Alhamdulillah, segala penat lelah, segala masalah, segala aktiviti, segala pengurusan, segala-galanya sudah pun berakhir bagi Registration Orientation Committee S1'10 UniKL BMI. Satu pengalaman baru bagi ana sebagai OC sangat menggembirakan apabila mendapat amanah menjaga satu group S3B3 yang agak mudah untuk dijaga walaupun ana ini adalah seorang yang berpangkat adik dikalangan ahli kumpulan yg ana jaga.
Pejam celik seminggu sudah berlalu. Ana x dapat berkongsi semuanya didalam blog ini kerana biarlah hanya perasaan ini menyimpan kenangan terindah. Melihat reaksi ayah ibu, melayan kerenah ayah ibu, melayan kerenah pelajar nakal, melayan pelajar yang tidak dengar kata, merasa memegang kuasa memerintah, pertemuan menyuntik hati dikalangan freshie dan OC, perpisahan dikalangan freshie, pahit sedih berkongsi kematian, gembira berkongsi pengalaman, sebagai tempat public hp, post morterm yg menakutkan, semuanya ana rasa di dalam minggu ini.
Wahai anak-anak didik kalian, walaupun diri ini jauh muda berbanding abang-abang dan kakak-kakak kalian, diharapkan kalian dapat menerima arahan ana sebagai adik sepanjang minggu ini dan seribu kemaafan jutaan keampunan jika percakapan, perbuatan dan segalanya dari diri yang hina ini mengganggu perasaan kalian. Hanya ini yang mampu dilakukan oleh ana selaku fasi group. Semoga kenangan ini terpahat di dalam memori kalian. Ecece..
Gambar sepanjang minggu ini akan di updatekn kemudian...
2 comments:
kenape nurul rsa cam x perasan je ada gmbr yg ke-3 2 yek???huhuhu..
sbb gmbr candid
Post a Comment