Sunday, July 29

kisah aman kampus kenyalang

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Tak tahu kenapa rasa malam ni terasa rajin untuk menaip sesuatu. Oleh hal yang demikian, biarlah I cerita pengalaman I semasa join Program Aman Kampus Kenyalang. Actually kalau you all review balik post lama, I ada buat citer Day 1 tentang Aman Kampus, tapi disebabkan tak larat nak update setiap hari, biarlah I citer semua dalam satu post (malas sebenarnya). Haha..

Well, first thing first, siapa yang tak tahu apakah itu Aman Kampus, boleh la visit website Aman Kampus dan baca apa yang tertera disana. Mungkin I direct cerita semua pengalaman yang sempat terlintas untuk dikongsi bersama. Well, kami bergerak daripada Pangkalan Tentera Udara Subang menaiki Pesawat Charlie. Apa itu pesawat Charlie..? boleh google sendiri. ngee.. Setibanya di Kuching, kami terus ke Unimas. Untuk pengetahuan, ini kali kedua I menjejakkan kaki ke bumi Unimas dimana sebelum ini, I gerak with trip sir irwan.

Kami 2 hari disana mengadakan sedikit sesi suai kenal dengan group student Sarawak. Seronok dapat buat networking, dapat jumpa dengan ramai sahabat. Then selepas itu bermula lah perjalanan kami dari satu tempat ke satu tempat. Perjalanan mengambil masa hampir seminggu daripada Kuching ke Bintulu dan kemudian pulang semula ke Kuching untuk majlis penutup.

Antara aktiviti awal kami semasa di Kuching adalah aktiviti siswa budaya dimana kami dipersembahkan dengan pertunjukan pentarama di Kg Baru, Kota Samarahan. Bersama masyarakat kampung menyaksikan persembahan pentarama ini sangat istimewa kerana ia bukan hanya suka-suka tetapi menyelitkan mesej-mesej baik untuk disampaikan kepada masyarakat di luar bandar. Dan dengan adanya mahasiswa dan mahasiswi universiti, mampu untuk meyakinkan dan berkongsi sedikit pengalaman kepada masyarakt di Kg Baru ini.

Kemudian, kami gerak ke Saratok bagi merasai sendiri pengalaman berada di rumah panjang dan yang paling istimewa adalah menyambut pesta gawai. Untuk diri ini, I da pernah rasa sebelum bagaimana perayaan ini dijalankan, cuma mungkin untuk kali ini, I dapat bersama-sama dengan rakan-rakan baru untuk merasai pengalaman menyambut pesta gawai.

Dari Saratok, kami bergerak ke Sarikei. Disini juga kami tidur di rumah panjang, merasai bagaimana menyambut pesta gawai di rumah keluarga lain pula. Boleh dikatakan aktiviti berpindah-pindah ke rumah panjang ini sangat istimewa kerana kami dapat mempelajari adat resam mereka melakukan aktiviti seharian. Disini juga kami dapat merasai bagaimana kesukaran, kepayahan, mereka meneruskan hidup tanpa keperluan asas yang sempurna.

Selepas Sarikei, kami ke Julau. Disini kami tidur di rumah panjang yang mana juga merupakan tempat YAB Perdana Menteri Malaysia akan melawat sempena sambutan gawai peringkat kebangsaan. Tidak pasti sama ada pertemuan ini secara kebetulan ataupun sudah dirancang awal. Pedulikan semua itu, I rasa sangat seronok apabila program ini dapat dilakukan sehingga melibatkan pemimpin no 1 negara.

Daripada Julau, kami bergerak ke Sibu. Disini kami menetap di asrama polis di daerah Sibu dan pada malamnya kami melakukan aktiviti pentas anak muda dimana kami bertemu dengan belia Sibu yang sangat bersemangat dan sporting. Terima kasih diatas layanan penduduk warga belia Sibu keatas kami dan kami sangat seronok akan program pada malam itu.

Keesokannya kami bergerak ke utara yakni ke daerah Bintulu dan kami menetap di Kg Ulu Nyalau. Superb. Bersama family angkat disini merupakan satu pengalaman indah kerana mereka sangat baik dan awesome. Walaupun terdapat sedikit kekurangan kepada family angkat I, tetapi ini bukan satu penghalang malah menjadikan I lebih kuat untuk teruskan hidup dan bersyukur kepada segala reeki yang telah dikurniakan di negeri ku Selangor.

Kemudian, kami menaiki bas pulang ke UiTM Sarawak dengan mengambil masa 14 jam perjalanan. I sudah biasa travel jauh-jauh ni, so, masa tu xde la rasa stress dok dalam bas lama-lama (ecece). Sampai di Kota Samarahan, kami rehat untuk seterusnya bergerak ke Mas Gading, satu lagi tempat terakhir untuk melakukan aktiviti sebelum kami bergerak pulang ke Semenanjung.

Di Mas Gading kami melakukan aktiviti penutup dan pada petangnya bersama masyarakat kampung mengadakan aktiviti gotong royong. Kemudian pada keesokkan harinya kami pulang ke tempat masing-masing. Well, nk minta maaf sebab x dapat cerita secara detail apa yang berlaku di setiap tempat kerana I da lupa & xlarat nk cerita semua. Al-maklumlah da hampir 2 bulan program ini berakhir dan sekarang baru berpeluang untuk update setelah didesak oleh individu tertentu. ceh. :p

Mungkin dengan beberapa keping gambar yang dikongsi disini dapat menceritakan sedikit kisah suka duka sepanjang aktiviti yang telah kami lalui. Sampai sini saja, jumpa next post, cerita tentang Di Bawah Bayu pula. :) Salam Kenyalang.....

Rombongan Konvoi bergambar bersama penduduk RP Ngalong, Saratok sebelum berangkat ke Sarekei

Urursetia Aman Kampus, Syukri Abdullah menari dalam upacara 'Ranyai' sambil diperhatikan Mohd Shahar

Seorang Peserta Aman Kampus mengambil kesempatan untuk mencuba acara 'Ranyai'

Keluarga di Kg. Ulu Nyalau

Semua penduduk di RP Keli dan RP Gundak Ahlen bergambar kenang-kenangan sebelum berangkat ke Julau.

Mohd Shahar berkata sesuatu kepada Najib sebelum berangkat pulang

Ahli Panel Pentas Anak Muda dari kiri, Eddie Saat (Persatuan Pemuda Sibu), Bayang Udin (USM), Samuel (Moderator), Nurul Huda (Unimas) dan Hafiz.

ni dia Charlie

bersama flait sarjan

suasana dlm Charlie

with pratap n dya

penduduk tempatan

bersama family angkat di Saratok

bersama hafiz

xtvt siswa cergas

bersama mak ayah di Kg Ulu Nyalau

with cma

info siswa di kuching waterfront

full house pentarama Kg Baru, Kota Samarahan

No comments: