Tuesday, July 20

OC Training

Assalamualaikum.
Hari kejadian: 6 - 8 july 2010
Tempat: Kem Nur Lembah Lenggong

Pada tarikh diatas dan tempat yang dinyatakan sebelum adalah tempat perkumpulan kami sebelum kami meneruskan amanah pihak kampus untuk mendidik anak bangsa. Orang kata sebelum kita mendidik mereka, biar kita dahulu dididik. Oleh hal yang demikian, di kem Nur Lembah Lenggong ini menjadi kesaksian bahawa kami telah pun dikerjakan sebelum kami mengerjakan freshie baru. :p

wajah-wajah bakal fasi

Bergerak daripada BMI seawal jam 6.45am menaiki 2 bas UniKL BMI dan tiba di kem itu pada jam 11am. Ketibaan kami adalah lewat daripada jangkaan awal kerana aktiviti pertama kami sebenarnya bermula pada jam 10am yakni berakit di Sungai Perak. Apa? Ye, Sungai Perak yang sangat deras dan menyeramkan. Tapi itu adalah tugas pertama kami.

antara slot ketika itu

Seramai 65 bakal fasi dan beberapa trainer bersama-sama dalam aktiviti ini yang mengambil masa selama 1 jam 45 minit untuk tiba di destinasi. Segala keringat sudah pun diletakkan di atas rakit itu. Ia sangat menyeksakan. Pun bagaimana walau, aktiviti ini merupakan penanda aras tahap kesediaan kita untuk menghadapi seminggu orientasi.

aktiviti public speaking

Pada sebelah petang bermula dengan aktiviti di dalam dewan mengenai ceramah-ceramah umum untuk kesedaran para bakal fasi. aktiviti ini terus berkekalan sehingga lewat malam. Kemudian pada keesokan harinya, slot pagi itu adalah pemilihan jawatankuasa tertinggi orientasi di kalangan fasi. Dan untuk kali ini, saudara Rabie telah pun dilantik dengan suara majoriti menjadi Chief Fasi untuk kali ini. dan diriku? Hanya menjadi ketua Mentor group. Aku sangat bersyukur tidak memegang jawatan tinggi di dalam organisasi ini kerana ia adalah satu amanah yang sangat berat untuk aku pikul.

keindahan tempat ini

Pada petangnya pula, kami disediakan dengan aktiviti flying fox merentasi sungai perak. Sangat unik kerana aku telah pun melakukan berpuluh-puluh kali flying fox tetapi belum lagi mencuba merentasi sungai yang sangat deras arusnya. Pada malamnya, kami dilepaskan tidur pada jam 12am dan disuruh untuk bangun pada jam 3am. Apa-apa pun, kami berjaya melengkapkan jadual tanpa sebarang masalah.

persembahan lakonan yang bersahaja

Oh ye, sebelu terlupa, pada malam itu juga, kami telah pun mengadakan persembahan dikir barat yang sangat menarik perhatian. Dan persembahan ini juga telah pun dipilih sebagai persembahan untuk majlis penutup minggu MSR nnt.

gelagat ketika melihat persembahan group

Pada keesokan hari, kami berlepas pulang ke BMI setelah 3 hari berada di Kem Nur Lembah lenggong ini. Banyak input dan pengalaman sepanjang aktiviti ini diadakan. Kepada bakal Fasi, selamat bertugas..

wajah-wajah candid


tema kali ini
.....LOVE FOR ALL.....



No comments: