Thursday, April 9

kelantan oh kelantan

KOTA BHARU - Membakar kereta, memecahkan cermin, merusuh - itulah antara aksi yang dapat disaksikan pada perlawanan Piala FA di sini malam tadi hanya disebabkan pasukan negeri mereka kalah lagi. Seolah-olah Kelantan dalam keadaan darurat, penyokong Kelantan 'menggila' dengan mencetuskan rusuhan hanya disebabkan skuad Wira Merah sekali lagi tewas kepada Negeri Sembilan 0-1 di Stadium Sultan Mohammed ke-IV dalam perlawanan panas separuh akhir pertama piala FA yang sarat dengan kekasaran malam tadi. Kali ini sejurus selepas perlawanan yang dikawal ketat, pihak polis pula menjadi sasaran mereka di luar stadium apabila kenderaan pihak berkuasa terbabit diterbalikkan dan dibakar! Bukan hanya kenderaan polis, kereta milik Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa tidak terkecuali dirosakkan manakala 10 kereta turut menerima nasib yang sama. Tidak cukup dengan itu, cermin pintu masuk stadium turut dirosakkan dibaling dengan batu. Pihak polis yang berusaha mengawal keadaan di tengah hiruk-pikuk penyokong Kelantan akhirnya terpaksa melepaskan gas pemedih mata kira-kira pukul 12 malam tadi selepas perusuh enggan bersurai. Annuar Musa bersama para pegawai, pemain skuad negeri dan Negeri Sembilan terpaksa berkurang dalam kawasan stadium sehingga lewat tengah malam. Difahamkan hampir 300 orang anggota polis termasuk Unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan bagi mengawal perlawanan itu. Setakat ini difahamkan tiada tangkapan dibuat. Dalam perlawanan itu, Negeri Sembilan membuktikan mereka sebenarnya pasukan yang lebih baik berbanding Kelantan dengan menewaskan pasukan tuah rumah 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA malam tadi. Gol tunggal jaringan Mohd. Zaquan Adha Radzak di minit ketujuh separuh masa pertama berjaya menumpaskan Halim Napi untuk memberi kemenangan kepada pasukan pelawat. Ini merupakan kemenangan kedua dalam tempoh seminggu bagi pasukan pelawat itu setelah sebelum ini memalukan Kelantan dengan meleburkan rekod tanpa kalahnya di gelanggang sendiri dalam perlawanan Liga Super Selasa lalu. Negeri Sembilan yang ditunjangi pemain berpengalaman seperti Shukor Adan, Rizal Zamri Yahya, Idris Karim menyesakkan nafas Kelantan yang mengimpikan peluang untuk mencipta sejarah bukan sahaja beraksi di peringkat separuh akhir tetapi bagi menjulang Piala FA.

sumber utusan.com.my

kelantan oh kelantan. Apa nk jadi.. baru kalah dua kali berturut-turut, nkt merusuh! Nampak sangat mentaliti penyokong-penyokong fanatik kelantan ini sangat lemah. Game is game. Jangan r nk bawa perkara ini kat luar padang. Ish ish ish.. tau lar da dapat masuk Super League, so, men r cara superleague. huhuhu.. Bukan niat nk mengutuk, tpi inikah slogan yang dilaung2kan oleh tuan guru nik aziz bahawa kelantan merupakan negeri Islam? Beginikah perangai sebenar penduduk negeri Islam? Hangat2 tahi ayam saja kot. Kok ea pun korunk geram, x perlu lar nk bakar2 kereta n rosakkan harta benda awam. Bukan korunk yang kne bayar nnt, KAFA gak. So, ble Kafa da abih duit, camne nk bayar gaji player. Ble gaji player x terbayar, player pun lari join team lain, then kelantan kembali macam dlu. Huhu.. ksian r skit kat Nik Aziz tu. die da tua. Jaga lar hati die skit. Masalah-masalah....

2 comments:

Syaza Izura said...

1 word..BONGOK...

sangat x matang....

akid said...

very bad attitude...