Movie kali ini yang menjadi pilihan hati untuk ditonton adalah ZOO. Haha.. aku pun masih lagi berada di dalam minda bwah sedar kerana aku merupakan seorang yang sukar untuk menontn filem Melayu di panggung. Bukan kerana aku anti-filem Melayu atau boikot filem Melayu, tetapi agak sukar untuk aku menerima filem Melayu di layar perak. Tetapi hari ini, hati aku berlembut juga untuk menerima filem ini.
Agak terkejut kerana di dewan 3 TGV KLCC yg begitu luas, boleh dikata 90% penuh dan 98 % daripadanya adalah orang Melayu. X sangka, orang Melayu sudah boleh terima dengan pawagam ini. Seronok melihat kumpulan keluarga yang begitu besar melangkah kaki masuk ke dewan. Dan untuk kli ini juga, di dalam dewan itu, aku melihat selebriti Malaysia juga menonton filem ini bersama keluarganya yakni Adnan Abu Hasan.
Untuk review filem ini, aku hanya mampu memberi 3.5/5 bintang sahaja. Tidak terlalu boring dan tidak terlalu seronok. Yang penting, plot-plot kelakar adalah sangat menghiburkan. Sudah lama aku tida bergelak besar di dalam panggung kerana sebelum ini aku hanya menonton filem-filem aksi di panggung. Untuk merek yang ingin menghilangkan rasa stress, elok untuk menonton filem ini disamping kita membantu menaikkan mutu filem Melayu. :)
Well Done..

1 comment:
haha.ni msti tgk sb xde pilihan laen kan??
Post a Comment