Satu ungkapan keramat ingin disampaikan kepada sahabat seperjuangan Nor Hidayah apabila berjaya merangkul kejuaraan keseluruhan di dalam pertandingan Malaysia Microsoft Office Championship. Untuk kali kedua, UniKL BMI berjaya menewaskan para peserta lain daripada pelbagai institusi pendidikan negara.

Pada 5 July yang lepas, UniKL BMI telah pun menjadi tuan rumah untuk penganjuran majlis penutup MMOC 2010 yang dinamakan sebagai Gala Night di Dewan Gemilang UniKL BMI. Ramai VVIP yang hadir untuk majlis ini. Aku juga telah pun dijemput untu menjadi tetamu di dalam majlis makan malam ini.

Untuk menggembirakan hati, aku berjaya meraih tempat ketiga di dalam kategori institusi level dan seterusnya mendapat hadiah cek RM200. Bersyukur walaupun diri ini tidak berjaya merangkul juara keseluruhan tetapi ia sudah cukup untuk menimba pengalaman di dalam pertandingan yang berprestij antarabangsa ini.

Tidak mahu berkata-kata dengan lebih lanjut, hanya ingin mengucapkan Good Luck kepada Nor Hidayah apabila mewakili Malaysia di dalam Pertandingan World Microsoft Office Championship 2010 di Utah, United State bulan hadapan.

No comments:
Post a Comment