Monday, November 16

penghujung semester

Salam
Kemerdekaan.
Banyak pandangan dan pendapat terhadap perkataan ini. Tetapi, bagi diri penulis dan sahabat-sahabat, perkataan ini sangat istimewa dengan perjalanan malam dan siang yang telah kami lalui bersama.

Khamis 8.30pm
Kami berlima, penulis, G, Pnjg, Naz dan Palie, bergerak ke IRC Wangsa Maju untuk menkmati juadah makan malam disana. Dengan menggunakan kupon free daripada Palie, kami menikmati juadah pada malam itu dengan percuma. Dengar cerita, makan pada malam itu habis RM150 untuk 5 org. Hmm.. Apa agaknye yg kami melantak ea. Selepas itu, jam menunjukkan pukul 10.30pm. Kami bertolak ke The Castle Jalan Damai KL. Di sana, kami melepak style arabian sambil menikmati perkara yg belum pernah diri penulis laksanakan "Shisha". Malam itu, diri penulis akhirnya berjaya melaksanakan aktiviti menghisap shisha yg telah sekian lama ingin dilakukan. Kami lepak disana sehingga jam 12.45pm.
Kemudian, kami bergerak menaiki kereta kelisa kuning menuju ke One Utama untuk berkaraoke de Neway. Rm20 per head nyanyi smpi kul 4am. So, pe lagi, orang kata peluang hanya datang sekali, kami menyerahkan suara kami kepada mic di pusat hiburan karaoke itu. Sesudah jam 4am, kami berputar-putar di Highway MRR2 sehingga tibanya kami di restoran mamak di Danau Kota, Setapak, KL. Sambil menikmati juadah teh tarik pada dingin subuh hari, kami berbual mengenai rancangan aktiviti yg akan dilakukan pada tahun hadapan. Jam menunjukkan pukul 6am. Terus kami menuju ke BMI untuk berehat selepas satu malam tidak tidur apabila kami melakukan aktiviti yang sangat menyeronokkan.

Jumaat 4pm
Pintu bilik diketuk. Jom. Itu yang diri penulis dengar ketika sedang mamai mengadap laptop bercampur mengantuk pada petang itu. Housemate kami mengajak untuk bermain ice skating di Sunway Pyramid. Pergh, pantang diriku ini orang mengajak bermain ice skating dan sudah pasti ak melaksanakannya. Kami bersiap dan terus menuju ke Sunway Pyramid. Sekali lagi, status pro dalam bidang sukan ice skating ini sudah melengkapkan diriku untuk mengajar org walaupun kadang-kadang diri ini masih lagi belum stabil untuk berdiri di atas ais. Dan terbukti sekali lagi apabila outing kami pada kali ini, diri penulis mendapat perfect score 100% apabila punggung diri penulis tidak langsung menjejak ke atas ais atau dengan ayat yg mudah untuk difahami, diri penulis ini tidak jatuh apabila bermain selama 2jam disana. Selepas itu, kami terus menuju ke BMI untuk berehat.

Sabtu 3pm
Lagi sekali, diri penulis membuat perkara gila apabila diri ini keluar menuju ke Times Square. Bergerak bersama housemate dan merancang ingin bertemu sahabat semasa di KMK dulu tidak kesampaian apabila kami tidak berjumpa disana. Diriku seorang diri memerhati gelagat anak-anak muda kota berada disana. Perasaan sedih menyelebungi diri apabila melihat anak-anak muda sekarang tidak seperti masa-masa diri penulis ini hidup. Pergaulan bebas dan style barat yang diterapkan pada pemakaian diri mereka sangat mengundang diri penulis rasa bersyukur kerana tidak terperrangkap di dalam dunia mereka. Walaupun kadang-kadang penulis memikirkan bahawa apakah ada perkara lain yang lebih menggembirakan untuk dilakukan, tetapi apabila melihat sebilangan gelagat mereka ini, diri penulis bersyukur dan ingin menjadi apa yang telah dibentuk oleh kedua ibu bapa tersayang.

di bawah ini, penulis menyediakan sebahagian foto aktiviti yang telah kami lakukan.
-enjoy-



selepas menikmati makan malam

ketika menunggu makanan sampai

memikirkan kenangan silam

pilih sahabat anda yang sebenar-benarnya

naz bersama shisha

shisha bersama hot tea

diriku turut mencuba

taiko shisha

first time da PRO

kenangan terindah kami

bersama sahabat dunia akhirat-jang

lepaking

gelagat palie nk karok

masih lagi mencari teman hidup

"inikah dugaan yang terima..." nyanyi mereka

"era baru telah bermula.." nyanyi mereka pula

sepohon kayu menjadi pilihan lagu

diri penulis sedang karok

1 comment:

P @ K 1 i 3 3 . . . said...

pengalaman bermakna perlu d simpan...serapi mungkin...