Wednesday, December 23

keluar

Assalamualaikum

Tajuk post kali ini adalah keluar. Macam-macam gambaran boleh difikirkan daripada satu patah perkataan. Mungkin dari sudut negatif mahupun positif. Hari ini, ana bangun seawal pagi yang mungkin. Sudah lama ana tidak berkesempatan untuk melihat keindahan waktu pagi disebabkan waktu tidur ana yang tidak tentu arah semasa cuti kali ini. Perancangan hari ini, ana ingin menjejakkan kaki ke BMI untuk berjumpa dengan Capt. bagi membincangkan sedikit perkara mengenai masa depan. Haha..

Ana keluar dari rumah pada jam 9.30 am dan terus menuju ke ktm s.alam. Kemudian ana menukar train menaiki putra lrt dripda KL Sentral menuju ke Terminal Putra. Setlah tiba di Station Terminal Putra, ana agak terkejut kerana keadaan disana agak sesak dan sangat ramai. Apakah yang sedang berlaku? Ouh, baru ana terfikir bahawa sekarang merupakan cuti sekolah. So, banyak kelibat anak-anak muda dan pelancong asing menunggu bas yang akan menuju ke kereta kabel dan ada beberapa kelompok pelancong asing yang berbincang mengenai tambang teksi. Ana meneruskan perjalanan menaiki teksi ke BMI.

RM7 harga tambang teksi yg perlu dibayar. Sebelum melepasi Guard House, ana terkejut kerana tempat parking kereta pelajar BMI sudah semakin membesar sehingga jauh kebelakang. Wah, satu perkembangan baru. Lepas ini mungkin ramai pelajar akan bawa kenderaan. :p
Kaki meneruskan langkah. Kemudian ana berada di bilik Capt. Ketibaan ana disana disambut dengan 2 org student yang juga sedang berdiskus dengan Capt. berhubung dengan bisnes. Ana pun apa lagi, pantang dengar bisnes2 ni. curi2 dengar.

Sebenarnya, kehadiran ana di BMI ketika itu ingin membincangkan lebih lanjut mengenai penyertaan pelajar BMI untuk Pertandingan Catur Bistari peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Persada JB pada 17 Januari kelak. Tetapi, orang kata ana mungkin kerana tiada rezeki sbb tarikh tamat penyertaan itu tertulis pada 30 November 2009. Capt. juga baru perasaan akan hal ini. So, tiada input lagi yg ingin di diskuskn lagi. Terus mengankat kaki menuju ke LRT putra menaiki bas T231 di UIA.

Kemudian, ana x tentu arah. Terpinga-pinga memikirkan arah tujuan selepas ini kerana jam baru sahaja menujukkan jam 12noon. Tanpa berlengah, ana terus menuju ke Pasar Seni untuk menaiki bas menuju ke S.Alam. Sebelum menaiki bas, ana singgah di POS Malaysia untuk mengepos 'beberapa' keping surat. Ana menaiki bas.

Setibanya di s.alam, perut ana terasa sangat lapar. Terus menuju ke Pizza Hut SACC Mall. Selepas makan disana berjalan la ana dari pukul 3pm sehingga 6pm. SACC, PKNS, dan Tasik S.alam, Aquarium wet world menjadi destinasi perjalanan ana kali ini. Banyak perubahan yang berlaku jika ingin dibandingkan sewaktu ana selalu berada di s.alam suatu ketika dahulu. Di bawah merupakan beberapa shot gmbar yg ana ambil sebagai kenangan di dalam blog ini.

salam




No comments: