Tuesday, March 30

malaysia microsoft office championship 2010

salam.
alhamdullillah, semuanya berjalan lancar walaupun dugaan Allah s.w.t sangat menguji kami ketika berlangsungnya acara ini. mengikut tentatif, acara bermula pada jam 2.30pm. oleh kerana ketika itu hujan, maka, acara perasmian ini juga tertangguh sehingga jam 3pm. majlis bermula sebaik sahaja datuk adham baba tiba di perkarangan dewan dan seterusnya para vvip dan vip.

masa tu, aku mengambil peluang untuk keluar dari dewan untuk menghirup udara hujan setelah hampir kepenatan menjadi usher untuk majlis tersebut. setelah tamat acara petang itu, sesi bergambar peserta bersama datuk untuk paparan akhbar-akhbar tempatan. kalau-kalau muka beta ada dalam paper sok, roger la ek. x mengharap pun. haha...

kepada mereka yg tidak tahu apakah itu malaysia microsoft office championship, dengan segala hormatnya, google la sendiri ek. aku malas nk ceritakan semua disini. haha.. untuk paparan umum, enjoy gambar dibawah ini. :)




Sunday, March 28

weekend di zoo taiping

salam
jam sekarang menunjukkan jam 2 ptg. aku baru sahaja bangun dari tidur yg kujangkakan ia mengambil masa selama 14 jam. pergh.. ini menunjukkan aku sangat letiih minggu ini. jarang sekali aku dapat tidur selama masa ini. weekend telah pun menjadi penyelamatku untuk qada tidur. berbalik kepada tajuk post, yup, semalam aku baru saje pulang dari zoo taiping menjadi zoo volunteer anjuran jpm unikl bmi. niat dihati bukan nk sangat pun jadi volunteer, just untuk mengisi masa lapang disamping untuk mengurangkan stress minggu ini berkenaan dengan micro-p yg gila!

tepat jam 4 pagi aku berkumpul di foyer perempuan dan 4.30am kami bertoloak dari bmi. tiba berhenti solat subuh sebenatr di tapah dan tiba di zoo taiping pada jam 9.30am. aktiviti pertama kami dibahagikan kepada kumpulan kecil dan task pertama yg aku kena wat, cabut rumput. haha.. cam kelakar pun ada, tpi xpelah, sbb wat kerja ramai-ramai tu yg jadi seronok. :p

then aktiviti mengutip sampah yg sangat mencabar. dibawah rimbunan pokok-pokok, ditambah lagi dengan nyamuk dan pacat, kami berasa betul-betul tercabar dengan aktiviti sukarela ini. terlalu banyak sampah yang mereka campakkan disini. baru ku sedar bagaimana perasaan seorang pekerja kebersihan zoo ataupun dewan bandaraya yg lain jika mereka terpaksa melakukan aktiviti mengutip sampah ini. timbul perasaan insaf tidak mahu membuang sampah merata-rata selepas ini. :p

selepas habis aktiviti itu, kami terus melakukan aktiviti jalan-jalan kami mengelilingi zoo taiping sejauh 2.5km. masa ni kami jadi budak-budak balik, seronok apabila dapat tengok rimau, singa, cimpanzi. :p, maklumlah, kat bandar kl ni susah ni cari haiwan liar kat sni. de ke? haha...

lepas abih aktiviti di zoo, kami terus menaiki bas menuju ke taiping sentral untuk aktiviti makan tengah hari. pergh, not bad r tempat tu. walaupun xdapat mengalahkan mid valley atau times square, tpi shopping mall sebesar itu di tempat seperti itu, masih boeh dipertimbangkan. lunch kami makan di food court tesco. lepas tu, kul 4pm, kami terus berangkat pulang ke bmi. n tiba di bmi pada jam 9pm.

gambar..? aku pi sini pun x bawa hp gara-gara tenggelam di dalam air. isk3x... so, xde la gmbr untuk aktiviti ini. tgh menunggu gambar-gambar dari kamera dak2 ni kalu de tersilit gambar ak. :)

Monday, March 22

esok ada test

Salam.
Kejamnya dunia. Kenapa aku tidak tahu sebelum ini? Tatkala hari-hariku berlalu begitu sahaja. Hari ini baru aku tahu bahawa esok akan diadakan phase test subject mathematics. Salah aku juga, sombong xnak bertanya. Mungkinkah waktu lecture or tutorial aku x dengar pe yg lecturer bgitau. ish ish ish... kawan-kawan pun buat dek je macam xde pape yg berlaku. Dorang tau ke x ni? Haha.. lantaklah, hari ini satu hari aku nk study maths. So, jgn kco aku. lalalala

Sunday, March 21

cerita selangor

Salam.
Actually xde apa-apa nk diceritakan disini. Just ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan kegemaranku, Selangor di atas kejayaan melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir piala fa. Perlawanan semalam merupakan perlawanan kedua dan Selangor menang dengan 3-0 dan seterusnya layak dengan agregat 8-1 menentang POS Malaysia. Lawan Selangor di separuh akhir adalah N9. Wah, jumpa N9 lagi. xsabar rasenya nk pi stadium. Well, gud luck slgor. Pertahankan Piala FA di Stadium Shah Alam. :)


Saturday, March 20

Bulan ini

Assalamualaikum
Bulan March.
Ini merupakan entry yg pertama untuk bulan ini?
Bukan malas.
Tetapi bulan ini penuh dengan kesibukan
Hmm....
Apa-apa pun
Aku masih lagi disini
Masih mencari
Biarkan semua kenangan indah dan pahit berlalu
Tumpukan masa hadapan

p/s: perempuan itu period ke?