Saturday, June 18

langkawi trip

Hello World..
Untuk kali ini, i nak share percutian my friends and i ke satu destinasi pelancongan negara di Pulau Langkawi. Actually da lama da i datang sini. So, bagi membangkitkan rasa rindu, i pun booked tiket airasia pada tahun lepas dalam satu promosi untuk ke sini. Kali ini i hanya bertiga, G dan jang. Seperti biasa, flight i jam 2.05pm di LCCT dan setibanya disana, kami naik cab menuju ke resort di Pantai Cenang yakni Best Star Resort. Ok la dengan harga yang berpatutan, xdelah kami aspect nk dpt 5 star services. Location sangat menarik kerana berada di tpi pantai dan sangat tempat shopping pun ada sepanjang jalan tu. 

Gunung Mat Cincang

Sesudah check in, kami pun bersiap untuk mandi pantai yang juga sudah sekian lama i x berendam di laut masin. Lepas mandi-manda di pantai cenang, kami pun bersiap untuk makan malam. terdapat banyak restoran disini cuma mungkin harga makanan di sana agak mahal kerana menjadi tumpuan para pelancong. Menu dinner malam itu, adalah pari bakar. Pergh.. Sangat terliur. Then we all balik ke resort, da berehat untuk aktiviti esok. 

700meter above sea
Keesokannya, jam 9am, kami bertolak dengan menaiki kereta sewa untuk menuju ke seluruh destinasi menarik di sana. Tempat pertama kami adalah kawasan Beras Terbakar. Tiada apa-apa yang menarik disini just untuk tempat sejarah, bagi mereka yang belum sampai, di galakkan untuk ke sini untuk mengetahui sejarah tempat itu dan kepada mereka yang pernah sampai, xyah la pergi lagi. Hehe.

melompat di gunung
Next kami terus ke telaga tujuh, tapi x naik bukit pun, sebab malas nk berjalan. So, we parking kat oriental village untuk naik ke gunung mat cincang :) Untuk menaiki cable car, kena bayar RM30. Agak tinggi dan menyeramkan kepada mereka yang mempunyai Acrophobia sila berhati-hati. Sila bawa bersama kamera untuk manangkap gambar kenangan di sana.

arnab yang sedang menerima carrot
Next, after lunch di gerai tepi jalan, kami terus ke Wildlife Park. Wow, sangat best tempat ni sebab u all boleh bagi haiwan makan n usap depan kalau berani. Macam-macam jenis haiwan ada kat sana, burung, rusa, arnab beruk, raccoon dan sebagainya yang kesemuannya sangat jinak untuk dibelai. Kepada mereka yang sukakan haiwan, ini adalah tempat yang sesuai untuk pergi. Bayangkan, apabila u all datang membawa paper bag yang mengisi makanan, berkerumun haiwan datang kat u all untuk menerima makanan, seram kot. haha..

raccon yang sangat manja
burung ini sangat jinak
burung merak
Lepas bagi haiwan makan, kami pun terus ke pekan Kuah dan terus ke Dataran Lang untuk menutup trip kali ini. Orang kata x sah kalau pergi langkawi x amek gambar kat statue helang ni, Then, we all balik ke resort untuk berehat. Keesokkannya, kami berehat di resort, dan tepat jam 12noon kami checkout dan terus ke destinasi terakhir yakni underwater world langkawi. Kat sini anda berpeluang untuk menyaksikan kehidupan ikan dengan lebih dekat. Dah lama x datang sini, and rasa seronok dapat kembali ke sini lagi. 

dataran lang
penguin kat underwater world
Then we all lepak kat airport untuk menunggu flight pada jam 9pm. Sebelum tu lepak jap kat Starbucks airport langkawi. pada jam 10pm tiba di LCCT dan pulang ke rumah. Wah, trip kali ini sangat seronok. Next xtau lagi plan nk kemana, tunggu saja la ye..
Starbucks Airport Langkawi

1 comment:

Anonymous said...

mmg best..yg 2 je yg leh ckp pun..++ klau pg ngan member2..lg la best..