Monday, June 28

well done

Alhamdullillah, untuk sekian kali yang ke 5, UniKL BMI berjaya mengekalkan kejuaraan berturut-turut pada Karnival Sukan UniKL 2010 yang bertempat di UniKL BMI pada 19 - 24 June yang lepas.
suasana ketika perlawanan
Walaupun aku tidak bersama-sama dengan atlit untuk kali ini, tapi perasaan patriotik terhadap kampus masih lagi menebal. Agak kecewa kerana tidak dapat membantu secara langsung menambah koleksi bintang ke 5 untuk kali ini walaupun sku sudah membantu ketika BMI sedang mengumpul koleksi bintang yang ke 4 dahulu. Apa-apa pun, keputusan sudah tertulis. Kami menang lagi!

kutipan pingat
Kepada kampus-kampus UniKL yang lain, jangan putus asa. Mantapkan pasukan anda! x banyak cerita yang ingin dikongsikan disini kerana aku tidak berada pada tempat kejadian cuma sehari sahaja aku berada di BMI ketika itu. Akhir kata
TAHNIAH KONTINJEN SUKAN

UNIKL BMI 2010

Thursday, June 24

tag by syaza

Kali ini aku telah ditag lagi. :)
Bagi menghilangkan mood kebosananku, dengan rasa bangga, aku pun buat je la.

10 FAKTA TENTANG SAYA :

  1. saya anak sulung
  2. saya study di UniKL British Malaysian Institute
  3. saya seorang yang poyo, perasan handsome, over confident
  4. saya juga mengalami masalah untuk menerima kutukan/pendapat org lain
  5. saya tak suka berdebat dan bercakap banyak
  6. saya seorang yg berkepimpinan dan bertanggungjawab
  7. saya sangat pemalas
  8. saya suka melakukan aktiviti yang baru
  9. saya tak takut cabaran malah saya sangat suka
  10. penyokong setia Red Giants




10 PERKARA YANG MENAKUTKAN SAYA :

  1. accident
  2. lemas
  3. miskin
  4. kantoi
  5. fail exam!!!
  6. kehilangan orang yg tersayang
  7. kiamat
  8. pembangkang memerintah
  9. bumi musnah
10. mati

10 PERKARA YANG SELALU SAYA SEBUT
  1. uit
  2. hmm....
  3. ok
  4. x sure
  5. hehe
  6. tdo
  7. salam
  8. a'ah
  9. hehe
  10. ic

10 PERKARA YANG AMAT BERNILAI BUAT SAYA :

  1. family
  2. sahabat
  3. bff
  4. duit
  5. hp
  6. laptop
  7. pengalaman
  8. semua benda org bagi
  9. semua benda saya beli
  10. gambar


10 'PERTAMA KALI' DALAM HIDUP SAYA :
  1. pertama kali ke oversea ketika umur 5 tahun
  2. pertama kali mendapat sijil adalah ketika di tadika berumur 6 tahun
  3. pertama kali bermalam di rumah panjang orang iban pada 2009
  4. pertama kali main bowling mendapat score 88
  5. movie pertama yg ditonton diwayang adalah movie space jam
  6. pertama kali mimpi basah seusia 14 tahun
  7. pertama kali bersanding ketika usia 12 tahun
  8. pertama kali bermain salji di genting highlands :p
  9. pertama kali homesick ketika berada di mrsm muadzam shah
  10. pertama kali derma darah ketika umur 18 tahun
7 ORANG YANG DITAG :
sape yg rase rajin anda boleh la buat ni.


Wednesday, June 23

tag from nadia liyana...


anda rasa anda hot?
agak la, sbb skunk musim panas

bila kali terakhir anda makan pizza?
hmm... sebulan yg lepas kot. x sure la bila

lagu terakhir yg sy dgr?
Gerimis Senja-Alleycats

ape yg anda wat slaen menyelesaikan tag ini?
taip msg kt hp

slaen name sendiri, anda dipanggil name ape?
x terfikir la plak

tag lagi 8 org
1)nurul
2)syaza
3)hafiz
4)faezah harun
5)fida
6)akem syukor
7)aifat
8)elya nadia

siapakah org no 1 kpd anda?
kawan yg comel wakaka

katakan sesuatu mengenai org no 5
sempoi cool

no 3 ade hubungn dgn sape?
dgn gf die la kot

bagaimana pula dgn no 4?
dgn bf die

pesanan buat org no 6
kawen nanti jemput

kata2 cinta utk org no 2
semoge bahagie bersame org yg tersayang

adekah org no 7&8 mmpunyai psamaaan?
yup, dua-dua wanita

berikan 5 yg anda taw ttg org yg men-tag anda

seorang remaja yg menetap di gerik
junior di Kolej MARA Kulim
suka lagu-lagu ku :p
die ni comel la jgak :p
xtau da nk tulis pe :p

perasaan anda wat tag ini
pening kepala


Saturday, June 12

karate kid or kidd??

Salam..
Hari Khamis lepas, aku bersama G dan panjang melakukan aktiviti seronok tatkala diri sedang resah memikirkan kebosanan yang melanda diri. Rancangan ini adalah bukan perancangan yang sistematik tetapi ia adalah rancangan on the spot. So, tanpa memikirkan faktor-faktor lain, aku terus bersetuju utk keluar pada hari itu.

Khamis. Hari dimana movie-movie tempatan dan juga antarabangsa keluar ke pawagam di Malaysia. Jadi bagi memanfaatkan cuti ini, kami bertiga mengambil keputusan untuk keluar menonton filem Karate Kid. Pendapat diriku, filem ini hanya sebuah filem biasa walaupun ia dibintangi dengan pelakon yang popular yakni Jackie Chan, tetapi rentak ataupun plot filem ini sudah boleh diagak.

Bagi diriku 3.5/5 bintang diberikan pada movie kali ini. :) apa-apa pun, aku berasa seronok dapat merehatkan minda walaupun ketika itu, sumber ekonomiku sangat kritikal. Sekian sahaja untuk ketika ini..



Sunday, June 6

damping kampus

Assalamualaikum.

Topik post kali ini adalah tentang pengembaraan diriku daripada shah alam ke bmi dan kemudian ke city campus bagi menghadiri satu majlis yang dinamakan damping kampus. Majlis ini merupakan anjuran ASPIRASI dengan kerjasama YPI dan UniKL menjadi tuan rumah untuk sidang ini. Apa itu ASPIRASI? Apa itu YPI? ASPIASI merujuk kepada Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia dan YPI pula merupakan Yayasan Pembangunan Insan.

Actually, kehadiranku di city campus ini adalah dalam keadaan yang tidak bersedia kerana kami tidak diberitahu apakah input majlis ini. Tetapi, bagi melunaskan hati yang sedang kebosanan di rumah, apalah salahnya jika aku menyibukkan diri di tempat-tempat ini. Seawal jam 2 ptg, aku berkumpul di foyer perempuan bersama Rabie dan juga Zharif, kemudian dengan menaiki Waja Hitam, kemi bergerak ke city campus.

Setibanya disana, terkejut kerana terdapat ramai student yang memakai baju sama belaka bagaikan budak sekolah sedang mengikuti rombongan masuk ke bangunan kampus. Rupa-rupanya, mereka daripada pelajar PASUM intake terbaru ini. Tingkat dua, Dewan Bestari. Melangkahnya kaki disana, terlihat kelibat manusia berpakaian seperti pemimpin sedang berbual-bual sesama meraka. Apakah ini?

Haha.. rupa-rupanya, hari itu adalah majlis untuk ASPIRASI berkongsi pengalaman dan isu kepada semua perwakilan IPT. Pergh.., ini merupakan saat yang ingin aku saksikan berjumpa dengan semua YDP perwakilan IPT dan juga exco-exco tertinggi yang lain. UM, UPM, UKM, UPNM, UMT, UITM, UNIKL, UPSI, USM ramai perwakilan yg hadir. Khusyuk mendengar mereka memberikan pandangan.

Dan yang paling istimewa, ucapan daripada Dato Adham Baba adalah sangat seronok. Sudah agak lama, aku tidak berasa seronok mendengar ucapan daripada sesiapa kerana mereka gagal menarik perhatian umum untuk mendengarnya tetapi tidak pada YB Dato. Input, pengalaman, perkongsian pada hari ini sangat bermakna bagi diriku untuk menguatkan lagi kesedaran terhadap pentadbiran ini.

Diharapkan juga, pgrm ini akan berterusan di setiap kampus yang lain.. :)

Friday, June 4

outing ini

Assalamualaikum.
Hari ini merupakan hari pertama aku keluar menghilangkan rasa bosan dirumah setelah bermulanya musim cuti bagi warga pelajar universiti. Selain daripada aku keluar menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam. Destinasi biasa yang dilawati hari ini tetapi memberi kesan yang amat seronok apabila dapat menenangkan fikiran.

Bersama sahabat jiran kampus terdekat, saudara Najmuddin, temujanji diatur pada jam 3 ptg. Kemudian kami terus ke TGV untuk membeli tiket wayang menonton cerita Prince of Persia. Pandangan peribadi mengenai movie ini, keseluruhannya aku hanya mampu memberi 4 bintang. Ye, aku amat gemar menonton filem versi ala-ala perang lama berbanding dengan movie moden. Jadi ia tidak adil bagi mengadili sesuatu filem yang aku gemar untuk diulaskan.

Cuma yang menjadi isu untuk hari ini adalah service yang sangat teruk diluahkan kepada staff TGV KLCC. Hal ini demikian kerana, kami dihidangkan dengan movie itu pada awal 10 minit pertama dengan 3 lampu spotlight besar bernyala. Apa kejadahnya ini? Yup, manusia tidak sempurna, juga melakukan kesilapan, akan tetapi TGV KLCC bukan siap dibina 2 3 hari lepas, malah bertahun-tahun seiring dengan siapnya bangunan KLCC ini. Sepatutnya tidak timbul isu lupa untuk memadamkan lampu spotlight itu. Bayangkan, di dalam panggung itu penuh dengan tourist yang mungkin akan menggambarkan bahawa mutu wayang di Malaysia kurang seronok.

Apa-apa sekali pun, perkara sudah pun berlaku, dan pihak-pihak ini harus memainkan peranan mereka.

Kemudian, aku lepak disana sehingga jam menunjukkan jam 8pm dan terus menaiki LRT menuju ke KL Sentral dan kemudiaanya, dinner di KFC. Akhirnya, dapat juga aku melakukan outing dikala cuti ini kerana yang menghimpit aku daripada untuk keluar hanyalah disebabkan nafsu malas ku dan juga kewangan. :p

ptg klcc

test camera hp 5mp

diriku di kota