Sunday, November 6

raya aidiladha

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah jutaan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana tidak putus dilimpahi dengan rezeki makanan. Syukur rasanya apabila dilahirkan sebagai Anak Malaysia yang beragama Islam seterusnya mempertahankan bangsa Melayu di muka bumi Nya ini. Seperti yang sedia maklum, hari ini 6/11/2011 merupakan tarikh hari raya aidiladha atau hari raya haji atau hari raya korban. Apa-apa pun perbezaan nama tetapi tujuannya adalah sama, untuk memartabatkan agama Islam di muka bumi dengan melakukan perintahnya.

Hari ini I gagal lagi melakukan solat sunat aidiladha dek kerana badan terlalu penat. Apa taknya, hari ini saja bangun jam 10am. Sesudah bangun, bersiap dan kemudian menuju ke rumah ayah long di USJ 17 untuk menikmati juadah 4 jenis makanan yang berbeza. Kehadiran I disana x lama dek badan yang tidak sihat kerana diserang virus apa kenama menyebabkan diri ini perlu direhatkan. Setelah mengenakan dadah yang sihat disamping menambah bakteria yang baik ke dalam badan, I hanya mampu berehat di hadapan laptop dan tiba-tiba, mata melabuhkan tirainya di ruang tamu.

Malamnya, lagi sekali I ke USJ 17 untuk menikmati juadah dinner di sana dan lagi sekali, makan tidak berhenti, ish ish ish.. Tapi badan masih maintain macam dulu. Seksi.. :) Sepanjang hari ini tiada gambar yg I ambil disebabkan camera hp I yang sangat canggih. Hehe.. Sori ea, hp I x ada camera. Ye la, belum dapat rezeki lagi, so just guna hp murah sahaja. Tapi sepanjang I google internet hari ini, I tertarik dengan 1 gambar ini which xtau la kalau model dalam gambar ni berlakon semata-mata atau memang benar berlaku. Rasa best bila dapat tengok mereka bersama. Kan best kalau ia benar-benar berlaku.. Hmm.. mengeluh lagi.. Insyallah, kalau ada, ada la. :)

bersatu untuk agama
Ok la, rasanya cukup untuk hari ini, tunggu post esok untuk mengetahui apa cerita yang menarik berlaku. Akhir kata, Salam Aidiladha untuk warga pembaca setia akid89.blogspot.com.

No comments: