Friday, December 4

20 tahun ana hidup....

20 tahun ana hidup hari ini adalah pertama kali ana membawa kereta manual. Haha..
Wajah keringat kemerah-merahan mula bermain di muka ana. Bukan apa, perasaan sedikit segan itu mula bermain di benak fikiran apabila baru sahaja berjaya membawa sebuah kereta manual yang sepatutnya seorang remaja itu sudah mampu membawanya pada usia 17 tahun.

Sebenarnya, ana sudah tahu memandu, tetapi sebelum ini ana hanya memandu kedua-dua kereta automatik kepunyaan ayahanda dan bonda. Dikesempatan cuti inilah, ana gunakan sepenuhnya untuk menyambung pelajaran lesen kereta ana yang telah tergantung selama setengah tahun. Ya, ana masih lagi belum mempunyai lesen memandu apatah lagi lesen memandu kapal terbang. Selepas tamatnya sesi persekolahan dalam hidup ana, cuti itu ana persia-siakan dengan hanya duduk dirumah.

Kini, untuk membuat lesen sangat sukar dengan mengambil kira faktor masa yang menjadi penghalang utama untuk ana membuat lesen. Kepada adik-adik yang akan bercuti selepas menunaikan jihad menjawab exam SPM, buat lesen anda secepat yg mungkin. Jangan menunggu sehingga kalian mendapat tawaran sambung belajar di kolej-kolej tempatan mahupun luar negara. Ini nasihat ikhlas daripada ana seorang insan yang lemah.

2 comments:

Mohd Zulhasif B. Zulkifli said...

salam boh...

sejak bila 'ana' ni ??

pape pong, wish u barakallah hu fik...

aimisya said...

salam.. selamat hari lahir..
lawatlah blog aimi k..
http://aimisya.blogspot.com