Sunday, February 14

minggu yg seebuk

Assalamualaikum
Minggu ini hanya ingin berkongsi bersama pembaca setia blog ini perkara yg tidak penting sekali pun. Sepanjang 5 minggu ak berada di BMI untuk semester ini, minggu lepas adalah minggu yg paling sibuk kerana terpaksa melakukan satu aktiviti sukan untuk markah subject managment kami. Disamping itu juga, untuk tujuan support rakan-rakan kelas lain, ak juga merajinkan diri untuk bermain sukan aktiviti-aktiviti sukan mereka. Pada minggu itu juga banyak sukan-sukan yg dipertandingkan, dan bagi kelas ak, kami menganjurkan sukan Dam & Dart. Nampak sangat mudah tetapi untuk melaksanakan di BMI mungkin agak sukar. Mengapa? hanya student BMI yg tahu. :)

Pada hari Rabu malam, kami sekelas telah pun berjaya menganjurkan sukan ini walaupun terdapat pelbagai masalah dan rintangan pada hari kejadian. Sehinggakan madam Ainol tidak berhenti message menanyakan progress pertandingan kami. Nampak wajah kerisauan daripada air muka madam walaupun masalah itu bukan nya datang dari pihak kami.

Tetapi ak sebagai ahli kelas cuba untuk menenangkan para ahli supaya kami dapat melakukan dengan tenang sekali. Apa-apa pun, perkara sudah berlaku, penyampaian hadiah juga telah disampaikan. Berakhir sudah managment kelas kami untuk project kali ini. Selepas cuti ini, masih lagi terdapat satu project untuk dilaksanakan. Fuh.. penat sungguh semester kali ini. :)

No comments: