Sunday, November 15

Perlawan Akhir Piala Malaysia 2009

Salam.
Pada 7 November 2009 yg lepas, diriku telah pun menyaksikan satu perlawanan yg mungkin bersejarah bagi sesetengah pihak dan ade juga yg mengatakan bahawa perlawanan ini sangat hebat untuk disaksikan. Apa yg dimaksudkan oleh penulis adalah, Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Bukit Jalil.

Ramai antara warga Malaysia dan juga mungkin warga asing mempunyai pendapat masing-masing mengenai perlawanan pada malam itu. Ada antara mereka mengecam buruk terhadap perlawanan itu, dan ada juga antara mereka mempunyai reaksi yang positif terhadap perlawanan itu. Apa-apa hal sekali pun, juara kita sudah ketahui. Tahniah diucapkan kepada pasukan N9 apbila berjaya menewaskan Kelantan dengan jaringan 3-1 pada perlawanan akhir itu sekali gus menamatkan kemarau Piala Malaysia selama 61 tahun daripada menjejak ke tanah adat perpatih itu.

Seperti biasa, mungkin kalian tahu bahawa diriku ini bukan penyokong Kelantan. Penulis merupakan penyokong setia Red Giants(selangor). Akan tetapi selepas tewas pada Terengganu pada suku akhir lepas, niat untuk menyaksikan perlawanan akhir tidak kesampaian. Orang kata, istimewanya orang itu sekiranya mempunyai banyak warganegeri. Hal ini juga memberi kelebihan kepada diri penulis apabila diri ini juga mempunyai darah daging kelantan. Tiket ditempah, dan penulis berada di Stadium Bukit Jalil.

Apabila menjejakkan kaki ke dalam stadium, pergh... satu pengalaman baru dan menakjubkan apabila 3/4 daripada stadium penuh dengan lautan merah dan hanya satu 1/4 daripadanya lautan kuning. Penuh dan happening. Itu sahaja yg dapat digambarkan oleh penulis bahawa istimewanya perlawanan pada malam itu. Selepas wisel permulaan dibunyikan, sorakan antara kedua-dua pasukan bingit memecahkan telinga stadium.

Walau bagaimanapun, perlawanan itu dicemari dengan aktiviti yg tidak menggambarkan ketamadunan sesebuah pasukan negeri. Ya, bukan semua, tetapi segelintir. Dengan segelintir inilah yang telah memaksa ramai orang dan banyak persatuan mengalami kerugian. Tidak mahu komen ke atas insiden tersebut, tetapi sekadar ingin memberi tahu bahawa, mereka yang melakukan masalah ini sebenarnya bukan penyokong setia pasukan negeri. Seorang penyokong setia psaukan negeri akan berada di stadium sehingga wisel penamat ditiupkan walaupun ketinggalan dengan 80 jaringan. Walaupun pasukan bermain agak buruk, tetapi itulah kemampuan sebena pasukan itu. Janganlah ada di antara kita yang ingin mempertikaikan kehebatan mana-mana pasukan. Semangat kesukanan adalah penting.

Akhir kata, kepada penyokong-penyokong negeri, be professional terhadap mana-mana aktiviti yang ingin dilakukan. Tahniah pasukan N9. Kita jumpa pada perlawanan Piala Sumbangsih pada musim hadapan, Insyallah Selangor Vs N9.

-dibawah penulis berkongsi gambar semasa perlawanan tersebut. credit to Ayah Su-


sewaktu menuju ke stadium

siapa kata kami bergaduh?!!

aksi sebelum memasuki pintu stadium

lautan merah red warrior


lautan kuning jang hobin

No comments: