Friday, June 4

outing ini

Assalamualaikum.
Hari ini merupakan hari pertama aku keluar menghilangkan rasa bosan dirumah setelah bermulanya musim cuti bagi warga pelajar universiti. Selain daripada aku keluar menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam. Destinasi biasa yang dilawati hari ini tetapi memberi kesan yang amat seronok apabila dapat menenangkan fikiran.

Bersama sahabat jiran kampus terdekat, saudara Najmuddin, temujanji diatur pada jam 3 ptg. Kemudian kami terus ke TGV untuk membeli tiket wayang menonton cerita Prince of Persia. Pandangan peribadi mengenai movie ini, keseluruhannya aku hanya mampu memberi 4 bintang. Ye, aku amat gemar menonton filem versi ala-ala perang lama berbanding dengan movie moden. Jadi ia tidak adil bagi mengadili sesuatu filem yang aku gemar untuk diulaskan.

Cuma yang menjadi isu untuk hari ini adalah service yang sangat teruk diluahkan kepada staff TGV KLCC. Hal ini demikian kerana, kami dihidangkan dengan movie itu pada awal 10 minit pertama dengan 3 lampu spotlight besar bernyala. Apa kejadahnya ini? Yup, manusia tidak sempurna, juga melakukan kesilapan, akan tetapi TGV KLCC bukan siap dibina 2 3 hari lepas, malah bertahun-tahun seiring dengan siapnya bangunan KLCC ini. Sepatutnya tidak timbul isu lupa untuk memadamkan lampu spotlight itu. Bayangkan, di dalam panggung itu penuh dengan tourist yang mungkin akan menggambarkan bahawa mutu wayang di Malaysia kurang seronok.

Apa-apa sekali pun, perkara sudah pun berlaku, dan pihak-pihak ini harus memainkan peranan mereka.

Kemudian, aku lepak disana sehingga jam menunjukkan jam 8pm dan terus menaiki LRT menuju ke KL Sentral dan kemudiaanya, dinner di KFC. Akhirnya, dapat juga aku melakukan outing dikala cuti ini kerana yang menghimpit aku daripada untuk keluar hanyalah disebabkan nafsu malas ku dan juga kewangan. :p

ptg klcc

test camera hp 5mp

diriku di kota

No comments: