Saturday, November 28

aktiviti hari ini

Salam.
Rasanya belum terlambat lagi penulis mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha atau dikenali juga dengan nama Hari Raya Haji. Semalam, hari Khamis, apabila tergelincirnya matahari diufuk bumi Shah Alam, hatiku kembali sebak apabila terdengarnya berkumandang takbir raya yang menusuk kalbu. Sambil menikmati juadah berbuka puasa bersama family tercinta. Pada malam itu, tiada aktiviti yang berlaku. Hanya ayah berada di dapur, menyediakan dan memasak nasi beriani sebagai hidangan pada hari esok(hari ini).

Pagi raya.
Tiada istimewanya pagi raya dengan hari-hari lain. Diri penulis tersedar daripada tidur apabila pintu diketuk oleh adik. Melihat jam di handphone ketika itu menunjukkan pukul 9.45am. Dengan itu, sekali lagi, diri ini gagal menghadiri Solat Sunat Aidiladha yang hanya diadakan setahun sekali. Rasa sayang apabila peluang untuk menambahkan amal tidak dilakukan. Apakan daya, diri penulis juga sangat keletihan apabila hanya berjaya menutup mata ketika jam menujukkan pukul 4am.

Selepas bergegas mandi, kemudiannya bersiap memakai pakaian rasmi hari raya, kami sekeluarga terus menuju ke rumah Ayah Long yang terletak di USJ 17. Ketibaan kami disambut tuan rumah dan juga 2 family yang lain. Agak meriah suasana ketika itu apabila dapat berkumpul ramai-ramai bersama sanak saudara walaupun suasana itu tidak sama seperti berkumpulnya sanak-saudara di kampung halaman. Walau bagaimanapun, suasana ini sudah cukup menggembirakan bagi situasi beraya di bandar. Disana, kami dihidangkan dengan nasi beriani, ketupat dan rendang.

Pulang ke rumah sebelum azan Zohor berkumandang. Kemudian, diri penulis bersama ayahanda tercinta menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat Jumaat. Selepas selesai solat, kami terus pulang dan meneruskan perjalanan ke Bayu Lakehomes yang terletak di Mantin N9. Disana kami sekeluarga hanya melepak sambil berbual-bual dengan saudara yang lain. Aktiviti ini berterusan sehingga malam menjelma. Dan aktiviti klimaks pada hari ini adalah menonton siri TV Nur Kasih pada jam 9pm beramai-ramai.

Kemudian, kami pulang ke rumah setelah penat seharian berjalan melakukan ziarah. :p
Akhir kata, lagi sekali selamat hari raya aidiladha.

No comments: