Assalamualaikum
Pada 12/2/10 bersamaan dengan hari Jumaat.
Aku bersama G, panjang dan pali telah pun melakukan satu outing yang sangat enjoy. Sebelum kami melangkah kaki pulang ke rumah masing-masing untuk menyahut seruan cuti mid sem, kami merancang untuk melakukan satu aktiviti yang menyeronokkan. Hari itu, kami bertolak dari BMI pada jam 1 tengah hari dan menuju ke Times Square. Pada jam 1.30pm, kami berhenti sembahyang di salah sebuah masjid di Pandan Jaya. Enjoy, enjoy juga, solat kne jaga. :)
Setelah selesai solat, kami terus ke Times Square dan aktiviti pertama kami ialah makan. Kami berempat makan di Chicken Rice Shop dan resit ketika itu berjumlah Rm70 untuk 4 orang makan. Sebelum itu, Naz tidak dapat menyertai aktiviti kali ini kerana dia terpaksa pulang awal bersama keluarganya. Kemudian, kami menunggu jam 4pm untuk karaoke di Neway Times Square dengan bayaran RM21 seorang sehingga jam 7pm.
Kemudian, kami terus shoot ke The Castle Jalan Damai untuk Shisha. Dan, ketika itu, kami sangat seronok dan high bersama botol-botol barbican dan suasana friday nite di ibu kota. Kami tiba di BMI pada jam 10.30pm. Outing ini juga mencatatkan sejarah bagi ku kerana sekeping gambar pun aku tidak ambil kerana difikiran ketika itu hanya ingin bergembira bersama rakan-rakan. :)
Jadi, untuk outing kali ini, no pic.. :)
No comments:
Post a Comment