Thursday, March 10

YB

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Agak-agak u all la kan, da berapa lama i x update blog ni kan. Ish ish ish, kesian mereka yang sentiasa tertunggu-tunggu dengan kehadiran post baru untuk blog kali ini. Actually bukan apa, maklum lah, sekarang ni i bukan lagi macam student biasa, yang hanya pergi ke kelas jika ada kelas, ataupun melakukan assignment pada tatkala cuti menjelma ataupun seperti student biasa, tatkala petang u all bersukan dan juga apabila weekend menjelma, ramai antara student yang mengambil kesempatan untuk keluar mencari ketenangan.

Kini i adalah seorang YB utk kampus UniKL BMI. Pergh.. YB, actually xperlu bangga pun dengan jawatan yang ada ni, cuma kita kena ingat, amanah dan kepercayaan telah diberi makan tanggungjawab harus dilaksanakan kerana di alam lain kelak, kita semua akan dipersoalkan tanggungjawab kita semasa di dunia.

Pada 16 February yang lepas UniKL BMI telah pun selesai melakukan satu hari kewajipan untuk semua pelajar bagi membentuk satu kerajaan baru dikalangan mahasiswa, dan i lagi sekali bertanding untuk kali yang kedua apabila ajakan daripada rakan-rakan untuk memperjuangkan mewakili suara mereka. Alhamdulillah, daripada 15 calon yang bertanding dan hanya 7 kerusi yang dipertandingkan dan i dapat 2nd highest vote dalam pilihanraya kali ini. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan dan Insyallah i juga sebagai seorang mahasiswa mengharap sokongan daripada student untuk terus bersama membantu bagi membela hak-hak mahasiswa yang sering dipertikaikan.

Tidak berniat untuk bercerita dengan lebih panjang, kalau ada apa-apa persoalan yang ingin diajukan, sila la...

banner pilihanraya
poster berkempen
barisan kerajaan baru

2 comments:

General Studies Week said...

Hye do visit GSWEEK Blog

Faidhatul Arfah said...

assalamualikum "YB" ... hahaa :p