Ada satu hari tu, kid kmas bilik. Dalam masa dok mngemas bilik tu, kid terjumpa satu sajak, atau seangkatan dengannya, yg telah diberi daripada cikgu tersayang iaitu Cikgu Faridah Osman smasa berada di Mrsm Muadzam Shah. So, ble bca sajak ni, syahdu plak rasenye. Sebagai membalasnya, kid tulis r sajak die dlm blog kid nie..
" Putera puteriku,
Sekian waktu di bawah naungan hati
Tugu kesabaran teguh berdiri
Ada cinta pada bait suara
Berdendang dalam marah-marah sayang
Bukan balutan hadiah jadi ukuran
Apa yang cikgu harapkan
Bersemadilah kita membuktikan
Meraih Kejayaan
Mengertilah....
Lembutnya cikgu bukan bererti lemah
Tegasnya cikgu bukan bererti keras
Antara dua persimpangan
Kadang kala hati cikgu lemas mengatur impian
Pada setiap dirimu anak-anak harapan
Diri ini bukanlah pujangga
Yang sentiasa segar dengan motivasi kata
Namun hati cikgu ikhlas meminta
Semoga dirimu sentiasa berusaha
Manjadikan diri insan berguna
Putera puteriku,
Dengarlah cikgu berpesan,
Janganlah hendaknya engkau mempersendakan
Sesungguhnya pemuda harapan bangsa
Pemudi tiang negara
Janganlah hendaknya engkau melupakan
Segala keringat bakti yang telah dicurahkan
Demi untuk membesarkan
Hargailah dirimu selalu
Kerana dirimu tiada gantinya
Doa cikgu
Semoga sentiasa dikurniakan
Hati yang tenang... kefahaman yang mudah
Serta ingatan yang kuat dan kukuh
Agar nanti dirimu berjaya
Membawa harum kasih
Kepada insan-insan tersayang
Tiada lain yang cikgu pinta
Kaulah harapan segala. "
Pergh.. nk ngis r ble hayati btul2 isi die. hik2..
apa-apa pun, Insyallah, akan ku berusaha menjadi seorang yg berguna...
2 comments:
errrrrrrrr.....amak kid....blley nangis camnih...hehehhehe
perli ek? haha
Post a Comment