Pada 29/12/09 bersamaan dengan hari Selasa, ana berangkat dari rumah menuju ke kampus BMI tercinta untuk menghadiri kem OC yang akan berkampung di Kuala Selangor kelak. Ana tiba di pintu gate BMI seawal jam 3 petang. Kemudian setelah selesai meletakkan barang di dalam bilik Apt 602, ana keseorangan merasakan sesuatu kebosanan bermain di dalam benak pemikiran. Kemudian, ana melangkah kaki menuju ke KLCC untuk menonton wayang keseorangan sebelum sibuk untuk melakukan proses orientation. Seperti biasa, berjalan kaki menuju masuk ke pintu UIA, kemudian menaiki bas menuju ke station terminal putra dan terus menuju ke KLCC. Suasana orang ramai di TGV KLCC ketika itu tidaklah terlalu ramai dan tidaklah terlalu kurang, sedang-sedang saja. Ketika ana sedang beratur ingin membeli popcorn, ana terkejut kerana di sebelah ana 2 org pelakon terkemuka negara berada di sisi ana juga ingin membeli popcorn. :p
tiket filem Avatar
hidangan makan malam
Setelah habis filem itu selama 2 jam setgh, ana terus menuju ke putra LRT dan singgah membeli scret recipe dan subway sebagai hidangan dinner dan menuju pulang ke BMI. Komen mengenai filem Avatar, filem ini sangat hebat dan sungguh indah.. Kadang-kadang ana terfikir, jika gmbaran di dalam filem ini sangat cantik, bayangkan batu-batuan terapung, pohon glow in the dark, kalau kita rasa itu adalah tercantik, ana x mampu untuk membayangkan bahawa bagaimana indahnya Syurga Allah kelak sepertimana yang kita tahu, keindahan syurga Allah, tidak mmpu seseorang manusia itu gmbarkan. Semoga, hati ini insaf untuk trus melakukan kebaikan dengan barakah daripada Allah S.W.T..
No comments:
Post a Comment