Thursday, January 1

Maal Hijrah and New Year

" Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Asas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman "

Alhamdulillah, hari ini merupakan tahun baru 1430 dan 2009. Banyak peristiwa pahit manis dan suka duka bagi diri kid sepanjang berada pada tahun 2008. Peristiwa manis yang akan menjadi kenangan pada masa hadapan dan peristiwa pahit yang akan menjadi pengajaran pada masa akan datang. Sesungguhnya, sesuatu baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri kid tetapi pada hakikatnya semua itu datang dari Allah s.w.t. Kalau nk kid kongsikan pengalaman kid sepanjang tahun lepas, nampak gayanya, 3 page pun belum tentu akan habis. So, baik kita sebagai manusia dan hamba Allah, melihat kehadapan dan meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba yang bersyukur. Oh ea, lirik lagu Maal Hijrah di atas sangat tersirat ertinya untuk difahami. Sekarang, jarang kid dapat dengar lagu ini di media. Mungkin kerajaan perlu membuat sesuatu untuk perkara ini agar, sifat atau pemikiran remaja dan orang Islam khususnya tidak tertumpu kepada konsert-konsert ambang tahun baru dan pertunjukkan bunga api.
Sambutan Maal Hijrah 1430 di Malaysia telah pun berlangsung dengan jayanya. Namun, pada saat rakyat Malaysia yang hidup penuh keharmonian merayakan sambutan mengingati hijrah junjungan Nabi Muhammad SAW, ada dalam kalangan saudara kita yang sepatutnya turut sama menyertainya, ditempat mereka, melalui hari 1 Muharam 1430 dengan penuh hiba dan duka. Serangan udara bertubi-tubi rejim zionis ke atas premis awam yang dikatakan hanya mensasarkan lokasi puak Hamas telah melengkapkan proses peragutan nilai kesucian kedamaian di bumi tanah tumpah para anbia.
Oleh hal yang demikian, di saat kita hidup aman damai di Malaysia ini, kid mengharap, merayu, memohon kepada umat Islam diluar sana, agar melakukan sesuatu untuk saudara kita di bumi Palestin. Serangkap doa dan bersama beberapa titisan air mata ikhlas sudah mampu untuk kita sebagai umat Islam membantu saudara kita di Palestin untuk membela tanah tumpah mereka. Bersama-sama kita menghayati perjuangan ini.
Insyallah...

2 comments:

juansyahmi said...

slm akid...
nice blog...
huhu...
informative...
anytym tgk la syaminye...
but nothing there...
just rubbish...
haha...
http://boygen1nabe.blogspot.com/

akid said...

salam..
thanks.. xde r cantik mne pun..
bese2 je..
tp u punye da bnyk artikel ek.
msti da lme buat.. ku bru start cuti ritu.. hahah