jam menunjukkan pukul 10am
di pagi raya ak masih lagi di dalam ruang kamarku, masih tidak memakai pakaian rasmi hari raya. hari raya bagiku tidak begitu merayakan, almaklum sudah tiada perasaan gembira seperti zaman kanak-kanak lalu. tpi akan kucuba menggembirakan hati ini tatkala melihat kanak-kanak lain melompat keriangan. dikesempatan masa ini, ingin ak berkongsi ape yg terjadi sepanjang minggu ini.
pada weekend yg lepas, satu berita kejutan yg ak terima, ayh long ak dimasukkan kedalam ICU kerana menjalani pembedahan jantung di prince court hospital KL. keadaan ayh long ak tidaklah begitu serius. bersempena dengan berita itu, ayah chik dan abh seng dri KB datang ke KL untuk melawat ayh long ak. So, apabila mereka dtg ke KL, tidak semene-mena rumah ak akan menjadi tempat perkumpulan mereka. sangat seronok bertemu dengan mereka setelah hampir sekian lama tidak bertemu. ditambah lagi dengan suasana puasa, berbuka dan bersahur ketika weekend itu, sungguh menyeronokkan.
ahad menjelma kembali. ak pulang ke BMI tercinta. kepulanganku disambut dengan satu lab report yg perlu dihantar. 0% itu yg perlu ak beritahu bahawa report itu masih lgi blum dibuat. ak tabahkan hati untuk melaksanakannya. tup... selepas subuh baru diriku dapat melelapkan mata kerana menyiapkan report itu. nasib baik kelas pada pgi itu pada jam 10am.
hari rabu. petang itu ak akan menduduki test professional communication. 30 %. tetapi, apa yg kubaca tidak menggambarkan ak akan mendapat 30%. 25% mungkin boleh kot. :p bukan isu ini yang ingin dikongsikan. seoalan yg diberikan sangat mudah. tetapi untuk mengingat atau mengahafal jawapan buku setebal 30 muka surat, adalah satu tugas yg amat sukar. apekan daya, test sudah dijawab, hanya tawakal menunggu kehadiran markah buat diriku.
khamis. di hari ini, ramai sahabat-sahabat ku mula pulang ke kampung halaman masing-masing. diriku masih lagi berdiri di BMI tercinta. bukan apa, niat dihati ingin terus keluar sahaja dari pintu BMI, akan tetapi kuiz electronics mengganggu jadualku kerana ia diadakan pada jam 5 ptg. ak rela. akan tetapi, satu hikmah pulang lewat pada hari itu. kelas ku mendapat set soalan kuiz yg paling mudah iaitu fixed bias. rakan-rakan ku di kelas lain mendapat set soalan yg agak sukar iaitu self bias n voltage divider. kadang-kadang ak memerhatikan soalan dan jawapan yg ak buat, kerana satu soalan hanya 2 3 baris diperlukan untuk menjawapnya padahal markah ketika itu 60 %. berserah sahaja.
selepas kuiz habis, ak, g, jang, bergerak ke KLCC tanpa dirancang pada awalnya. kami ingin menghabiskan masa bersama, malam bujang kami di KLCC sebelum menyambut ketibaan syawal. Sepatutnya pada malam terakhir ramadan adalah lebih elok memenuhkan ruang masjid/surau. tetapi jiwa remaja hanya remaja yang tau. kami menonton wayang di KLCC. Lebih menyeronokkan ak terpaksa berbuka didalam panggung untuk mengejar masa yg sesuai utuk tontonan. kalau berbuka dalam panggung xkan dgn nasi lemak.. pada hari itu, popcorn menjadi juadah berbuka ku.
ini sahaja yg ingin ak kongsikan bersama kalian. moga dihari yg berbahagia ini, bermaafan lah diantara kita.
No comments:
Post a Comment