Assalamualaikum.
Pada hari Rabu yang lepas bersamaan dengan 27/01/10, ana bersama empat sahabat lain, G, pnjng, pali dan naz bangun dalam keadaan tergesa-gesa selepas menerima panggilan daripada K.Sab bahawa bas UniKL BMI sedang menunggu kehadiran kami untuk menuju ke UniKL City Campus. Pada hari ini, bermulanya satu aktiviti mega daripada UniKL bersama SSM bagi melaksanakan satu karnival perniagaan kepada penduduk malaysia. Akan tetapi kami menolak untuk menaiki bas sebaliknya kami menjanjikan diri untuk ke City Campus menaiki kenderaan mewah kami yakni perodua kelisa. :p
Setibanya kami disana, kami terus ke proses pendaftaran sebagai visitor. Untuk pengetahuan umum, kehadiran kami di City Campus adalah bertujuan kami sebagai wakil campus UniKL BMI dalam permainan Catur Bistari. Untuk pengetahuan umum juga, ana sudah lama tinggalkan permainan ini kerana di UniKL BMI kurang mendapat sambutan di kalangan student. Dengan membawa diri tanpa bersedia, kami hanya bermain bagi memenuhi kuota yg telah dijemput oleh pihak penganjur. Walau bagaimanapun, kehadiran ana di sini sangat menghiburkan diri tatkala dapat mengenal rakan-rakan peserta daripada universiti dan kampus lain. :)
Mungkin tiada tuah hari itu, kami merasakan agak sukar untuk memenangi sebarang ketegori yang telah dipertandingkan. Disini juga ana sertakan beberapa keping gambar sebagai hidangan sampingan kepada pengujung blog ana ini. Sekian saja dari ana, dan berharap kita jumpa dilain masa kelak.
No comments:
Post a Comment