Monday, November 24

Catur Bistari

Assalamualaikum.


Semasa menghadiri aktiviti Latihan Keusahawanan Siswa, Kid pertama kali telah diperkenalkan satu permainan baru iaitu permainan Catur Bistari. Permainan ini seperti permainan lain yang popular 'monopoly','saidina' tetapi bezanya, permainan ini menggunakan unsur bisnes dalam kehidupan harian. So, ini merupakan satu kelainan yang dibuat oleh penciptanya iatu daripada JOHOR CORPORATION. Sebagai pelajar IPT yg telah bermain, kid nk gak r tolong promote game ni kat seluruh plajar IPT di malaysia, bukan apa, permainan ini sangat seronok untuk dimainkan kerana ia sangat berbeza daripada permainan-permainan lain.

Sebagai pengenalan:

Apa itu Catur Bistari?
1. Permainan yang mendidik ilmu dan amalan bisnes untuk anak-anak belajar berdikari.
2. Sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga di kalangan anak-anak.
3. Pendedahan kepada ilmu dan amalan bisnes berlandaskan nilai-nilai Islam.
4. Sesuai untuk bersama anak-anak berumur 6 tahun ke atas, dengan bimbingan ibubapa dan seluruh keluarga


KONSEP CATUR BISTARI
Permainan “Catur” bermaksud “Board Game”.
Istilah “Catur” dan bukan “Dam” digunakan memberi maksud ia satu permainan yang bukan bertujuan untuk hiburan dan bersantai semata-mata, malah mempunyai matlamat sampingan bernilai tinggi.
“Catur” juga bermaksud mempunyai ciri “percaturan” atau penyusunan strategi dan berupaya membentuk ciri-ciri “ketajaman” akal dan bertindak dengan kebijaksanaan yang tinggi untuk mencapai kemenangan atau kejayaan.

OBJEKTIF CATUR BISTARI

Mencetus minat dan kesedaran kepada anak-anak dan para pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi dalam aspek yang berkaitan dengan bidang pengurusan kewangan dan keusahawanan.
Membentuk budaya dan minat keusahawanan di kalangan para pelajar bagi menjadikan keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan di masa hadapan.
Memupuk nilai-nilai berikut sebagai usahawan berjaya :-
Memahami liku-liku kehidupan dan cabaran yang akan dihadapi di alam kerjaya dan keusahawanan.
Belajar bila untuk mengambil risiko.
Membina kecekapan dan kemahiran perundingan dan persepakatan dalam menjayakan sesuatu usaha.
Memupuk minda keusahawanan dan minat berbisnes.
Kemahiran dan kecekapan membuat keputusan.
Mengembangkan jaringan usahasama.
Menanam semangat berbisnes untuk kesempurnaan hidup mengikut nilai Islam.



2 comments:

cik gojes :) said...

apekah yg anda Lakukan ini?
berniaga?
or juz having fun with this yhing??

syazwan akid said...

permainan yg menguji kehebatan dalam bidang perniagaan.. u should try diz. more intersting then monopoly or saidina or wat ever board games.. :)
gud luck..