selamat hari raya, itu ungkapan yg sering didengar ketika tibanya hari lebaran atau hari raya aidlifitri. diri ini juga tidak melepaskan peluang untuk menggembirakan hati walaupun hari itu sudah biasa bagi diriku ini. pada jam 11am, setelah siap berpakaian raya, kami meneruskan aktiviti bersalam-salaman di rumah jalan sungai aur. setelah duit raya dihulurkan oleh kedua ibu bapa tercinta, kami terus menaiki kenderaan menuju ke rumah ayah long di USJ 17. sambil beraya, timbul niat untuk melawat ayah long ak yg kini sedang merehatkan diri setelah menghadapi operation bypass jantung baru-baru ini.
then, kami meneruskan perjalanan ke Beranang-Bayu Lakehomes rumah kepada pak long kami untuk berkumpul menyambut hari lebaran ini. setibanya disana, kami dihidangkan nasi beriani yg juga kami bawa dari rumah.
selepas itu, kami beramai-ramai bergerak ke rumah pak andak yg terletak di Lavender Height di jalan menuju ke bukit putus, seremban. Huh, sangat besar rumah mereka ini, :p
setelah berehat di sana sampai malam, lagi sekali kami singgah ke bayu lakehomes untuk menghantar atok ke rumah sana.
pulang kerumah pada jam 10pm seterusnya mendapat berita gembira mengenai kemenangan Manchester United menewaskan Manchester City. Keputusan adalah muktamad, dan tiada kemenangan nasib di dalam perlawanan ini. :p
salam
No comments:
Post a Comment