Sunday, January 10

Geng... OC!!!

Salam
30/12/09 - 1/1/10
Geng.. OC!!
Hanya itu ungkapan yang mampu mengukir senyuman apabila mengimbau kembali betapa seronoknya kami bersama-sama mengikuti kem OC ini. Sebelum itu, untuk mereka yang tidak tahu apa itu OC, OC diberi maksud Orientation Committee. Kali ini seramai 50 OC's mendaftarkan diri secara sukarela tetapi hanya 46 orang sahaja yang dapat menghadirinya. Kali ini juga, kem diadakan di Warisan Sambilang Jeram, Kuala Selangor.

tempat kami berkampung
Apa perasaan anda tatkala orang lain menyambut tahun baru di dataran-dataran/shopping mall dan bermacam-macam lain tempat tetapi kami hanya countdown melakukan aktiviti malam di kem. Hehe.. walaubagaimana pun, itu adalah satu pengalaman yg menyeronokkan.

antara aktiviti yg dilakukan

Bertolak seawal jam 8.30am dari BMI. Setelah tiba di kem itu, pendaftaran dilakukan dan bermulalah aktiviti kami disana. Petang itu, aktiviti pertama kami adalah kayak water rafting di pantai berhampiran. Perasaan seronok menyelebungi kami tidak kurang juga ada diantara kami ketakutan melihat ombak yang konon-konon mendabik dada. Sekadar berkongsi pengalaman, rakit kami tidak berjaya meneruskan aktiviti ini apabila dihalang oleh pukulan ombak yang ganas dan ini menyebabkan kapal kami karam. Hahaha....

keindahan pantai waktu pagi

Pada malamnya, aktiviti night walk pula menyusuri setiap ahli kumpulan. Agak menyeronokkan dan menguji ketahanan apabila diri ini terpaksa di'buta'kan untuk melakukan aktiviti sepanjang malam itu. Kadang-kadang diri ini terfikir bagaimanakah perasaan seorang si buta mampu meneruskan hidup sedang mereka tidak mampu melihat dunia ini.

Keesokan harinya, bermulalah aktiviti yang menguji minda kami selaku bakal OC. Aktiviti ini berterusan sehingga malam, dan pemilihan jawatankuasa tertinggi telah dilakukan pada malam itu. Juga ingin berkongsi suasana, ana telah terpilih menjadi calon untuk jawatan Program Manager ketika malam itu, tetapi Syed Rahimin telah memenangi jawatan itu melalui proses undian. Ana sekeras2nya menolak jawatan ini kerana jawatan ini terlalu berat untuk ana pikul buat pertama kali memegang tampok jawatan OC. So, sebab musabab daripada ketentuan Allah s.w.t telah merancang segala yang baik. Ana hanya memegang jawatan Secretatriat Facilitator. Syukur...
rehat2 pagi
Pagi Jumaat, sekadar melakukan wrap up bersama Deputy Dean then selepas solat jumaat, kami terus pulang ke BMI. Mengharapakan sesi kali ini mampu mengekalkan transformasi Orientation Week S1'10
GENG.. OC!!!!

No comments: