Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, Piala FA 2011 sudah pun menutup tirainya pada 11 Jun 2011 yang lepas dimana menemukan dua pasukan gergasi pantai timur, Terengganu dan juga Kelantan. Tuah dan rezeki menyebelahi pasukan Terengganu apabila dinobatkan sebagai Juara Piala FA 2011 apabila menewaskan Kelantan dengan jaringan 2-1 setelah bangkit pada minit-minit terakhir perlawanan.
I sebagai penyokong kuat Selangor tidak terlalu beria-ia untuk menyaksikan perlawanan ini tetapi apabila memikirkan darah daging dan juga kehangatan perlawanan akhir, i x melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan ini di Stadium Bukit Jalil. Jelas kehadiran i di sana sebenarnya di dalam keadaan serba salah kerana tidak tahu pasukan mana yang ingin disokong. Kelantan bukan lah menjadi pilihan apabila pasukan negeri ini berjaya menundukkan pasukan kegemaranku akan tetapi Terengganu juga bukan menjadi pilihan kerana aku tiada kaitan langsung dengan negeri Terengganu.
Oleh hal yang demikian, i saje membeli jersi pasukan Kelantan untuk dijadikan koleksi dan seterusnya menyokong negeri itu atas dasar ingin melepak bersama saudara mara yang tersayang. Kemenangan atau pun kekalahan Kelantan pada malam itu tidak akan memberikan impak kegembiraan i pada ketika itu, just bersandarkan hanya ingin menyokong bola sepak tempatan.
Mungkin gambar-gambar dibawah menunjukkan i ni murtad negeri kerana menyokong sebuah pasukan yang juga merupakan musuh utama pasukan Selangor. Haha.. xpe la, yang penting, i ada pada malam tu di stadium bersama menyaksikan kemeriahan bola sepak pada malam itu. Cukup sampai disini, jumpa lagi pada saingan piala fa 2012 pada tahun hadapan dan insyallah, Selangor akan bangkit membalas dendam.
|
ramai yg tidak percaya i memakai baju happy red warrior |
|
berebut mendapatkan seat tempat yg terbaik |
|
lihat, i hanya bermain dengan IPad x menghiraukan langsung perlawanan malam itu :) |
|
wajah wajah keluarga mohamed |
|
wajah wajah penyokong |
No comments:
Post a Comment