Aku da xde suara!!! Hanya mampu menaip sahaja.
Alhamdulillah, berkat doa daripada semua pihak pengurusan, pemain dan penyokong setia "Red Giants" akhirnya, Selangor berjaya membawa pulang Piala FA ke Stadium Shah Alam setelah tahun lepas terlepas di tangan Kedah. Apa-apa pun, ucapan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya melangkah kaki ke perlawanan akhir apabila kempunan selama 39 tahun tidak berada di tampok kegemilangan perlawanan akhir. Tahniah kerana telah memberi saingan sengit kepada pasukan Selangor yg tampak jelas gagal menguasai penuh semasa perlawanan itu. Kebangkitan Kelantan sangat dinantikan oleh puluhan ribu penyokong setianya yg ketika ini melopori kawasan Lembah Klang.
Hari ini, kid bersama panjang menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA pertembungan antara pasukan Kelantan "Red Warriors" dan pasukan Selangor "Red Giants". Kami bertolak dari BMI pada jam 6pm setelah selesai bermain dota. Kami ke sana menaiki motor. Mengharapkan tiada kesesakan lalu lintas. Selamat tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 6.45pm. Berjalan-jalan disekitar stadium menyaksikan keindahan puluhan ribu penyokong pasukan kegemaran masing-masing. Sangat indah. Belum pernah menyaksikan begitu ramainya penonton yg hadir bagi menyaksikan perlawanan bola sepak ini.
Kul 7pm, kid bersama panjang masuk ke stadium da lepak di dalam sehingga perlawanan bermula. Kehadiran penyokong yg agak menakutkan, apabila Stadium Nasional Bukit Jalil hampir penuh dan dijangka penonton seramai 90 000 orang. Hampir 15 tahun diriku ini tidak menyaksikan stadium yg penuh dengan penyokong. Satu semangat kesukanan yg harus dipuji oleh kedua-dua pasukan.
Kul 7pm, kid bersama panjang masuk ke stadium da lepak di dalam sehingga perlawanan bermula. Kehadiran penyokong yg agak menakutkan, apabila Stadium Nasional Bukit Jalil hampir penuh dan dijangka penonton seramai 90 000 orang. Hampir 15 tahun diriku ini tidak menyaksikan stadium yg penuh dengan penyokong. Satu semangat kesukanan yg harus dipuji oleh kedua-dua pasukan.
Game....
Alhamdulillah, selangor menang akhirnya! Satu perasaan lega dan puas bermain di benak pemikiran setalah peti suara ini menujukkan telah kehilangan suara. Lagu "We are the champion" di pasang di dalam stadium memeriahkan lagi sorakan penyokong pasukan Selangor. Kemudian, kami berjalan pulang ke kawasan motor. Disana juga dapat diperhatikan penyokong antara kedua-dua pasukan ini bergaduh kecil. Sangat tidak matang pemikiran yang ditunjuk oleh kedua-dua pasukan. Adat permainan, ada yg menang ad yg kalah. So, sedar keadaan, terima keadaan! Walaubagaimanapun, kami berjaya melepasi kawasan pergaduhan mereka ini. Trus menuju ke BMI tercinta. Sebelum masuk ke Guard House, kami singgah dlu di McD Tmn Melati untuk dinner+supper. Sampai ke BMI pada jam 1am.
Viva Selangor!!!!!
3 comments:
Hidup Selangor!!
Selangor Go Go Go!!
cam boring jek sejam tgu tp xde goal..arp mase tmbhn jek..kui2
nway congratez slgor!!
mcm2 leh terjdi.
Post a Comment