salam
jam sekarang menunjukkan jam 2 ptg. aku baru sahaja bangun dari tidur yg kujangkakan ia mengambil masa selama 14 jam. pergh.. ini menunjukkan aku sangat letiih minggu ini. jarang sekali aku dapat tidur selama masa ini. weekend telah pun menjadi penyelamatku untuk qada tidur. berbalik kepada tajuk post, yup, semalam aku baru saje pulang dari zoo taiping menjadi zoo volunteer anjuran jpm unikl bmi. niat dihati bukan nk sangat pun jadi volunteer, just untuk mengisi masa lapang disamping untuk mengurangkan stress minggu ini berkenaan dengan micro-p yg gila!
tepat jam 4 pagi aku berkumpul di foyer perempuan dan 4.30am kami bertoloak dari bmi. tiba berhenti solat subuh sebenatr di tapah dan tiba di zoo taiping pada jam 9.30am. aktiviti pertama kami dibahagikan kepada kumpulan kecil dan task pertama yg aku kena wat, cabut rumput. haha.. cam kelakar pun ada, tpi xpelah, sbb wat kerja ramai-ramai tu yg jadi seronok. :p
then aktiviti mengutip sampah yg sangat mencabar. dibawah rimbunan pokok-pokok, ditambah lagi dengan nyamuk dan pacat, kami berasa betul-betul tercabar dengan aktiviti sukarela ini. terlalu banyak sampah yang mereka campakkan disini. baru ku sedar bagaimana perasaan seorang pekerja kebersihan zoo ataupun dewan bandaraya yg lain jika mereka terpaksa melakukan aktiviti mengutip sampah ini. timbul perasaan insaf tidak mahu membuang sampah merata-rata selepas ini. :p
selepas habis aktiviti itu, kami terus melakukan aktiviti jalan-jalan kami mengelilingi zoo taiping sejauh 2.5km. masa ni kami jadi budak-budak balik, seronok apabila dapat tengok rimau, singa, cimpanzi. :p, maklumlah, kat bandar kl ni susah ni cari haiwan liar kat sni. de ke? haha...
lepas abih aktiviti di zoo, kami terus menaiki bas menuju ke taiping sentral untuk aktiviti makan tengah hari. pergh, not bad r tempat tu. walaupun xdapat mengalahkan mid valley atau times square, tpi shopping mall sebesar itu di tempat seperti itu, masih boeh dipertimbangkan. lunch kami makan di food court tesco. lepas tu, kul 4pm, kami terus berangkat pulang ke bmi. n tiba di bmi pada jam 9pm.
gambar..? aku pi sini pun x bawa hp gara-gara tenggelam di dalam air. isk3x... so, xde la gmbr untuk aktiviti ini. tgh menunggu gambar-gambar dari kamera dak2 ni kalu de tersilit gambar ak. :)
No comments:
Post a Comment