Ini kisah tahun lepas, tapi disebabkan I x sempat nk cerita, I akan cerita balik untuk post ini. Kepada pembaca setia, harap dapat baca perkongsian pengalaman ini untuk u all.
Pada 25 December 2011 which jatuh pada hari Christmas, I bersama group 11 org bertolak dari LCCT Airport menuju ke KKIA pada jam 6.45am. Ini merupakan juga kali pertama I menjejakkan kaki ke bumi Sabah. I akan berada disini selama seminggu bersama group persendirian which is also my friends. Setelah mendarat di KKIA2 kira-kira jam 9am, kami terus pi shoru dulu dek kelaparan walaupun b4 flight da makan kaw kaw. Setelah selesai breakfast disana, kami pun menuju ke Kinabalu Park which tempat penginapan kami untuk mendaki Gunung Kinabalu. What? Gunung Kinabalu? ARE U SERIOUS? hehe.. well, this is the day where I will tawan the highest peak of South East Asia Mount.
Sampai resort, we check in then berjalan-jalan sebentar ke pekan Kundasang. Kabus je kat sana, which sangat cantik. Susah la nk tgk view yg cantik ni kat KL yg penuh dgn habuk kota. Pekena chicken wings kat sana, masyuk kot. :p. Then we all balik ke resort untuk rest. Malam tu, I x boleh tidur, so, apa lagi, berjalan lagi sekali ke Pekan Ranau. Kat sana bila malam je mati. Bukan macam KL. So, just lepak restoran sambil-sambil ready kan mental untuk mendaki gunung sok.
Paginya, we all start mendaki pada jam 9.30am daripada Timpohon Gate. Perjalanan kami untuk ke Laban Rata mengambil jarak jauh 6KM dari starting point. Wow. serius cakap, sapa nk panjat gunung, sila la fit dlu. mmg mecabar. Alhamdulillah, dlm group I, I sampai dulu di Laban Rata pada jam 2.30pm, diikuti dengan Sir Azlan 2.45pm dan the rest mostly smpai kul 5pm. Kat sana just rehat sebab nk sambung mendaki pada jam 2am. Untuk pengetahuan, ketika ini suhu di Laban Rata bermain kira-kira 8-10 darjah Celcius manakala di puncak bermain 2-5 darjah Celcius. Sangat sejuk.
2am, perjalanan ada lagi berbaki 2km untuk kepuncak. Selangkah demi selangkah kudrat di taruhkan. Tiada fikiran lain melainkan give up sahaja kerana mmg x tahan. Alhamdulillah, walaupun sehingga merangkak nak naik puncak, akhirnya jam 5.30am, I berjaya menawan Gunung Kinabalu dan seterusnya berjaya mencatatkan sejarah peribadi dalam hidup aku. Saat indah dapat sujud syukur dipuncak mmg satu perasaan yg x dapat digambarkan. Daripada 11 org, hanya 6 org daripada group kami yg berjaya menawan puncak. Sedih la juga sebab x semua yg berjaya menawan puncak, tapi insyallah, peluang sentiasa wujud. :)
Selepas berjaya menawan puncak, satu lagi peringkat yakni turun ke bawah yg sangat mencabar. Setelah hampir 70% nyawa dikerah ketika mendaki, balance perlu digunakan untuk menuruni gunung. Ketika turun, masa ini merupakan satu tahap dimana skru-skru badan semuanya tercabut. Lutut, kaki, badan, tangan semuanya menggigit kesakitan. I mengambil masa sehingga jam 5pm untuk smpi ke Timpohon Gate. Tapi I berjaya menghadapinya dengan senyuman.
Sampai dibawah, kami dibawa ke kawasan hot spring untuk mencuci badan. Pergh. Dengan kesejukan berada di puncak, akhirnya terubat dengan mandian air panas. Indahnya ciptaanMu. Selepas itu daripada KK, we all terus bergerak ke Semporna. Sangat jauh perjalanan kami. Alhamdulillah, we all tiba pada pagi seterusnya di Jeti Semporna untuk melakukan aktiviti seterusnya which is.. Snorkling di Pulau Mabul!!
Seronok x tergambar apabila dapat menjejakkan kaki ke Pulau Mabul untuk melakukan aktiviti snorkling. Satu hari kami disana, dan pulang ke tanah besar pada jam 4pm. Setibanya di tanah besar, kami melakukan aktiviti masing-masing berjalan-jalan di pekan Semporna dan pada malamnya aktiviti makan best. X lengkap percutian anda ke Sabah jika tidak mengenakan makanan seafood yakni Lobster! yeY, dapat makan lobster dan total bill makan malam itu untuk 15 org hanya RM500. Murah sangat.
Then malam tu, kami bertolak balik ke KK dan tiba di UITM Sabah untuk berehat disana dan checkin untuk 1 malam. Tiba seawal jam 8am, kami berehat dan pada malamnya shopping di Pasar Philippines yg popular disana. Keesokanya lagi sekali Pasar Philippines menjadi tempat lepak sebelum menunggu flight pulang ke KL. Flight kami pada jam 9.45pm, bertolak dari KKIA2 dan tiba di LCCT pada 12am.
Habis sudah seminggu percutian di Sabah dimana akan I ingat dalam sanubari kerana berjaya mencatatkan sejarah hidup untuk diri I. I ada share gambar-gambar untuk tontonan umum. Semoga u all gembira.
6 comments:
sgt jeles..hehe
jum, kid bawa jalan.. :)
salam ukuwah, wah best pergi sabah!..akid jemput ke blog sy nt...im a new blogger =)
sangat2 seronok pergi ke Pulau Mabul.. hari tu saya dan Wife pun ada menjelajahi Sabah.. sgt2 seronok
Waw.. saya pun ada pergi Pulau Mabul dengan Wife.. kos dia sgt2 lah murah.. penginapan pula chalet atas air.. best~~~
sangat2 seronok pergi ke Pulau Mabul.. hari tu saya dan Wife pun ada menjelajahi Sabah.. sgt2 seronok
Post a Comment