Sunday, June 5

baby tengok wayang??

gambar hiasan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Post kali ini i ingin membincangkan isu yang ada diantara kalangan manusia yang xreti-reti menyusahkan orang. First of all, i nk minta maaf awal-awal sebab berkemungkinan, post ini akan menyentuh hati, naluri dan juga perasaan si pemakan cili. Dan sebagai peringatan mungkin ada beberapa kata kesat yang tidak sesuai untuk golongan 18 tahun kebawah membacanya. Oleh hal yang demikian, kepada mereka yang tidak suka akan post ini boleh dislike pada comment di bawah. Haha...

I baru pulang menonton wayang di salah sebuah pawagam terkemuka di tengah-tengah kota kuala lumpur. Hari ini, i tengok cerita X-Men First Class. Pergh.. mmg first class la. Baru i dapat tau, history of the x-men characters. Overall untuk movie ni i bagi 4 STAR w0o.. Kepada mereka yang belum menonton filem ini lagi, sila lah ke pawagam berhampiran, dan jangan pulak u all tunggu Astro First sebab Astro First just produce filem tempatan je.

Berbalik kepada tajuk post ini, ade ke bang*ng family bawa masuk bayi dalam panggung. Kalau sape x faham, ni i caps lock jap, BABY. Kalau baby tu fhm bila suh senyap xpe, ni tgh-tgh cerita boleh plak nangis. Spoil. i bukan nk salahkan baby tu sebab ye la, dia bukan fhm apa-apa pun. Cuma parents/penjaga kepada bayi tu yang boleh dikatakan spesis pentingkan diri yang b*ngong. Der, klu ye pun both of you kaki tgk wayang n masih lagi perasan muda dek 1st baby baru lahir, xyah la bawa baby yang xberdosa tu masuk panggung. recruit la mne2 baby sitter.

Kalau tgk cite kungfu panda ke, a bugs life ke, i xksah sgt sebab i akan cuba ubah mentality pemikiran i yang bahawa cerita tu mostly kana-kanak yang akan tengok. So, klu depa wat bising dalam panggung pun i xksah sangat sebab mental da ready. Klu nk sumbat baby dalam tu pun xpe. Tapi ni come on la, x-men kot. unsur ganas, sex, semua ada. x sesuai untuk mereka yang bawah 13thun. Hmm.. Udahlah, klu taip panjang-panjang pun bukan ade couple yang terasa ni nk baca. Pada mereka sahabat-sahabat diluar sana yang sudah pun mendirikan rumah tangga, fikirkan yang terbaik untuk anak-anak, jangan pentingkan diri, hormat penonton yang lain. peace.

Saturday, June 4

Singapore Backpackers

Assalamualaikum & Greetings...
Untuk post kali ni i nk share experience i pergi Singapore seorang diri. Wow, yah, i repeat alone. Pada 20hb May yang lepas, i ke Singapore dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines dari KLIA menuju ke Changi Airport. Bertolak pada jam 5pm dan tiba di sana satu jam selepas itu. Pertama kali menjejakkan kaki di airport Changi bagaikan seperti seekor rama-rama yang terbang mencari madu bunga. Terkial-kial mencari tempat yang harus dituju. Apa-apa pun, setibanya di station SMRT, bertambah lagi terkial-kialnya apabila tidak tahu menggunakan mesin tiket MRT. Apabila berada bersendirian, kita harus berani mencuba untuk kuat di negara orang.

30 minit selepas itu, i tiba di station kallang dan kemudian berjalan kaki menuju ke tempat kediaman i untuk 3 hari trip kali ini. i stay kat Ideal Backpackers Hostel kat Geylang Rd. Not bad untuk mereka yang hanya inginkan tempat tidur budget berbanding dengan hotel-hotel megah yang ada di Singapore. Bayaran untuk satu malam adalah $45 SD. Lepas tu, i keluar untuk mencari kedai makan. Alhamdulillah, ada satu kedai halal di sekitar hostel itu. Selepas itu, untuk tidak membuang masa i terus menaiki SMRT menuju ke tempat yang diistilahkan sebagai Heart Of Singapore which is at Orchard Rd. Wah, sampai gak i kat sane. Takde apa pun actually, just macam bukit bintang je. Shopping Mall yang hebat-hebat banyak la kat situ. Kemudian, i balik hostel and tidur.

Pagi sesudah subuh i keluar and melangkah kaki menuju ke station kallang SMRT. Kemudian membeli tiket ke station Harbour Point. Setibanya di sana, i breakfast dulu, then berjumpa la dengan kawan i, nisa with her mum kat station Harbour Point. Then melangkah kaki ke Vivo Shopping Mall naik ke tingkat 3 untuk menaiki train ke Sentosa Island. Fare dalam $3 SD. Sampai kat Sentosa Island dalam pukul 9am, then jalan-jalan la kt area depan pintu masuk USS sebab dia buka jam 10am. Jam 10am, terus we all serbu masuk ke USS.

Wow, kat dalam USS macam-macam ada. Kalau i nk describe satu-satu apa yang ada kat dalam tu, maknanya, lagi panjang kot post kali ini. Macam ni lah, biarkan ia menjadi satu tanda tanya apa yang ada di dalam itu. Dan kepada mereka yang belum sampai, pergilah selagi mampu. Untuk remaja macam kita ni sangat seronok untuk melihat sesuatu perkara yang tiada di negara kita. Bukan nak membangga sangat pun, tapi sebab sudah diberi peluang melihat dunia, i suka kongsikan juga pengalaman ini kepada mereka yang belum merasainya dan mengajak you all untuk turut sertanya sekali.

I pun lepak la sana smpi 7pm. Kaki masa tu da longgar habis. Skru pun da banyak jatuh masa jalan. Haha.. itu just merupakan perumpamaan yang i betul-betul kepenatan berjalan di sekitar USS yang sangat besar ok. Then i nek SMRT menuju pulang ke hostel. Lepas dok berhias diri, i pun pi dinner kat restoran yang sama and i x larat n berjalan malam tu just terus balik ke hostel.

Esok paginya, i bangun and berkemas bersedia untuk check out. Lepas checkout, i terus ke airport, then simpan bag sebab flight i lama lagi. So, lepas simpan je, i naik cab proceed to Marina Bay. Jalan-jalan la i kat situ tengah hari dimana matahari sangat terik. Dari Marina Bay, i gerak ke Sentosa island balik sebab ade ride yang i nk sangat naik. Hehe. Lepas dah naik, i terus ke airport and lepak je kt departure hall Changi Airport sampai pintu buka. Naik fliht, dan Selamat Pulang kepada warganegara... :)

Kepada mereka yang baca post ini yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan perbelanjaan/penginapan/cadangan/recommend boleh lah komen post ini dan i akan cuba secepat mungkin membalas pertanyaa anda. Apa-apa pun, trip kali ini sangat seronok and i ada pengalaman ke negara orang berseorangan. Next?? mungkin Bali.... :)

me and my kingdom
i xtau patung ape tu

Universal Studio Singapore

Far Far Away Castle

i jadi kanak-kanak jp

nisa's mum, nisa, Frankenstein, me

casino

Thursday, June 2

Akid Return

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Ish ish ish, kesian blog ini, kesunyian ditinggalkan oleh owner yang selalu mem'busy'kan diri dengan kerja-kerja lain. Apalah nasib post-post yang dahulunya megah menjadi ikutan ramai tetapi kini senyap ditinggalkan peminat. Ece ece. For this time moment, i would like to apologize to those who are waiting for a long time in order to see news on this blog. Yah, i sangat busy memandangkan post sebelum ini ada diberitahu bahawa i sekarang seorang YB, so, x banyak masa terluang yang dapat i habiskan untuk mengisi post-post terbaru.

Untuk ketika ini, i akan cuba mengemas kini blog ini supaya ia kembali ke zaman kegemilangannya dahulu. So long, tata..

Thursday, March 10

YB

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Agak-agak u all la kan, da berapa lama i x update blog ni kan. Ish ish ish, kesian mereka yang sentiasa tertunggu-tunggu dengan kehadiran post baru untuk blog kali ini. Actually bukan apa, maklum lah, sekarang ni i bukan lagi macam student biasa, yang hanya pergi ke kelas jika ada kelas, ataupun melakukan assignment pada tatkala cuti menjelma ataupun seperti student biasa, tatkala petang u all bersukan dan juga apabila weekend menjelma, ramai antara student yang mengambil kesempatan untuk keluar mencari ketenangan.

Kini i adalah seorang YB utk kampus UniKL BMI. Pergh.. YB, actually xperlu bangga pun dengan jawatan yang ada ni, cuma kita kena ingat, amanah dan kepercayaan telah diberi makan tanggungjawab harus dilaksanakan kerana di alam lain kelak, kita semua akan dipersoalkan tanggungjawab kita semasa di dunia.

Pada 16 February yang lepas UniKL BMI telah pun selesai melakukan satu hari kewajipan untuk semua pelajar bagi membentuk satu kerajaan baru dikalangan mahasiswa, dan i lagi sekali bertanding untuk kali yang kedua apabila ajakan daripada rakan-rakan untuk memperjuangkan mewakili suara mereka. Alhamdulillah, daripada 15 calon yang bertanding dan hanya 7 kerusi yang dipertandingkan dan i dapat 2nd highest vote dalam pilihanraya kali ini. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan dan Insyallah i juga sebagai seorang mahasiswa mengharap sokongan daripada student untuk terus bersama membantu bagi membela hak-hak mahasiswa yang sering dipertikaikan.

Tidak berniat untuk bercerita dengan lebih panjang, kalau ada apa-apa persoalan yang ingin diajukan, sila la...

banner pilihanraya
poster berkempen
barisan kerajaan baru

Saturday, March 5

persoalan

mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa i dah jarang update blog? mungkinkah pemilik blog ini sudah tidak berminat dengan dunia blogging? ataupun, mungkinkah password blog ini sudah di hack atau mungkinkah penulis blog ini sangat sibuk sehingga tiada masa untuk bersama blog ini.?? Pelbagai tohmahan yang dilempar kerana jika sibuk sekali manapun, penulis akan memberitahu dan mesti adasatu dua post yang akan di update dalam tempoh seminggu.

akan tetapi ini sudah hampir menjangkau 1 bulan. wow.. hebat. Apa-apa pun, ye, i sangat sibuk untuk ketika ini dan tidak dapat untuk meluangkan masa bersama blog ini. Minta maaf kepada mereka yang setia bersama blog ini dan berkemungkinan minat anda kepada blog ini sudah pun berkurangan. Apa-apa pun, terserah kepada diri u all, blog ini masih lagi aktif dan beberapa post baru akan di update demi menggantikan post-post yang tidak dapat di update sebelum ini.