Sunday, September 27

selamat jalan dan semoga berjaya sahabat

pertemuan kita di suatu hari
menitikkan ukhwah yang sejati
bersyukurku ke hadrat Illahi
di atas jalinan yang suci

namun kini perpisahan yang terjadi
dugaan yang menimpa diri
bersabarlah di atas suratan
ku tetap pergi jua

kan kuutuskan salam ingatanku
dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

mencari hidayah daripada-MU
dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-MU
di atas perpisahan ini…



pertemuan ketika 2007, diakhiri perpisahan 2009. walaupun ia satu tempoh yg singkat, tetapi pengalaman bersama merupakan kehidupan indah di muka bumi ini. pada malam 26/09/2009, aku bersama pnjg ke KLIA untuk memberi semangat dan ingin berjumpe buat kali terakhir sebelum mereka menjejakkan kaki ke bumi UK. sahabatku, pieq, nabil, n timah. kami juga terserempak dengan din yg juga ingin melakukan perkara yg sama atau ada perkara disebalik batu :p (sori din).
mungkin ku tidak lagi berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di tempat org, (sedar diri). apa-apa pun, selamat berjaya n jaga diri kalian.

pnjg n din

din, pieq, nabil, kid

kenangan terakhir bersama pieq

sewaktu pieq menahan air mata

lambaian terakhir nabil, pieq, timah

kepulangan yg tenang

pada hari jumaat
ak dan keluarga bertolak pulang dari desa tercinta kota bharu ke s.alam. pada awalnya kami merancang untuk bertolak selepas solat subuh kerana ingin mengelakkan kesesakan lalu lintas. akan tetapi, apabila berada disana, nafsu untuk kekal dan berada di sana sangat tinggi dan menyebabkan masa bertolak kami ditangguh sehingga jam 9am.

antara koleksi kelongsong bunga api

kami sekeluarga bertolak pulang pada jam 9am melalui grik. kepemergian kami juga disertai oleh keluarga ayah sir yg juga menuju ke destinasi yg sama-ampang. akan tetapi laluan kami berbeza kerana ayah sir akan melalui jalan terengganu bagi menggantikan jalan gua musang.

Alhamdullillah, perjalanan kami begitu selasa kerana tiada kesesakan pada hari itu dan kami selamat tiba di s.alam pada jam 5 ptg.

ikhlas pesananku kepada tampok pemerintahan negara ini, tanpa mengira mana-mana parti politik, cukuplah bergaduh sesama anda, rakyat sudah bersuara pilihanraya lepas, buat lah kerja anda. ak sebagai anak kelantan mengharapkan highway dri KL-KB secepat yg mungkin. tidak sanggup diri ini menahan kesesakan lalu lintas jika ingin pulang ke kampung halaman. walaupun kerajaan pusat selngor, pahang dan kelantan berbeza, apa salahnya anda bergabung untuk melaksanakan projek lebuh raya ini. huhu...

Family Bowling Event

salam
pada hari rabu yg lepas, kami telah pun mengadakan satu aktiviti keluarga yakni bermain bowling di mutiara superbowl billion, kota bharu kelantan. sebagai seorang professional dalam sukan ini, suasana lane di sana agak kurang menyenangkan tetapi masih lagi boleh untuk bermain. walaupun sudah digelar sebagai seorang yg professional di kalangan keluarga, tetapi pada hari itu, diriku ini tidak begitu menunjukkan belang kerana mood untuk bermain sedikit terhakis disebabkan suasana lane yg tidak begitu selesa dan pengedalian machine bowling yg selalu rosak.
so, pada hari itu, merupakan jatuhan pin yg paling teruk untuk musim 2009 iaitu 67 dan 145. tidak pernah diriku ini menjejak bola boling kurang daripada 100 apabila sudah digelar pro. haha.. walau bagaimanapun, diriku sangat terhibur dapat berkumpul dan bermain beramai-ramai ketika itu. amat jarang benar kami dapat melakukan aktiviti ini bersama-sama.antara nama-nama peserta yg menyertai aktiviti ini adalah:

  • ayah su
  • ayah sir
  • ayah dan
  • che za
  • che su
  • akid
  • hakim
  • azim
  • kak ilah
  • luqman
  • fatin
  • fairuz
  • fadma
  • aqilah
  • amalina
  • ada
  • nadiah
  • dini
  • damia
  • fara
4 lane kami book ketika itu. diharapkan aktiviti ini diteruskan pada masa kelak bagi mengeratkan lagi keutuhan kekeluargaan.

Tuesday, September 22

Hari Raya Kedua

Salam.

hari kedua syawal. bangun pada awal pagi then bersiap/packing baju2 untuk menuju ke kampung halaman tercinta-KOTA BHARU.

bersama mr. iguana

setelah bersiap pada jam 11am, kami sekeluarga menuju ke rumah jiran kami untuk beraya-aunty naimah. berada di sana selama 45 minit, berpeluang bermain bersama kucing yg sangat comel dan juga sempat memegang iguana yg agak besar. diriku sudah tertarik untuk membela haiwan exotic selepas ini. :p

koleksi bunga api

salah satu corak

kanak-kanak bergembira

penuh dengan asap
then kami bertolak ke Kota Bharu. Huh! mengeluh sebentar, ku ingatkan pada hari raya kedua, jalan agak clear. tetapi apekan daya, kereta yg menuju ke kota bharu terlalu banyak menyebabkan perjalananku agak lambat. alhamdulillah, walaupun lewat, kami selamat tiba di Kota Bharu pada jam 8pm. ketibaan kami disambut dengan permainan bunga api.. :p
selamat ari raye

diriku bersama percikan bunga api

diriku bersama percikan bunga api 1


Hari Raya Pertama

salam sejahtera.

selamat hari raya, itu ungkapan yg sering didengar ketika tibanya hari lebaran atau hari raya aidlifitri. diri ini juga tidak melepaskan peluang untuk menggembirakan hati walaupun hari itu sudah biasa bagi diriku ini. pada jam 11am, setelah siap berpakaian raya, kami meneruskan aktiviti bersalam-salaman di rumah jalan sungai aur. setelah duit raya dihulurkan oleh kedua ibu bapa tercinta, kami terus menaiki kenderaan menuju ke rumah ayah long di USJ 17. sambil beraya, timbul niat untuk melawat ayah long ak yg kini sedang merehatkan diri setelah menghadapi operation bypass jantung baru-baru ini.

menu pagi raya - macaroni cheese

then, kami meneruskan perjalanan ke Beranang-Bayu Lakehomes rumah kepada pak long kami untuk berkumpul menyambut hari lebaran ini. setibanya disana, kami dihidangkan nasi beriani yg juga kami bawa dari rumah.
ayah n mama

selepas itu, kami beramai-ramai bergerak ke rumah pak andak yg terletak di Lavender Height di jalan menuju ke bukit putus, seremban. Huh, sangat besar rumah mereka ini, :p
setelah berehat di sana sampai malam, lagi sekali kami singgah ke bayu lakehomes untuk menghantar atok ke rumah sana.

mak iti n akmal celebrate birthday

pulang kerumah pada jam 10pm seterusnya mendapat berita gembira mengenai kemenangan Manchester United menewaskan Manchester City. Keputusan adalah muktamad, dan tiada kemenangan nasib di dalam perlawanan ini. :p

salam

Sunday, September 20

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin

ikhlas

Memenuhi ruang hari raya

jam menunjukkan pukul 10am

di pagi raya ak masih lagi di dalam ruang kamarku, masih tidak memakai pakaian rasmi hari raya. hari raya bagiku tidak begitu merayakan, almaklum sudah tiada perasaan gembira seperti zaman kanak-kanak lalu. tpi akan kucuba menggembirakan hati ini tatkala melihat kanak-kanak lain melompat keriangan. dikesempatan masa ini, ingin ak berkongsi ape yg terjadi sepanjang minggu ini.

pada weekend yg lepas, satu berita kejutan yg ak terima, ayh long ak dimasukkan kedalam ICU kerana menjalani pembedahan jantung di prince court hospital KL. keadaan ayh long ak tidaklah begitu serius. bersempena dengan berita itu, ayah chik dan abh seng dri KB datang ke KL untuk melawat ayh long ak. So, apabila mereka dtg ke KL, tidak semene-mena rumah ak akan menjadi tempat perkumpulan mereka. sangat seronok bertemu dengan mereka setelah hampir sekian lama tidak bertemu. ditambah lagi dengan suasana puasa, berbuka dan bersahur ketika weekend itu, sungguh menyeronokkan.

ahad menjelma kembali. ak pulang ke BMI tercinta. kepulanganku disambut dengan satu lab report yg perlu dihantar. 0% itu yg perlu ak beritahu bahawa report itu masih lgi blum dibuat. ak tabahkan hati untuk melaksanakannya. tup... selepas subuh baru diriku dapat melelapkan mata kerana menyiapkan report itu. nasib baik kelas pada pgi itu pada jam 10am.

hari rabu. petang itu ak akan menduduki test professional communication. 30 %. tetapi, apa yg kubaca tidak menggambarkan ak akan mendapat 30%. 25% mungkin boleh kot. :p bukan isu ini yang ingin dikongsikan. seoalan yg diberikan sangat mudah. tetapi untuk mengingat atau mengahafal jawapan buku setebal 30 muka surat, adalah satu tugas yg amat sukar. apekan daya, test sudah dijawab, hanya tawakal menunggu kehadiran markah buat diriku.

khamis. di hari ini, ramai sahabat-sahabat ku mula pulang ke kampung halaman masing-masing. diriku masih lagi berdiri di BMI tercinta. bukan apa, niat dihati ingin terus keluar sahaja dari pintu BMI, akan tetapi kuiz electronics mengganggu jadualku kerana ia diadakan pada jam 5 ptg. ak rela. akan tetapi, satu hikmah pulang lewat pada hari itu. kelas ku mendapat set soalan kuiz yg paling mudah iaitu fixed bias. rakan-rakan ku di kelas lain mendapat set soalan yg agak sukar iaitu self bias n voltage divider. kadang-kadang ak memerhatikan soalan dan jawapan yg ak buat, kerana satu soalan hanya 2 3 baris diperlukan untuk menjawapnya padahal markah ketika itu 60 %. berserah sahaja.

selepas kuiz habis, ak, g, jang, bergerak ke KLCC tanpa dirancang pada awalnya. kami ingin menghabiskan masa bersama, malam bujang kami di KLCC sebelum menyambut ketibaan syawal. Sepatutnya pada malam terakhir ramadan adalah lebih elok memenuhkan ruang masjid/surau. tetapi jiwa remaja hanya remaja yang tau. kami menonton wayang di KLCC. Lebih menyeronokkan ak terpaksa berbuka didalam panggung untuk mengejar masa yg sesuai utuk tontonan. kalau berbuka dalam panggung xkan dgn nasi lemak.. pada hari itu, popcorn menjadi juadah berbuka ku.

ini sahaja yg ingin ak kongsikan bersama kalian. moga dihari yg berbahagia ini, bermaafan lah diantara kita.

Wednesday, September 9

Grand Bebuka Puasa

Assalamualaikum.

Huh..!! Hampir sebulan diriku ini tidak meng'update'kan blog. Ditengah-tengah kesibukan belajar, ditengah-tengah kelambakkan assignment, ditengah-tengah beraturnya kuiz dan test, ditengah-tengah masalah lain, diriku ini cuba untuk meluangkan masa untuk menaip serba ringkas apa yang berlaku dalam beberapa hari yang lepas sebagai membalas budi kepada mereka yang mengikuti blog ini.
Pada hari Ahad yg lepas, kid telah pun mengikuti satu jamuan berbuka puasa bersama company baru. Aktiviti ini dinamakan Grand Berbuka Puasa yang diadakan di Coffee, Sugar and Spices, Ampang Waterfront, Ampang. Kesimpulannya, Aktiviti di sana agak meriah kerana bukan setakat dihiburkan dengan aneka makanan yang banyak tetapi kami juga dihiburkan dengan beberapa aktiviti kelakar sebagai memenuhi agenda pada malam itu.
Bersama kid juga pada hari itu adalah, Jang, Pali, Ada, Alia, n Timah. So, kami berlima menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama. Sedikit terkilan ingin disampaikan kepada pihak restoran bahawa, mutu "refill" perlu dibaiki pada masa yang akan datang.
Itu saje kot.