Tuesday, July 20

MMOC 2010

Tahniah.
Satu ungkapan keramat ingin disampaikan kepada sahabat seperjuangan Nor Hidayah apabila berjaya merangkul kejuaraan keseluruhan di dalam pertandingan Malaysia Microsoft Office Championship. Untuk kali kedua, UniKL BMI berjaya menewaskan para peserta lain daripada pelbagai institusi pendidikan negara.

Gala Nite

Pada 5 July yang lepas, UniKL BMI telah pun menjadi tuan rumah untuk penganjuran majlis penutup MMOC 2010 yang dinamakan sebagai Gala Night di Dewan Gemilang UniKL BMI. Ramai VVIP yang hadir untuk majlis ini. Aku juga telah pun dijemput untu menjadi tetamu di dalam majlis makan malam ini.

diriku sewaktu menerima cek


Untuk menggembirakan hati, aku berjaya meraih tempat ketiga di dalam kategori institusi level dan seterusnya mendapat hadiah cek RM200. Bersyukur walaupun diri ini tidak berjaya merangkul juara keseluruhan tetapi ia sudah cukup untuk menimba pengalaman di dalam pertandingan yang berprestij antarabangsa ini.

suasana dinner yg sgt elegance


Tidak mahu berkata-kata dengan lebih lanjut, hanya ingin mengucapkan Good Luck kepada Nor Hidayah apabila mewakili Malaysia di dalam Pertandingan World Microsoft Office Championship 2010 di Utah, United State bulan hadapan.

diriku

top 9 in Malaysia

Jumpa anda di
Malaysia Microsoft Office Championship 2011




update

Post terakhir di dalam blog ini dikesan pada 4 july 2010. Satu tempoh yang sangat lama. Maka dengan ini, aku ingin memberitahu kalian kepada mereka yang sering tertunggu-tunggu dengan kehadiran post-post baru, ini lah masanya.

Tunggu untuk masa terdekat ini akan terbitlah post-post baru untuk dikongsi bersama.

.................tunggu


Sunday, July 4

zoo di klcc

Kini aku sedang berada di bilik GF-03 Hostel UniKL BMI dan dibilik ini juga aku akan menghabiskan satu semester disini. Aku keseorangan, rakan-rakan room-mate masih lgi belum tiba. So, aku mengambil pendekatan drastik yakni keluar seorang diri ke ibu kota-KLCC. Perancangan adalah ingin menonton wayang sebelum aku mula pening dengan tugas-tugas yang akan aku dapat dalam beberapa hari kelak.

Movie kali ini yang menjadi pilihan hati untuk ditonton adalah ZOO. Haha.. aku pun masih lagi berada di dalam minda bwah sedar kerana aku merupakan seorang yang sukar untuk menontn filem Melayu di panggung. Bukan kerana aku anti-filem Melayu atau boikot filem Melayu, tetapi agak sukar untuk aku menerima filem Melayu di layar perak. Tetapi hari ini, hati aku berlembut juga untuk menerima filem ini.

Agak terkejut kerana di dewan 3 TGV KLCC yg begitu luas, boleh dikata 90% penuh dan 98 % daripadanya adalah orang Melayu. X sangka, orang Melayu sudah boleh terima dengan pawagam ini. Seronok melihat kumpulan keluarga yang begitu besar melangkah kaki masuk ke dewan. Dan untuk kli ini juga, di dalam dewan itu, aku melihat selebriti Malaysia juga menonton filem ini bersama keluarganya yakni Adnan Abu Hasan.

Untuk review filem ini, aku hanya mampu memberi 3.5/5 bintang sahaja. Tidak terlalu boring dan tidak terlalu seronok. Yang penting, plot-plot kelakar adalah sangat menghiburkan. Sudah lama aku tida bergelak besar di dalam panggung kerana sebelum ini aku hanya menonton filem-filem aksi di panggung. Untuk merek yang ingin menghilangkan rasa stress, elok untuk menonton filem ini disamping kita membantu menaikkan mutu filem Melayu. :)

Well Done..

hepi!!

thanks mum and dad
luv u so much
that's all i can say, why?
they bought me this


TOSHIBA NB305
pic? later k
currently at BMI.
forgot to bring the cable.
later~

Monday, June 28

well done

Alhamdullillah, untuk sekian kali yang ke 5, UniKL BMI berjaya mengekalkan kejuaraan berturut-turut pada Karnival Sukan UniKL 2010 yang bertempat di UniKL BMI pada 19 - 24 June yang lepas.
suasana ketika perlawanan
Walaupun aku tidak bersama-sama dengan atlit untuk kali ini, tapi perasaan patriotik terhadap kampus masih lagi menebal. Agak kecewa kerana tidak dapat membantu secara langsung menambah koleksi bintang ke 5 untuk kali ini walaupun sku sudah membantu ketika BMI sedang mengumpul koleksi bintang yang ke 4 dahulu. Apa-apa pun, keputusan sudah tertulis. Kami menang lagi!

kutipan pingat
Kepada kampus-kampus UniKL yang lain, jangan putus asa. Mantapkan pasukan anda! x banyak cerita yang ingin dikongsikan disini kerana aku tidak berada pada tempat kejadian cuma sehari sahaja aku berada di BMI ketika itu. Akhir kata
TAHNIAH KONTINJEN SUKAN

UNIKL BMI 2010