Saturday, June 12

karate kid or kidd??

Salam..
Hari Khamis lepas, aku bersama G dan panjang melakukan aktiviti seronok tatkala diri sedang resah memikirkan kebosanan yang melanda diri. Rancangan ini adalah bukan perancangan yang sistematik tetapi ia adalah rancangan on the spot. So, tanpa memikirkan faktor-faktor lain, aku terus bersetuju utk keluar pada hari itu.

Khamis. Hari dimana movie-movie tempatan dan juga antarabangsa keluar ke pawagam di Malaysia. Jadi bagi memanfaatkan cuti ini, kami bertiga mengambil keputusan untuk keluar menonton filem Karate Kid. Pendapat diriku, filem ini hanya sebuah filem biasa walaupun ia dibintangi dengan pelakon yang popular yakni Jackie Chan, tetapi rentak ataupun plot filem ini sudah boleh diagak.

Bagi diriku 3.5/5 bintang diberikan pada movie kali ini. :) apa-apa pun, aku berasa seronok dapat merehatkan minda walaupun ketika itu, sumber ekonomiku sangat kritikal. Sekian sahaja untuk ketika ini..