Sunday, June 6

damping kampus

Assalamualaikum.

Topik post kali ini adalah tentang pengembaraan diriku daripada shah alam ke bmi dan kemudian ke city campus bagi menghadiri satu majlis yang dinamakan damping kampus. Majlis ini merupakan anjuran ASPIRASI dengan kerjasama YPI dan UniKL menjadi tuan rumah untuk sidang ini. Apa itu ASPIRASI? Apa itu YPI? ASPIASI merujuk kepada Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia dan YPI pula merupakan Yayasan Pembangunan Insan.

Actually, kehadiranku di city campus ini adalah dalam keadaan yang tidak bersedia kerana kami tidak diberitahu apakah input majlis ini. Tetapi, bagi melunaskan hati yang sedang kebosanan di rumah, apalah salahnya jika aku menyibukkan diri di tempat-tempat ini. Seawal jam 2 ptg, aku berkumpul di foyer perempuan bersama Rabie dan juga Zharif, kemudian dengan menaiki Waja Hitam, kemi bergerak ke city campus.

Setibanya disana, terkejut kerana terdapat ramai student yang memakai baju sama belaka bagaikan budak sekolah sedang mengikuti rombongan masuk ke bangunan kampus. Rupa-rupanya, mereka daripada pelajar PASUM intake terbaru ini. Tingkat dua, Dewan Bestari. Melangkahnya kaki disana, terlihat kelibat manusia berpakaian seperti pemimpin sedang berbual-bual sesama meraka. Apakah ini?

Haha.. rupa-rupanya, hari itu adalah majlis untuk ASPIRASI berkongsi pengalaman dan isu kepada semua perwakilan IPT. Pergh.., ini merupakan saat yang ingin aku saksikan berjumpa dengan semua YDP perwakilan IPT dan juga exco-exco tertinggi yang lain. UM, UPM, UKM, UPNM, UMT, UITM, UNIKL, UPSI, USM ramai perwakilan yg hadir. Khusyuk mendengar mereka memberikan pandangan.

Dan yang paling istimewa, ucapan daripada Dato Adham Baba adalah sangat seronok. Sudah agak lama, aku tidak berasa seronok mendengar ucapan daripada sesiapa kerana mereka gagal menarik perhatian umum untuk mendengarnya tetapi tidak pada YB Dato. Input, pengalaman, perkongsian pada hari ini sangat bermakna bagi diriku untuk menguatkan lagi kesedaran terhadap pentadbiran ini.

Diharapkan juga, pgrm ini akan berterusan di setiap kampus yang lain.. :)

No comments: