Salam.
Akhirnya, penghujung semester sudah tidak lama lagi. Seperti biasa, setiap penghujung semester, kami akan dihidangkan dengan beberapa set soalan peperiksaan akhir semester sebagai juadah sebelum kami mengangkat beg baju pulang ke rumah masing-masing. Seperti biasa juga, sebelum menduduki soalan final ini, kami akan dikejutkan terlebih dahulu dengan jadual-jadual exam yang agak menggerunkan dan mengiburkan. Seperti semester-semester lepas, suka duka terhadap jadual exam ini timbul dimana pada semester satu hanya 4 paper final sahaja yang diduduki sekali gus menggambarkan betapa gembiranya hati ketika itu. Perasaan itu berubah apabila berada di semester 2 apabila kami terpaksa menjadi penghuni BMI yang sejati apabila terpaksa menduduki final exam sehingga hari terakhir perjuangan pelajar-pelajar BMI. Tetapi, pada semester kali ini, satu sejarah menggerunkan meresapi tubuh diriku.
::: jadual yg membunuh :::
hanya itu yang dapat menggambarkan perasaan ku ketika mendapat tahu jadual exam ini. Pun bagaimana walau, perkara ini bukan satu halangan bagi diriku untuk terus menyahut cabaran dan seruan jihad untuk berjuang mempertahankan pointer bagi menduduki peperiksaan akhir semester ini. Mohon agar pembaca setia blog ini agar bersama-sama mendoakan kejayaan diriku ini sekali gus kepada pelajar-pelajar yang sedang dan akan menduduki peperiksaan kali ini.
Ikhlas diri ini ingin berkongsi bahawa peratusan persediaan untuk menduduki exam kali ini adalah berada di tahap yang sangat rendah. Akan tetapi, istilah "last minute" menjadi taruhan untuk sekali lagi membuktikan kejayaan ke mercu kecemerlangan. Akhir kata, selamat berjuang dan semoga berjaya sahabat-sahabatku yang akan menduduki exam pada kali ini.
salam ikhlas
3 comments:
all the best to you! :)
jwb soklan leklok k..doakan kte jgak
best of luck!!!
doakan sy gak utk stpm this nov....
ada soaln yg nk tanya..ok ke study bwh UNIKL???nk mnta pndpt je..
Post a Comment