 1433 H kepada semua umat Islam yang menyambutnya, dan disamping kita bergembira menyambut perayaan ini, sama-sama lah kita bermuhasabah diri, ingat-mengingati kepada saudara kita yang berada di pelusuk dunia yang tidak dapat merayakan perayaan ini seperti suasana yang kita sedang alami ketika ini.

Well kali ini, selepas hampir berpuluh tahun lamanya, I terasa nk update cerita kat dalam blog ini walaupun I tau yg traffic blog ni ntah ada lagi ke tidak seperti zaman kegemilangan nya terdahulu. haha.. Untuk post kali ini, I nk share cerita trip I selama seminggu di bumi tembok besar ini.

setibanya di Baiyun International Airport, Guangzhou.
Pada 13 October yg lepas, I berangkat dari LCCT menuju ke Baiyun International Airport, Guangzhou. Yes, Guangzhou :) So, this is my first time went here, which xde pun dalam plan hidup I nk jalan kat sini, I lebih suka untuk menjejakkan kaki ke bumi Beijing. Tapi xpe la, da rezeki untuk sampai kat sini pun da seronok. ^_^

Salah sebuah tugu di Beijing Rd
Di sekitar Beijing Rd
X banyak aktiviti yg berlaku pada hari pertama kerana flight from LCCT pun dari kul 4pm dan tiba di Baiyun Airport pada jam 8pm. mengambil masa 4 jam yg sangat I terasa bosannya. Da la flight penuh. Huhu.. Setibanya di Guanngzhou, I disambut oleh En. Zahari Osman tuan rumah selama seminggu I akan berada di sini. Untuk pengetahuan En. Zahari ini bekerja as a staff di Konsulat Jeneral Malaysia. So, boleh kata, duit untuk lodging da boleh jimat. :)

Keesokkannya, in the morning, we all naik teksi menuju ke salah sebuah tempat untuk shopping kain di guangzhou, x ingat la apa nama tempat tu, & we all borong sangat banyak, rasanya habis almost RM2k kat situ. boleh kata total 40m kain we all shopping. Then, I pun melepaskan peluang untuk membeli kain dan terus ke kedai tailor untuk buat baju chinese. hehe.. cantik tau baju tu.. tapi xde gambar nk tunjuk. ngee..

Patung di Chen Clan Academy
Suasana di dalam kawasan Chen Clan Academy
Lepas abes shopping pada waktu pagi, petang nya pulak we all gerak ke Beijing Lu untuk jalan2 window shopping n shopping klu terjumpa barang menarik. :) kat situ kalau kat Malaysia lebih kurang macam Bukit Bintang la. Ramai sangat orang, I mean, SGT RAMAI.

Ukiran bangunan yg sangat unik
Hari kedua pulak,  I went to Chen Clan Academy which dekat sini lebih kurang macam museum la, dia tunjuk mcm mne living Guangzhou dlu, barang-barang antik & barang-barang unik. Klu untuk tourist best kat sini. Tempat dia xde la besar, tpi klu nk jalan2 dalam tu amek masa 1-2 jam bergantung kepada passion kita untuk tgk setiap benda. Tiket masuk 10 yuan kot. Ntah, lupa da. haha..

Lunch di salah sebuah restoran halal di Guangzhou
Bergambar dari rumah kawan
Lepas tu we all gerak ke Citic Plaza which kat sini office kedutaan Malaysia dia Guangzhou, untuk bertemu dengan En. Zahari then dia bawa I ke East Railway Station untuk beli tiket ke Hong Kong. Lepas beli tiket, we all lunch kat restoran makanan halal disana. Lepas tu, petang we all gerak ke Huaisheng Mosque untuk menziarahi makan bapa Saudara kepada Rasulullah kita Sa'd ibn Abi Waqqas. Selesai mneziarahi makam itu, kami terus pulang kerana terlalu penat berjalan-jalan seharian.

bersambung....