Weekend lepas, ak bersama G, pali dan naz telah pun mengorak langkah melakukan aktiviti semester kami. Pada kali ini, kebiasaanya kami berlima tetapi panjang tidak dapat bersama menyertai ekspedisi kali ini. Hari Ahad, seperti biasa, kami bangun pagi dan menjalankan aktiviti sebagai seorang pelajar di rumah kami. Tetapi pada hari itu kami dikejutkan dengan kepulangan G yang terlalu awal yakni pada tiba di BMI pada tengah hari. Jadi kami merancang untuk melakukan aktiviti pada hari itu. Setelah 30 minit berfikir, kami pun bersepakat untuk keluar dan enjoy seketika pada hari Ahad itu.
Kami bertolak menuju ke Ampang Point untuk mengadakan perlawanan boling antara kami. Ketibaan kami dikecewakan pada mulanya apabila disana ketika itu sedang berlangsungnya tournament dan menyebabkan lane fully booked. Jadi kami terus mengubat hati yang luka ini bersiar-siar di dalam shopping Mall Ampang Point. Sedang kami berjalan-jalan, ak ternampak kedai Delifarance di sana dan ak terus membeli roti pe nme ntah untuk dimakan sambil berjalan-jalan. Maklum la, ketika itu sangat lapar. Jadi kami berempat lepak di kaki lima pintu masuk belakang Ampang Point dihadapan San Francisco Coffee. Kami berbual.
balingan G
Kemudian jam menunjukkan jap 4 ptg, kami terus mengangkat kaki mencuba nasib untuk pergi ke tempat boling. Dan, nasib kami baik ketika itu apabila tournament itu sudah habis dan kami dapat bermain setelah dikecewakan pada mulanya. Keputusannya sangat mendukacitakan. Almaklum la, permainan kali ini sudah hampir 2 bulan kami tidak menyetuh bola boling. So, mmg dijangka keputusan itu. Kami bermain 2 game, game pertama1 dengan score :114, 92, 59, 87 game ke2 102, 94, 87, 155 (kid, pali, naz, g).
Kemudian, kami terus bergerak ke Bukit Tabor untuk melakukan aktiviti yg belum pernah kami lakukan bersama yakni mendaki bukit. Pada mula pendakian, kami hampir berputus asa kerana faktor jalan licin dan kepenatan kami tiada stamina untuk memanjat bukit. Tetapi, kami teruskan perjalanan menuju ke puncak bukit. Hasilnya, cukup indah apabila ak sebagai anak Kuala Lumpur dapat melihat sekitar Kuala Lumpur dan Klang Gates Dam yg sebelum ini aku pun tidak tahu akan kewujudan empangan ini. Di bawah, merupakan gambar-gambar saat kami melakukan aktiviti ini. Enjoy
No comments:
Post a Comment