Saturday, February 28

tagged by scha.

Tagged by scha..

The challenge is :
-GO to your photos folder in your computer
-GO to the 6th Folder of your photos
-GO to the 6th photos in that folder
-Put the picture on your blog & description of it.
-Invite 6 friends to join the challenge
-Link them in your blog & let they know they have been challenged

Nk komen? Hmm.. actually gmbar ni diambil oleh senior FET semasa orientasi praktikal FET UniKL di BMI. Kid pun xtau nk komen pe, nk kate best, xde r sgt, nk kate xbest, best lar gak. so, ntah ler.. xreti r nk komen gmbar2 ni.. ish ish ish...

6 persons..
::syg::
::uncle::
::pise::
::hakimy::
::syaza::
::kimy::

day b4 holiday

Assalamualaikum.
Hari ini merupakan hari pertama kid menjejakkan kaki dirumah apabila sudah sekian 3 minggu kid xbalik umah. Bukan apa, umah ngan kolej kid tersangat lar jauh dan menyebabkan kid malas nak balik umah(alasan tak munasabah). Hehehe.. Actually bukan tu alasan die, saje malas nk balik umah, tu je. Huhu.. So, ari ni ari smalam ari jumaat. Kid seperti biasa bangun pagi, sbb kelas pertama kul 8am-kelas tutor Mechanics. Ingat nk g awal, tp ji soh lepak dlu. Kid xde hal, klu nk wat jahat, senang je beb. Kid pun sempat bukak facebook pada jam 8am. Hehe. macho x? then afta 10 minutes, bru kid g kelas. berjalan-jalan punya jalan, smpai dalam kelas pada jam 8.15am.. Smpai2, bru sorg lelaki je yg ade dlm kelas tu. hehe.. yg len sume ppuan. miss pun x masuk lgi. hehe.. so, x sia-sia r, ku datang kelas lambat. Ku ingatkan semasa kelas tutor tu, de r studi tutor. Tp kteorg just diberi borang untuk diisi. Pas siap borang tu, ambk attendance then leh dismiss. Cam klakar r plak. mase diberi smpai kul 10am, tp kul 8.50am da boleh balik. Kami pun seronok kuar menuju ke cafe..
Then klas ke2 kul 10.15am. kelas Digital Electronics. Not bad r, best gak kelas ni walaupun madam x prepare untuk mengajar sebab dia baru sihat daripada demam, tu pun x fully sembuh lagi, tp xpe r. Abis je kelas tu, akhirnya, freedom!! maklum r, da 7 minggu ku belajar dalam sem2. cepat je rase. so, lepas ni cuti sminggu, x tau pe ku nak buat. meB dok umah je kot. huhu.. bosan-bosan.. nk kuar xde duit. lambat btul mara nie.. ish ish ish..
So, ku akhiri 7 minggu ku di BMI dengan online sahaja..
lallalala~~~

Sunday, February 22

Jalan-jalan

Assalamualaikum,
Semalam ari Sabtu 21 Februari 2009.
Weekend ini merupakan weekend ketiga kid x balik umah. Kira rekod r sepanjang Sem ni. Bukan apa, dlu leh kate every weekend balik umah. Tapi kali ni, kid stay kat apartment. Dan sepanjang 3 kali weekend tu r, kid dok sorang-sorang kat apartment. Huhu. housemate ku yang dok dekat je ngan BMI pulang kerumah masing-masing. Depa homesick kot. Hehe..
So, bile da dok sorang-sorang mesti r bosan kan kan kan? Then kid pun hangout r bersama-sama rakan seperjuangan di BMI ini. Kami keluar bertiga. Hik2.., (identiti anda dirahsiakan). Then first of all, kami g KLCC saje je nk window shopping. Kid pun leh kate da sbulan x jejak kaki kat KLCC walaupun nk ke KLCC bukan r susah sgt. Just nek putra direct je to KLCC. Tapi apakan daya, apabila malas menghantui diri, xpergi ler ku disana. Hehe.. Sampai di sana ku berjalan-jalan-jalan-jalan-jalan-jalan sahaja. Then, apabila berjalan-jalan-jalan-jalan-jalan-jalan, perut pun berbunyi. Tanda merupakan masuknya waktu makan bagi kawasan-kawasan KL dan sekitarnya.
Seperti yang dijanjikan, kid telah menepati amanah kid untuk belanja orang makan. hehe.. Kami ke Pizza Hut KLCC untuk menikmati juadah tengah hari. Kami makan berempat. Sedap lar gak sebb lame da x makan. Hehe.. lagi pun mase tu perut ngah lapar. So, ble time bayar, ku bayar. Ade r dalam RM**.**. hehehe. Maklumat ini dirahsiakan. Afta dat ngat nk tgk wayang cte GENG UPIN & IPIN, tpi cte tul sold out smpai kul 8.30pm. x sanggup r nk tunggu smpai kul 8pm. huhu.. then, kami bergerak ke masjid jamek untuk melakukan satu lagi aktiviti biasa iaitu 'membeli belah tingkap'. Then trus bgerak ke SOGO. huhu. Da lme x shopping kat sini. Mase tu ade sale.. geram gile. Tapi apakan daya, mase tu duit dalam walet nipis je. xleh nk wat pape r. just jalan-jalan-jalan-jalan sahaja lar. Best w0oo dapat tgk org. Hahha... then selepas penat berjalan-jalan-jalan-jalan. kami pun balik ke BMI dengan menaiki Bus Metro 91.. promote sikit. hehe.. smpai2 BMI ku keletihan. Tapi xde r letih sgt, cume mengantuk je sbb mlm tu ku tidur dlm kul 2am n bgun dlm kul6 am. pastu x tdo2.. huhu...
So, saja je nk kongsi pengalaman yg x seberapa just untuk mengupdate kan blog ku.. hehe..
k lar, ku da ngantuk.. tdo dlu...
~~~~~~

Friday, February 13

Semuanya berjalan lancar.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, malam tadi bersamaan hari khamis 12/2/09, kid berjaya mengetuai penganjuran Pertandingan Catur Bistari peringkat UniKL BMI. Penyertaan untuk pertama kali tidaklah begitu memberangsangkan kerana permainan ini tidak lagi popular dikalangan pelajar disini. Akan tetapi, pertandingan ini akan menajdi satu platform kepada pelajar disini. So, permainan bermula pada jam 8.45pm dan berakhir pada 10.45 dan sesi penyampaian hadiah pada pkl 11pm. Agak lewat, tetapi perkara ini akan dibaiki didalam meeting post-mortem kelak. Didalam pertandingan ini, aset inidividu terbanyak dimenangi oleh saudara Mohd Nazri dengan aset 12 juta. Hadiah yang ditawarkan juga sangat lumayan. Hamper yang calang-calang hamper xde kat pasaran. hehe.. agak2 camne tu? xpe lar, bayangkan dalam mimpi je lar ek.. hik2...
Bawah nie antara gambar2 semasa pertandingan diadakan...

Saturday, February 7

Shopping day

Salam.
Pada hari khamis, kid jie n min g shopping sakan kat giant. Ble dapat duit dari captain kami pun ape lagi, bergerak terus ke giant. Mule2 ambk r satu troli, then ble jalan-jalan, ambik barang tu, barang ni, pergh, x muat. kne gne 2 troli. hahha. pe lagi, min pun ambk troli satu lagi. then jalan2 lar kami di giant tue. huhu.. kebetulan pulak mase tu ujan lebat gle, so, lepak r lame2 kat situ. Ble nk bayar klakar gle, bayangkan, sorang casher n 2 org tkang pmbukus plastic yang tolong. hehe. so, kaunter tu, 3 orang yg handle. heheh.. bayangkan lar, 2 troli shopping sakan. hehe.. So, total shopping ritu de r dalam RM500.. Then nk wat balik satu masalah plak. mana xnya, nek kereta kelisa, barang macam kne letak dalam lori. haha.. tapi muat r.. hehe. mese tu plak jalan jam. kid malas nk redah jam so, kteorang lepak makan KFC jap. agak kekenyangan r mse tu.. huhu...

Catur Bistari Booth...




Assalamualaikum.
Rabu 4 Februari 2009

Malam tu, kid miss g pasar malam sebab kid n jie bukak booth untuk promote pertandingan catur bistari peringkat unikl bmi. Pergh.. serius cakap, penat gle malam tu. balik blik, sore sakit, sebab explain benda yang sama pada rakan-rakan di BMI. Bukan apa, 97% daripada student bmi x tau apa itu catur bistari. So, kami sebagai AJK atau organizer pertandingan, terpaksa r promote gameboard ini. Ada yang bagi reaksi yang posotif, ada yag sebaliknya. Biasa lar, lumrah dunia. Agak seronok malam itu kerana dapat berkongsi pengalaman bersama-sama rakandi BMI mengenai pertandingan ni, So, hopefully, ramai lar orang yang akan menyertai pertandingan ni. kalau x pun, xpe, senang sikit nk handle.. hehehe.. peace....

Birthday Panjang



Assalamualaikum.
Pada 2 februari lepas, kid celebrate birthday sahabat rapat iaitu birthday panjang. Pada malam itu, panjang ingin belanja kami untuk makan malam. Tapi masalahnya, transport ke tempat itu xde. Maklum r, kalau nk mengharapkan kereta jie, mane muat. So, nak xnak, ade yang akan nek kereta jie n ade yang akan nek cab. Pada malam itu, kami yang meraikan birthday panjang adalah seramai 9 orang iaitu, kid, jie, min, ada, pari, pali, naz, dabeng n panjang sndiri. Perancangan malam itu, ingat nk makan kat Pizza Hut Sri Gombak, tapi, Pizza Hut tu just special for delivary je. untuk dine xde. So, frust r gak, Then kami yang nek cab nie, decide untuk jalan kaki ke domino's pizza kat giant. So, mase tu da r nk ujan. Tapi xpe r, panjang nk blanje punye pasal, redah saja..
Then kteorang pun celebrate r dengan 4 pan pizza extra large.. pergh. kenyang gle mlm tu. Full tank. hehe.. Apa-apa pun, Happy birthday HaniFaizal.... hik2...

Tuesday, February 3

Birthday Yg ke-234

Assalamualaikum..
Ahad lepas, family ku mengadakan family gahtering. So, ramai r gak yang datang umah. Kteorang meraikan birthday yang ke 234. Hehe.. mesti pelik kn? Sapa lar, hamba Allah yang hidup pada usia 234.. Apa yang dimaksudkan ialah, kami menyambut 5 org birthday serentak. Orang itu adalah Ayah Long, Ayah Mi, Che Zu, my Mum n k.Farah. hehe.. Suasana hari itu agak meriah, almaklum lar dengan kehadiran Che, mesti shhok.. mne x nya, bukan satu kek je ari tu, 3 kek mama wat ari tue.. hehe. gambar kek akan di update later sebab x bawa gmbar die rini.. huhu..so, later...

Sunday, February 1

Project Manager

Assalamualaikum.
Adu.. Mengeluh diriku sebentar. Bukan apa, kid dilantik menjadi project manager untuk Pertandingan Catur Bistari peringkat UniKL BMI S1/2009. Pergh... Satu tugas atau amanah yang sangat besar untuk dipikul. Tu bukan sebarangan aktivit tau. Aktiviti pertandingan ini adalah anjuran bersama Unit Keusahawanan & Alumni UniKL BMI. Cam pelik je, kid student biase dapat project besar nie.. Hehe.. Bukan pe, sbb Captain da tau, kid wakil Selangor, so, die mintak tolong Kid handle program pertandingan ini. So far, agak seronok r, tapi xtau camne atau apa yang akan berlaku pada hari pertandingan itu nanti. hik2..
Neway, wish me luck to handle dis pgrm perfectly, Insyallah..,