Monday, December 29

luv mama

Assalamualaikum,
Hari ini, kid just lepak2 kat umah je tgk tv Mawi kahwin. Then afta Zuhur, kid g gunting rambut ngn ayh.. Afta dat plak, ikut mama g ambk keta sbb pgi td mama g servis. So, afta ambk keta, mama singgah KFC, bukan beli KFC pun, tp beli permainan Catur Bistari. Hik2.. Seronok x terhingga. Akhirnya, ku berjaya miliki permainan yg x ramai org Malaysia tahu. Bru sat td kid men ngan adik2.. huhu.. So, pada mereka di luar sne, beli r permainan Catur Bistari ini. X rugi. Support r game yg dibuat oleh syarikat tempatan- Johor Corp. Xkn nk support Monopoly plak. huhu... murah je RM89.90..
peace...

Sunday, December 28

Hari yg mnggembirakan..

Assalamualaikum.
Hari ini merupakan antara hari yang menggembirakan bagi diri kid. So, apa yg berlaku ek? Akan kid ctekn segalanya selepas ini. Permulaan hari bermula pada jam 7am. Kid x dpt tidur malam itu sebab memikirkan pertandingan catur bistari ini walaupun pada hakikatnya, keinginan menyertai pertandingan ini adalah suka-suka sahaja. Kid kuar umah tepat jam 7am pgi menuju ke stesen komuter subang jaya. Mama r terpakse jd mangsa antar kid pgi2. hik2. then smpai di stesen komuter mid valley pada jam 8am pgi. so, masih lagi terlalu awal untuk kid berada di pusat beli belah mid valley ini. Kid saja masuk utk usha pe aktiviti atau suasana di dalam pusat mbeli belah pada ketika lot2 kedai masih lag ibelum dibuka. Satu pengalaman baru semasa kid berada di dalam shopping centre ini.
ketika di mid valley 8.30am
Oh ea, kid terlupa nk inform knpa kid berada di mid pada ketika itu. Sebenarnya, tujuan kid berada di mid adalah untuk menyertai pertandingan Catur Bistari peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pendaftaran bermula pada jam 9am sehingga 10am. Apabila kid siap mendaftar, kid hanya menunggu di ruang legar Mid Valley Exhibition Center(MVEC) seblum menunggu acara taklimat diberikan. Selepas taklimat diberi, kami dibahagikn kepada kumpulan. terdapat 40+ peserta daripada Selangor dan 20+ peserta daripada Wilayah Persekutuan. Acara bermula. Actually kid masih lagi x menguasai sepenuhnya permainan ini. So, kid hanya gamble untuk bermain permainan ini.
semasa pertandingan bermula
Semasa pertandingan- Lebih menggembirakan, kid diumum sebagai peserta pertama daripada kalangan peserta Selangor dan Wilayah yang telah berjaya melompat ke aras Laluan Tijarah dan Jihad Bisnes. Perasaan ketika itu, pergh, sgt bangga, walaupun kid tahu nie merupakan nasib seseorang!
Acara tamat- Ketika ini perasaan gementar menyelubungi diri apabila ada desas-desus mengatakan kid antara peserta yang mendapat aset tertinggi. Ntah lah, klu menang, alhamdulillah, klu x, xde pape pun. hik2..
Acara penyampaian hadiah- Dup dap dup dap dup dap... Bunyi jantungku.. huhuh.. penyampaian hadiah dimulai dengan kategori kumpulan pertama yg layak ke laluan tijarah dari negeri selangor. Harapan untuk membawa pulang hamper ini x kesampaian apabila kumpulan kid x menang, walaupun kid merupakan peserta pertama ke laluan tijarah. Next, kategori kumpulan pertama ke laluan jihad bisnes. alhamdulillah, kumpulan kid menang. Next kategori kumpulan mendapat bisnes amal paling tinggi. dan x kusangka apabila kumpulan kid menang. So, dpt hamper lagi. Next kategori kumpulan aset paling tinggi ketiga. Dan lagi sekali, kid membawa pulang sebiji lagi hamper.. So, total hamper yang kid bawa pulang adalah 3. Mmg unexpected. Tapi tu lar, bak kata Mawi "Saya percaya kepada rezeki". hik2.. Lebih menggembirakan apabila kid diumum sebagai top 12 daripada peserta negeri Selangor yang layak mewakili negri Selangor ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di PERSADA Johor Bahru apda 9,10,11 Januari ini. Alhamdulillah... Then, tamat lah sudah acara pertandingan ini.

Apabila nak balik...? persoalan mengganggu pemikaran kid. Kid datang seorang diri nek komuter. So, camne kid nk balik sorg2 bawa 3 hamper? Da r berat gle. satu hamper bernilai RM50 - RM250. 3 hamper? kire sendiri..
Nasib bek r, Syed Fauzi a.k.a ji ade kat situ. Die pun join pertandingan ni, tp die x menang pape.. Sedey... So, ak pun tumpang die balik nek keta ke s.alam bersama-sama dengan hamper. Then kid bagi satu hamper kat ji. "Thanks Ji. xde ko, ak xtau nk wat pe da. Nasib bek r ko ade. tq."

antara hadiah hamper - stok 3 bulan
Sebelum balik, kid singgah big apple bli donut. Best gle r. Makanan favourite tu.. hhuhu.... Then sampai2 je umah, kid kpenatan yg teramat ditambah lagi dengan kepeningan mabuk lapar, kid pun terus tumbang sehingga 9pm. Then afta bergayut ng syg, kid pun order ler McD. So, skunk ni kekenyangan mkn McD. Best r hari ni.. :)

Syg suh tdo afta mkn, tp sebb menunggu McD yg smpai kul 1.30, x jd ler tdo awal ler syg.. hik2..
So, kid wat r blog nie. Hik2.. sori~ pasni kid tdo ek..
So, xde pape da nk tulis, Kid mengharap anda yang membaca artikel ini, mendoakan kejayaan kid semasa pertandingan peringkat kebangsaan di Johor nnt. Apa-apa maklumat akan kid updatekn di dlm blog ini.
peace....

Saturday, December 27

Dasar Anak Sialan

Sial, mangkuk jamban, bodoh, lancau, babi, f**k, setan, anak haram, iblis, b**o!!!! !@#$%^&*()

Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah..
Sabo kid, Sabo.. relax, cool, tenang, ingat Allah, bawa mengucap.
huuh....
Astaghfirullah hal'azim..

Akhirnya terlepas jga perkataan-perkatan yang x elok dari mulut kid. Kid x dpt nk menahan perkataan-perkataan ini. Terbongkar jgak perangai sbnar kid. So, jgn ingat kid baik. Kid juga manusia biasa, yang sering melakukan dosa. Huhu.. Tapi bukan nie subject utama yg ingin diketengahkn.

8.00pm, Kid tgk buletin utama, salah satu slot brite itu, ade mengeluarkan brite ttg salah seorng(adibah ahmad) daripada pengguna blog mengutuk/menghina Nabi Muhammad s.a.w dan Islam khususnya. Then, kid telah diberitahu oleh fariha link kepada blog tersebut. Kid baca. Huh.. Sabar-sabar.. Sebagai org Islam, kid terasa sgt tercabar dgr gmbr2 yg telah dikeluarkan itu. X sangka, ada juga umat manusia yang sekejam-kejam syaitan di bumi Malaysia ini. Kid xnk komen banyak, kid hanya mmpu berdoa kepada Allah s.w.t supaya menunjukkan sesuatu kepada mereka ini. Diharapkan juga pihak berkuasa, ambil tindakan kepada aktiviti ini. huhu..
Astaghfirullah..

Kepada umat Islam di luar, perhatikanlah apa yang mereka hina kepda Nabi junjungan kita..
http://adibahahmad.blogspot.com/

Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk kembali ke pangkal jalan...

Friday, December 26

Tidur

Assalamualaikum.
Sperti yg kita tahu, Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. Antara sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk:
  • Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur
  • Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
  • Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain.
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang
Almaklum r, bila tiba time cuti, waktu tidur kid akn berubah. Mana x nye, kebiasaan org tidur dlm kul 11pm keatas n bangun pada waktu Subuh, ttpi, diriku ini, tidur selepas Subuh n bgun pada waktu Zuhur. Boleh katakn, cuti ini, Kid x pnah merasai kenikmatan waktu pgi. Hmm.. So, sem baru da nk bukak, waktu tidur masih lagi tidak teratur.. What should i do now? huhu.. ditambah lagi pada hari Sabtu, kid terpksa berada di Mid Valley b4 kul 9am. 9AM? Tu time kid tdo. hehe.. Ntah r, so, untuk mengembalikan waktu tidur yang sesuai, mulai hari ini, jam ini, saat ini 2.49am, kid xakan tidur sehingga pkl 11pm sok. Hal ini, kid wat sebab nk kasi kid tidur pada waktu sebenar tidur. So, kebarangkalian amat tinggi selepas ini, kid tidak akan lagi online selepas pkl 12am.. hm.. mungkinkah? rsanya agak mustahil. mungkin sukar untuk melaksankannya, tetapi mungkin kid akan singkat waktu online selpas jam 12am ini kepd paling lewat 2am.. So, Insyallah, jumpe anda lagi... :)
peace...

Wednesday, December 24

YOUTH'09


Assalamualaikum.
Anda pernah dengar tentang Youth'09? Mesti x pernahkn? Youth'09 adalah satu aktiviti atau program tahunan yang diadakan untuk aktiviti para remaja. Banyak aktiviti dan acara yg akan dilaksanakan di dalam aktiviti ini. So, kid ingin mengajak, remaja di luar sana, yang xtau nak wat pe, meh lar rmai2 kte join aktiviti ni. Ala, suke2 je. Kat sane, leh berpeluang untuk bertemu rakan-rakan baru. Insyallah, kid akan menghadiri progrm ini. Tetapi, kepada mereka yang ingin menyertai, perlu mendapatkan pass percuma. pass ini boleh didapati di laman web di gambar itu. so, check sendiri lar ek. Kalau nk tahu pe aktiviti-aktiviti yang akn dijlnkan disana, pun leh cek kt lmn web tersebut. Bukan pe, malas nk tulis panjang-panjang kat sini. hehe..

So, jangan lupe, 9,10,11 Januari 2009 di Putra World Trade Centre, KL.. See you there..

Sudoku

sudoku

At home, while commuting, during lunch hours - people around the world are eagerly working on sudoku puzzles whenever and wherever they can! Created in the United Stated, these intriguing conundrums were originally called Number Place Puzzles. Their recent rise in pupolarity began in Japan, where the name translated as sudoku. Here we've indicated the skill level necessary to complete each sudoku in this series in the same way Japanese karate levels are ranked: by different colored belts. This is the Brown Belt volume, a terrific choice for anyone who is ready for puzzles that are more difficult than usual. It's impossible to complete only one sudoku at a time, because solving them habit-forming!

Begitulah serba sedikit mengenai buku Sudoku ini yg telah berjaya ku habiskan semasa cuti ini. Agak-agak bosan, kid buat r. Dalam buku ini mengandungi 300 puzzles. Tidak semuanya senang and Tidak semuanya susah. Tetapi, overall, kid leh kate, bku niagak senang walaupun ia berada pada ranking brown belts. hik2.. So, selepas ini, kid akan habiskn bku sudoku seterusnya, untuk memantapkan lagi kemahiran dalam bidang puzzle ini. Kepada mereka yg rase nk lawan tu, contact-contact lar ek. Rase cam bosan je kalau men sorg. Ada org nk tman pun best gak. Hik2..
Later.....

Tuesday, December 23

Santapan Rohani Untukmu

Ada satu hari tu, kid kmas bilik. Dalam masa dok mngemas bilik tu, kid terjumpa satu sajak, atau seangkatan dengannya, yg telah diberi daripada cikgu tersayang iaitu Cikgu Faridah Osman smasa berada di Mrsm Muadzam Shah. So, ble bca sajak ni, syahdu plak rasenye. Sebagai membalasnya, kid tulis r sajak die dlm blog kid nie..

" Putera puteriku,
Sekian waktu di bawah naungan hati
Tugu kesabaran teguh berdiri
Ada cinta pada bait suara
Berdendang dalam marah-marah sayang
Bukan balutan hadiah jadi ukuran
Apa yang cikgu harapkan
Bersemadilah kita membuktikan
Meraih Kejayaan
Mengertilah....
Lembutnya cikgu bukan bererti lemah
Tegasnya cikgu bukan bererti keras
Antara dua persimpangan
Kadang kala hati cikgu lemas mengatur impian
Pada setiap dirimu anak-anak harapan
Diri ini bukanlah pujangga
Yang sentiasa segar dengan motivasi kata
Namun hati cikgu ikhlas meminta
Semoga dirimu sentiasa berusaha
Manjadikan diri insan berguna

Putera puteriku,
Dengarlah cikgu berpesan,
Janganlah hendaknya engkau mempersendakan
Sesungguhnya pemuda harapan bangsa
Pemudi tiang negara
Janganlah hendaknya engkau melupakan
Segala keringat bakti yang telah dicurahkan
Demi untuk membesarkan
Hargailah dirimu selalu
Kerana dirimu tiada gantinya
Doa cikgu
Semoga sentiasa dikurniakan
Hati yang tenang... kefahaman yang mudah
Serta ingatan yang kuat dan kukuh
Agar nanti dirimu berjaya
Membawa harum kasih
Kepada insan-insan tersayang
Tiada lain yang cikgu pinta
Kaulah harapan segala. "

Pergh.. nk ngis r ble hayati btul2 isi die. hik2..
apa-apa pun, Insyallah, akan ku berusaha menjadi seorang yg berguna...

Monday, December 22

outing day..

Assalamualaikum..
Pada 21 December 2008, ak lagi sekali bersama g, kuar bersama-sama ke jomheboh yg bertempat di perkarangan stadium nasional bukit jalil. So, ari tu, kid terpakse bangun pagi. Plan nk g kul 10 tp sbb ji de hal yg xdpt dielakkan postpone g kul 12. So, alang2 da bgun awal pgi, gue sempat r tgk mawi kahwin. Alhamdulillah, kahwin gak die ek. Hik2.. Then kul 12 ji dtg n kteorg trus ke bukit jalil. Smpai2, cari parking. Nsib bek r skejp je dpt parking.. lalala

Then bergerak ke tapak karnival dan melakukan aktiviti window shopping.. Kid plan nk abihkan Rm50 utk shopping kali ni, tp, sbb nafsu membeli tu, kurang, so, kid berjaya abih kan Rm25 je.. ok r tu, stgah untung.. hahah.. cam bese, barang mr.potato menjadi pilihan dan barangan nutrigen.. cukup r 2 set da RM 20. pastu rm5 bli tali AUG.. sekadar koleksi sahaja.. Agak rmai, n sgt panas ari tu. maklum r, smpai2 kul 1 tgh hari.. mne x panas.., lala.. then, kid balik trus singgah summit usj, sbb mama n ayah xde kat umah. Dorang g wedding.
Pas jalan2, balik ler ku ke rumah.. Dapat r gak kuar rni.. Asyik terperap kat umah je.. hahaha

Friday, December 19

Panggilan telefon

Assalamualaikum.
Hari ini, 18 December, kid telah mendapat satu panggilan daripada seseorang. Agak cuak kerana yang telefon itu adalah suara seorang wanita berbangsa Cina. Dia memperkenalkan diri die dan telah mengucapkan tahniah kepada kid.
Huh, sebab pe ek?

Bukan pe, Kid telah terpilih untuk memasuki Pertandingan Catur Bistari peringkat Negeri Selangor. Pergh, peringkat negeri tu, bukan senang.. Hehe.. Pertandingan akan berlangsung pada, 27 december di Mid valley Megamall. Agak cuak sebab kid pun masih lagi x mengusai permainan ini. Oleh hal yang demikian, diriku mengharap, anda mendoakan kejayaan kid pada pertandingan itu nnt.

peace...

Bowling rematch

Assalamualaikum..
Hari ini tanggal 19 Disember 2008. Rasenya da agak lama kid x tulis blog ni. Huhuhu.. Bukan pe, malas sebenarnya. Hehe.. Neway, Kid cuba ingat balik, pe peristiwa yang berlaku sepanjang separuh bulan ini.
Pada 3 December 2008, kid bersama syed fauzi hang out di sunway pyramid. Actually aktiviti ni x dirancang pun. Tiba-tiba G gtau, zul a.k.a cipan nk lawan boling. So, kid pun xksah r. On je. Almaklum la, da lme x pegang bola boling. Last time pegang pun mse kat KMK(sumit BM). So, pertemuan dirancang. Kami keluar berempat, kid, G, cipan n shah. Agak menyeronokkan r jgak sbb da lme x jumpe ngan cipan. hehe..

Kami bermain 3 game. Game pertama, kid kalah tipis dgn cipan iaitu dgn hanya beza 3 jatuhan pin. Walaubagaimanapun, kalah tetap kalah. Hehe.. Akan tetapi, game ke2 dan ke 3, kid masih mengekalkan rentak. Akhirnya, dua game ini, kid menang. hik2..




Selepas penat menghayun bola, kami berjalan-jalan memerhati gelagat manusia di pyramid itu. hik2.. then pulang kerumah masing2. B4 balik tu, kid singgah Jco Donut. beli r donut 1 dozen. best gle aritu.. lalala~~