Wednesday, December 9

Penangan pc fair n jom heboh

Salam,
Ahad lepas, ana bersama panjang dan G keluar menuju ke suatu destinasi hiburan dunia. Tetapi, penangan hiburan ini telah membuatkan ana berasa sakit sehingga menjangkakan satu penyakit demam akan meresap dalam tubuh ana. Alhamdulillah, demam ana tidaklah sekuat mana kerana malam selepas ana keluar outing itu, sudah ana inject dengan koleksi ubat-ubatan moden.

Tersedar dari lena pada seawal pagi apabila mendapat panggilan daripada G. Kemudian bergegas menyiapkan diri. Menunggu kehadiran pnjg bersama motor kesayangannya kemudian kami menuju ke rumah G. Setibanya disana, kami terus bergerak ke Bukit Jalil. Kesesakan lalu lintas pada jam 12 tgh hari sangat menghairankan kami tetapi itu semua idak mustahil sekiranya karnival jom heboh diadakan disana.

Menaiki STAR LRT trus menuju ke Masjid Jamek kemudian menukar train menuju ke KLCC. Dan kami tiba di PC Fair. Sebenarnya tidak ada apa-apa yang ingin ana shopping disana kerana masalah kesuntukkan wang menyebabkan nafsu membeli belah ana terbantut walaupun ketika itu, perasaan ingin memiliki barangan komputer disana sangat membuak-buak bak gunung berapi.

Selepas selesai melakukan aktiviti tawaf di PC Fair, kami terus bergerak menuju ke Bukit Jalil bagi melakukan aktiviti seterusnya. Setibanya kami disana awan mendung menyelebungi kawasan tapak karnival. Setelah kami bergerak beberapa langkah, hujan lebat turun membasahi bumi. Kami bertiga hanya melepakkan diri di sana sambil memerhatikan gelagat penduduk malaysia disana.

Kemudian, kami bergegas balik pulang menuju ke rumah masing-masing. Ketika itu, tiba-tiba diri ana menggigil kesejukan disebabkan hujan di bukit jalil sebentar tdi. Tiba dirumah, mensucikan diri dan trus berehat di dalam kamar tercinta.
suasana di Bukit Jalil

dlm STAR LRT menuju ke Bkt Jalil

Suasana PC Fair

2 comments:

Ruzaini Rahin said...

alor..ko gi pc fair eh...msti ramai2 gile kn..

ana x gi..dah tau..pc fair kini harga nya sama cam kat lowyat.. =)

syazwan akid said...

ana pergi utk jln2 je. suke memerhatikan gelagat manusia. tpi x bli pape. :)